Iklan testimoni as a sales tool

Bagaimana Testimoni Boleh Dijadikan Alat Jualan Yang Power

Ramai yang mengadu, dah dapatkan testimoni dari pelanggan sedia ada. Dah letakkan dalam iklan. Dalam website. Tapi kenapa sales still tak naik-naik?

Sebelum saya explain kenapa sale sanda tak naik-naik even dah letak testimoni, saya jelaskan dengan lebih detail apa itu testimoni dan kenapa testimoni SANGAT PENTING dalam marketing, terutama promosi dan periklanan.

Apa Itu Iklan Testimoni?  

Selalu nampakkan iklan-iklan dekat FacebookYoutubeGoogle tulis ayatnya lebih kurang

 

“Wanita ini sudah berjaya turunkan 14kg dalam masa 5 bulan.”

 

Itu adalah antara testimoni atau feedback daripada pelanggan mereka. Transformasi selepas menggunakan produk atau servis.

 

Jadinya, dengan iklan testimoni daripada pelanggan sebenar dan sedia ada, dapat bantu coldaudience untuk buat keputusan membeli produk atau servis anda.

 

Bentuk iklan testimoni tak semestinya hanya dalam bentuk grafik. Boleh jadi dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio atau video.

 

Tapi, bentuk iklan testimoni yang paling convertialah dalam bentuk visual/gambar.

Sebabnya behavior manusia lebih mudah respons kepada gambar berbanding teks

 

Tapi kenapa ramai seller dan usahawan bersungguh sangat guna iklan testimoni ni?

 

Bila anda gunakan iklan berbentuk testimoni dalam advertising campaign anda, ia akan bantu menaikkan trustdan credibility brandserta companyanda dalam kalangan pengguna sedia ada dan prospek.

 

Macam anda jugalah, sebelum nak beli apa-apa barang, even dekat Shopee pun mesti cek ruang review dulu tengok berapa banyak rating star, 5 star.

 

Kalau lagi banyak rating 5 star, lagi anda yakin nak beli. Tahu-tahu je dah checkout, bayar.

 

Kalau banyak rating1 star, mesti terus cari kedai lain kan. Sama juga dengan pelanggan dan audience anda. Lagi banyak anda provide real testimony dan feedback, makin tinggilah keyakinan mereka untuk beli dari anda.

 

Ingat. Kuncinya realtestimoni dan beremosi.

 

As simple as that. 

 

Iklan Testimoni Menjimatkan Kos Iklan

Ramai yang pandang rendah kuasa iklan testimoni. Sampaikan terlalu sibuk buat kempen iklan yang telan kos besar meliputi kos duit, masa dan tenaga macam iklan billboard, televisyen, radio dan lain-lain.

 

Walhal ada cara yang lebih murah, berkesan dan kos efektif untuk tarik pembeli sama ada dari kategori cold atau warm audienceFreelagi tu.

 

Walaupun anda run adsiklan testimoni, kosnya taklah setinggi anda buat dari scratch, yang boleh telan kos sampai berpuluh ribu!

 

Lagi pula, iklan testimoni yang sebenar tak biased dan berat sebelah memandangkan feedback tersebut jujur daripada pelanggan anda sendiri. Melainkan anda guna fake review. Mohon jangan buat begitu. Sebab ia akan bersangkut-paut dengan keberkatan rezeki anda.

 

Contoh iklan testimoni anda boleh letakkan di media sosial, website, sales page, iklan berbayar di Facebook, Instagram, Google, Youtube, dan lain-lain.

 

Dalam pada itu, follow up pelanggan anda, tanya kepada mereka mengenai produk/servis yang digunakan. Adakah mereka berpuas hati, atau ada kekurangan dari pihak anda yang boleh improve lagi.

 

Nak lagi nampak brand anda appreciate feedback dan review dari pembeli, berikan mereka voucher atau kupon untuk next purchase. Barulah mereka rasa dihargai dan akan naikkan brand credibility dalam mata pengguna.

 

Secara tak langsung, anda dapat kumpul loyal customerdalam komuniti brandanda. So, iflepas ni anda ada buat product launching, tak mustahil mereka akan jadi pembeli terawal

 

Maksimumkan Penggunaan Testimoni

“Saya dah guna iklan testimoni dalam kempen iklan, tapi kenapa macam tak convertsalestak naik-naik pun.”

 

Ada beberapa faktor kena ambil kira bila buat iklan berbentuk testimoni ni. Perasan tak, kalau dekat Facebook Ads tu bila orang buat iklan testimoni, anda baca testimoni dia rasa ‘meh’. Rasa kosong je. Tak menjentik emosi.

 

Saya dedahkan kepada anda jenis-jenis testimoni yang selalu USAHAWAN buat bila buat iklan testimoni.

Sebab #1: Testimoni terlampau biasa

Tak ada kesan signifikan lepas guna produk/servis anda. Kalau kurang berat badan, cuma turun sekilo je. Bukan maksudnya produk anda tak bagus. Maybe anda kena tunggu sedikit dalam sebulan dua untuk dapatkan result yang lebih signifikan. Bukannya sapu terus putih dalam 5 saat. Itu bahaya.

Ingat. Lagi besar perbezaan before & after, lagi tinggi nilai perceived value yang customer nampak. 

Sebab #2: Testimoni tak ada emosi

Dari 1stfeedback sampai yang ke 100, sama je isi dia. ‘Hebat, kesan memuaskan, berbaloi.’

 

Sebenarnya, bila orang beli sesuatu produk, mereka didorong atas faktor emosi dan mereka justify pembelian mereka dengan logik akal.

