7 Bahan Utama Untuk Hasilkan Facebook Ads Yang Lebih Converting

Cara buat Facebook Ads sangat penting bagi memastikan ads ataupun iklan yang anda buat dapat capai audiens yang lebih berkualiti. Penggunaan Facebook Ads dalam perniagaan merupakan satu peluang yang sangat besar bagi mereka yang bergelar usahawan dalam mencari target pemasaran dan sasaran audiens yang lebih sesuai dan tepat. Dalam era teknologi sekarang di mana media sosial dijadikan sebagai salah satu platform untuk audiens mencari maklumat semasa seperti membaca berita online dan mengambil tahu isu semasa, tidak kurang juga mereka yang menjadikan ia sebagai medan perniagaan dalam mempromosikan produk/servis mereka supaya lebih dikenali ramai. 

Kebanyakan orang yang menggunakan facebook ads dalam perniagaan mereka adalah untuk dapatkan hasil yang lebih cepat dan mudah. Namun, tidak semua penggunaan Facebook Ads boleh berjalan lancar tanpa cara dan bahan yang tepat ketika membuat kempen. Berikut kami kongsikan kepada anda 7 bahan utama dalam menghasilkan Facebook Ads yang lebih converting.

1. Setkan Tujuan Yang Betul

Tidak ramai yang tahu dengan meletakkan tujuan/setting yang betul ketika membuat kempen iklan di facebook, ia dapat membantu mereka untuk menarik audiens dengan lebih cepat. Kebiasaannya, setiap tujuan/setting iklan akan berbeza-beza setiap masa. Anda mungkin fikir untuk menarik audiens untuk kenal dengan produk/servis anda, anda hanya perlu membuat facebook ads. 

2. Sasarkan Kepada Sasaran Yang Betul

Selepas anda kenal pasti dan fahami tentang produk anda, anda perlu target kepada audiens yang betul. Anda perlu tahu ciri-ciri audiens yang sesuai dengan produk anda. Ada 3 bahagian audiens yang perlu anda tahu iaitu Cool Audience, Warm Audience dan Hot Audience. Perbezaan tiga jenis audiens ini adalah :

Cool Audience: Mereka yang tidak mengenali anda. Tidak tahu tentang produk anda.

Warm Audience: Mereka yang sudah tahu produk anda tetapi belum membeli dengan anda lagi. Kebanyakan mereka mungkin follower atau peminat anda. Mereka dipanggil Prospek.

Hot Audience: Mereka yang pernah membeli dan selalu repeat beli dengan anda. Mereka adalah loyal customer.

Ia adalah lebih baik jika anda targetkan iklan anda kepada Warm Audience dan Hot Audience kerana mereka adalah lebih berkualiti.

Ia adalah lebih baik jika anda targetkan iklan anda kepada Warm Audience dan Hot Audience kerana mereka adalah lebih berkualiti.

3. Penggunaan Gambar Yang Sesuai Dan Berkualiti Tinggi

Gambar memainkan peranan penting sama ada di dalam website atau di dalam kempen pengiklanan. Statistik menunjukkan bahawa siaran Facebook dengan penggunaan gambar berkualiti tinggi yang berkaitan dengan produk/servis anda, dapat menarik lebih ramai audiens. Ia boleh menjadi sukar untuk mencari atau mereka bentuk gambar yang sesuai untuk kempen anda. 

Selain itu, anda juga perlu tahu untuk memperbanyakkan gambar untuk kempen anda kerana gambar yang tidak mempunyai size yang ditetapkan dalam iklan boleh mengurangkan kadar interaksi anda dengan target sasaran anda.

Artikel berkaitan: Teknik Pemilihan Gambar Untuk Iklan FB Ads.

4. Penggunaan Headline Yang Kuat

Penggunaan headline yang lemah atau tidak kuat dalam facebook ads ataupun website akan membuatkan anda kehilangan audiens. Mencipta headline yang kuat adalah penting kerana ia dapat menarik minat orang ramai untuk melihat iklan anda dengan lebih kerap. Pendekatan terbaik adalah membuat headline yang mengajar cara yang betul bagaimana produk dan perkhidmatan anda boleh menyelesaikan masalah audiens. 

