4 Jenis Video Ini Melengkapkan Video Marketing Produk Dan Servis Bisnes Anda

 

Video marketing sememangnya terbukti antara kaedah paling evergreen untuk melengkapkan
pemasaran sesuatu produk atau servis bisnes anda.

 

video-marketing

 

Sejak dari dulu lagi, penggunaan video antara medium paling meluas yang digunakan untuk menyampaikan sesebuah mesej kepada golongan sasaran.

Satu kajian menyatakan bahawa 72% pemilik bisnes bersetuju conversion rate mereka meningkat
apabila menggunakan video marketing. Dan 52% pengguna pula mengatakan mereka akan
lebih yakin untuk membeli jika dah melihat video produk tersebut.

 

conversion-rate-meningkat

 

Jadi harini, kami nak share 4 jenis video marketing yang anda boleh gunakan untuk marketing bisnes anda. Jom kita tengok.

 

1. Listicle.

Listicle antara jenis video yang paling popular dan mendapat engagement yang tinggi. Terma listicle merujuk kepada konten yang kebiasaannya dalam bentuk poin-poin beserta huraian-huraian ringkas tentang poin tersebut.

Antara contoh tajuk video listicle yang pasti anda pernah dengar ialah:

– 5 Tempat menarik yang anda mesti lawat jika pergi ke jepun.
– 5 Cara supaya perfume anda tahan lebih lama.
– 5 Cara tingkatkan sales tanpa tambah kos iklan.
– 10 Cara meningkatkan engagement di fanpage anda.

Antara sebab utama konten jenis listicle ini mendapat engagement yang tinggi adalah kerana audiens
dah boleh dapat tangkap gambaran konten hanya melalui tajuk.
Video ini juga kebiasaannya digunakan sebagai funnel pertama untuk menapis prospek yang
relevan dengan produk anda.

 

2. Infomercial.

Video jenis infomercial ini kebiasaanya digunakan untuk create awareness prospek tentang masalah mereka yang sedia ada dan terus memperkenalkan produk dan servis bisnes anda.

Konsep yang lebih kurang sama digunakan semasa anda menghasilkan copywriting untuk produk anda.

Untuk video infomercial, pendekatan yang digunakan mestilah menarik perhatian supaya lebih ramai prospek yang menonton video anda sampai habis. Sebab itu kebiasaannya video infomercial akan menggunakan talent atau pelakon bagi menampakkan video tersebut lebih hidup.

 

3. Text-Focused.

Video marketing jenis ini pula kebiasaannya hanya menggunakan text dan background music. Durasi bagi video curation kebiasaannya tidak terlalu panjang. Bawah 1:30 minit. Sebab itu, info yang dimuatkan dalam video ni mestilah ringkas tetapi padat.

 

4. Product Review / Testimonial.

Boleh juga dikategorikan sebagai video testimonial. Video marketing jenis ini hanya akan menceritakan 1 sahaja review daripada customer yang berpuas hati.

Antara poin penting yang boleh ditekankan dalam video jenis ini adalah perubahan yang dirasai oleh pengguna. Ceritakan keadaan sebelum jumpa produk anda dan apa kesan positif yang diperolehi selepas menggunakan produk tersebut.

Antara page yang banyak menggunakan video curation adalah AJ+ dan juga Buzzfeed.
Anda boleh lihat sendiri jenis video-video yang mereka gunakan.

Jadi, itulah antara 4 jenis video yang boleh anda gunakan untuk marketing bisnes anda. Perlu diingat, setiap video
sebaiknya hanya mempunyai 1 objektif sahaja.
Diharap ilmu yang sedikit ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Jika anda lihat trend pemasaran masa kini, penggunaan video marketing mudah untuk berinteraksi
secara terus dengan audience anda kerana penerangan yang jelas dan bentuk visual yang bergerak sememangnya
menarik perhatian orang untuk melihatnya.

Ada pelbagai versi seperti yang di terangkan di atas dan anda boleh pilih mengikut keperluan semasa marketing untuk produk dan bisnes anda.

Tak dinafikan kreativiti dan idea memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sebuah video marketing yang menarik dan penyampaian mesej yang jelas melalui video yang dihasilkan.

Anda boleh belajar asas editing video untuk menghasilkan sendiri video marketing anda.
Jika anda pening dan tiada kepakaran untuk membuat sendiri video anda, anda boleh mengupah agensi media
atau freelancer yang mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sebuah video yang menarik untuk produk dan servis bisnes anda.

Jika anda rasa artikel ni memberi manfaat kepada anda, sila share artikel ni supaya lebih ramai lagi
yang akan dapat manfaat ilmu yang dikongsikan.

Di harap penerangan 4 jenis video marketing ini memberikan anda idea untuk promosikan servis dan juga bisnes anda menggunakan medium video marketing.

 

WhatsApp us