 

So, bila dia tengok orang yang bagi testimoni tu penuh emosi, macam ‘Dah try macam-macam produk sebelum ni, bila pakai XXX terus rasa macam Wow. Kawan-kawan ramai tegur kulit dah makin bersih. Kalau tak sebelum ni asyik kena label tak basuh muka je.

 

So, bila dia nampak feedback yang jujur dan penuh emosi, dia akan lagi mudah terpengaruh untuk beli.

 

Maka, bila rekod testimoni daripada pelanggan, tanya beberapa soalan berkali-kali sampai anda jumpa jawapan, punca emosi kenapa mereka beli produk anda. Korek sampailah anda jumpa jawapan yang ‘Ini rupanya sebab utama kenapa dia beli.’

Sebab #3: Guna testimoni dari pelanggan yang sebenar

Tak menipu. Tipu dosa. Ramai orang nak kejayaan express, nak shortcut, tak nak bersusah payah sampai sanggup tipu testimoni pelanggan, pakai testimoni orang lain semata nak dapat sales.

 

Tak berkat ya rezeki yang anda dapat. Betteranda sendiri yang jual produk dan dapatkan testimoni. Selepas itu follow up pelanggan anda dapatkan testimoni, tanya kenapa dia beli dengan anda.

 

Pastikan mereka berpuas hati dengan servis dan produk anda. Barulah anda masukkan dalam iklan, website dan sebagainya. Dengan cara ni akan lebih berkesan sebab anda sendiri bantu mereka selesaikan masalah dan berikan impak dalam kehidupan mereka.

 

Bila anda buat bisnes, mesti ada juga kumpulan audience yang tak nak atau tak dapat beli produk/servis anda sebab ada restriction atau keraguan. Jadi, anda gunakan testimoni dengan acknowledge rejection mereka, sebelum anda terangkan kenapa mereka batut beli dari anda.

 

Contoh:

 

“Mula-mula tengok harga macam tak berbaloi nak beli sampailah saya tengok testimoni dari pengguna lain cakap kualiti setanding dengan harga. Bila guna tu memang berbaloi-baloi.”

 

Konklusinya, testimoni tersangatlah power dan berkesan bila anda tahu teknik dan cara yang betul dan faham fungsi sebenar testimoni dalam aktiviti periklanan.

 

Tak perlu spend besar pun untuk dapatkan kepercayaan pembeli dan naikkan kredibiliti brand serta company.

 

Gunakan feedbackdan review dari pelanggan sedia ada semaksimum mungkin dan dapatkan ROI yang lebih berbaloi.

 

Anda belajar sesuatu hari ni?

 

Baca Artikel Berkaitan : 3 Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads
Ads

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads

GIFs, atau Graphics Interchange Format, adalah jenis fail gambar yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk animasi ringan. Dalam dunia marketing, GIFs sering digunakan …

Read More →
Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda
Ads

Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda

Iklan carousel atau carousel ads adalah sejenis iklan yang boleh digunakan pada platform pengiklanan Facebook. Kelebihannya adalah ia membolehkan anda menunjukkan beberapa gambar atau video …

Read More →
Kepentingan Penggunaan 'High Quality Image' Dalam Facebook Ads Anda
Ads

Kepentingan Penggunaan ‘High Quality Image’ Dalam Facebook Ads Anda

Penggunaan imej yang berkualiti tinggi (high quality image) dalam Facebook ads adalah penting kerana ia mampu membantu menarik perhatian audience dan meningkatkan prestasi ads. Imej …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

Marketing Ideas to Start the New Year Right!
Marketing

Marketing Ideas to Start the New Year Right!

As the new year approaches, it’s a great time to reevaluate your marketing strategy and come up with fresh ideas to reach and engage your audience. Here are a few marketing ideas to help you start the new year right. 1. Create a content marketing plan Content marketing is a powerful way to attract and

Read More »
Marketing

Video VS Poster: Why Videos Are More Effective For Marketing

Brands can no longer get by with just written content and images. Brands all over the world are realizing the value of video marketing and investing in its creation and distribution. Video marketing is when you are using videos for promoting and telling people about your product or service. Videos are a better way to

Read More »
Ads

Cara Buat Iklan Yang Hasilkan Jualan

Jika anda nak buat iklan, anda perlu tahu ciri ciri iklan yang berjaya hasilkan jualan. Ramai yang buat iklan sebab nak tarik pelanggan tapi mereka tak faham, apa yang menyebabkan iklan mereka hambar.   Dalam post kali ini, kita nak merungkai kenapa iklan tu boleh jadi hambar.   Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang profesional digital

Read More »
Website

5 Jenis Platform Yang Mudah Untuk Bina Website Pertama Anda

Mewujudkan sebuah website pada zaman teknologi ini adalah sangat mudah. Ini kerana, realiti hari ini telah banyak platform yang menawarkan pelan untuk bantu anda buat website dengan sendiri untuk bisnes online dan perniagaan anda. Oleh kerana ia dihoskan pada cloud, anda tidak perlu risau tentang kapasiti web. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5

Read More »
Design

5 Design Trends Yang Boleh Ubah Strategi Marketing Anda

Design trend yang menarik akan dapat meningkatkan identiti dan strategi marketing anda. Tujuannya adalah untuk memberikan maklumat, menyampaikan mesej atau meyakinkan audiens melalui gabungan imej, warna dan bentuk. Dalam artikel ini, kami telah senaraikan 5 design trends yang boleh ubah strategi marketing anda! 1. Jadikan data lebih menarik & eye catching Audiens lebih cenderung untuk

Read More »