Headline boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai elemen seperti headline yang menggunakan emosi, soalan, perbualan, testimoni, offer dan fakta. Anda boleh gunakan kelebihan produk/servis anda dan jadikannya sebagai salah satu headline yang kuat dan meyakinkan.

Ringkasnya, headline anda perlu kuat dan boleh menarik minat audiens untuk melihat iklan/website anda.

5. CTA (Call To Action)

Apakah tindakan yang anda mahu apabila audiens melihat iklan yang anda lakukan? Adakah anda meletakkan cara yang betul untuk audiens anda hubungi anda seperti bagaimana cara untuk mendaftar, untuk membeli, atau memuat turun sesuatu? Orang ramai meluangkan masa untuk membaca iklan apabila mereka benar-benar berminat dengan produk/servis yang ditawarkan oleh iklan tersebut. Letakkan elemen urgency dalam iklan anda dan tarik audiens anda melalui CTA. 

Terdapat banyak iklan di luar sana yang menawarkan e-book dan panduan percuma untuk menarik audiens dan kemudian menggunakan e-mel yang didaftarkan oleh audiens sebagai salah satu cara untuk luaskan target pasaran. Fikirkan CTA yang kreatif dan boleh digunakan untuk mencapai objektif anda.

6. Testing And Tracking

Tracking conversion adalah salah satu cara yang digunakan untuk melihat ROI kempen pengiklanan anda. Anda harus mengetahui prestasi iklan Facebook anda seperti cara anda melihat kempen iklan lain yang berjaya meraih hasil jualan yang tinggi. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat melihat hasil dan menentukan sama ada iklan yang anda jalankan di Facebook berbaloi dengan bajet yang anda keluarkan. 

Selain itu, anda boleh melihat capaian, sasaran dan prestasi iklan anda untuk membantu meningkatkan cara audiens anda berhubung dengan anda. Facebook Pixel merupakan salah satu cara yang boleh anda gunakan dalam iklan anda, untuk menjejak setiap pembelian yang dilakukan, melengkapkan pendaftaran, add to cart dan lain-lain.

7. Landing Page

Landing page merupakan salah satu bahan terpenting untuk pastikan Facebook ads anda boleh convert. Dalam kempen yang anda buat di Facebook, sebaik sahaja audiens klik pada iklan anda, pastikan iklan tersebut membawa audiens anda terus ke landing page anda yang dibuat mengikut objektif kempen anda. Cara ini akan menentukan sama ada anda boleh menjadikan audiens yang masuk ke landing page anda bertukar kepada prospek. 

Dengan memahami dan mengikuti 7 bahan penting ini untuk kempen iklan Facebook yang berjaya, anda akan dapat:

Landing page merupakan salah satu bahan terpenting untuk pastikan Facebook ads anda boleh convert. Dalam kempen yang anda buat di Facebook, sebaik sahaja audiens klik pada iklan anda, pastikan iklan tersebut membawa audiens anda terus ke landing page anda yang dibuat mengikut objektif kempen anda. Cara ini akan menentukan sama ada anda boleh menjadikan audiens yang masuk ke landing page anda bertukar kepada prospek. 

Dengan memahami dan mengikuti 7 bahan penting ini untuk kempen iklan Facebook yang berjaya, anda akan dapat:

– Bantu prospek dan pelanggan anda menemui dan berhubung dengan perniagaan anda

– Tarik lebih ramai orang untuk kenal produk dan perkhidmatan anda

– Membuat tawaran kepada sasaran yang tepat

– Tingkatkan jualan anda dengan mendapatkan prospek yang berkualiti tinggi

– Menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan pelanggan dengan cepat dan pantas

– Dapatkan kesetiaan dari prospek dengan membina hubungan yang baik dan berpanjangan

Facebook adalah salah satu daripada saluran pengiklanan dalam talian yang boleh anda gunakan untuk mengubah idea anda menjadi satu perniagaan yang luar biasa. Anda hanya perlu gunakan cara yang betul untuk hasilkan Facebook ads yang lebih converting. Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Facebook Ads, anda boleh klik di sini untuk tempahan slot bersama Biz Dev kami kerana slot adalah terhad.

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

1.  7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

2. 6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

3. 7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :