Cara Keluarkan Unique Selling Proposition (USP) Produk Anda

Siapa lagi yang masih tak tahu USP produk sendiri? Dan macam mana nak keluarkan keunikan produk dan servis kita?

Ramai orang yang cakap dengan saya, dia sendiri tak tahu apa yang best sangat dengan produk dia , apa yang menyebabkan produk dia berbeza dengan produk lain dan apa yang menyebabkan orang nak pilih produk dia.

Sebenarnya tak susah pun nak cari keunikan produk kita.

Ini step yang anda kena buat jika anda sebagai seorang usahawan atau marketer, bila anda dapat produk/servis baru.

Cara #1: Senaraikan pasti ciri-ciri produk/servis anda.

Ciri-ciri produk tu apa?

Ciri-ciri produk ni senang cerita ialah ciri yang anda boleh nampak dari segi luaran.

Saya bagi botol air mineral sebagai contoh.

Botol air mineral diperbuat daripada plastik, penutupnya warna hijau, isi padu air 500ml, sumber air dari pergunungan Alps dan sebagainya.

Ada sesetengah ciri produk tu memang dah appealing, dan sangat bernilai tinggi di mata prospek.

Sebab tu anda kena senaraikan ciri-ciri produk sebanyak mungkin terlebih dahulu.

Selepas anda dah listkan ciri-ciri produk anda tadi,

Cara #2: Kenal pasti manfaat hasil daripada ciri-ciri produk/servis anda. 

Kita ambil contoh air mineral tadi. 1 botol air mineral berisi padu 500ml, so anda boleh bancuh 2 cawan kopi, 250ml setiap satu.

Kita ambil pula ciri-ciri yang kedua. Air mineral tadi diambil daripada pergunungan Alps. Anda boleh dapat air minuman dari sumber semula jadi yang mengandungi mineral-mineral penting untuk tambah kesejahteraan badan.

Jadinya, manfaat adalah hasil dari ciri-ciri yang anda list tadi.

Manfaat ni anda boleh fikir dari 2 sudut.

Pertama, manfaat kepada orang membeli produk/servis tersebut (pembeli).

Yang kedua, manfaat kepada orang lain.

Sebagai contoh, jika anda jual produk kanak-kanak, tapi anda bukan menjual kepada kanak-kanak tersebut. Sebabnya kanak-kanak tak membayar.

Yang anda patut appeal dan cuba jual ialah kepada ibunya. Selalunya si ibu yang akan buat keputusan untuk membeli.

Dalam iklan anda, anda nak tunjukkan manfaat bila anda jual produk kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tu seronok, dapat manfaat daripada menggunakan produk/servis anda.

Maka, yang keputusan untuk membeli ialah, ibunya.

Langkah yang ketiga.

Cara #3: Kaitkan ciri-ciri dan manfaat produk/servis anda.

Jadi, bila anda kaitkan manfaat dengan ciri-ciri produk, anda akan dapat keluarkan USP produk anda.

Sebagai contoh, bila Apple jual telefon bimbit, mereka tak cakap fon mereka ada 500gb hardisk, tak cakap tentang camera 14 mega pixel.

Mereka tak cakap tentang semua ciri-ciri produk, tetapi yang mereka highlightkan adalah berapa ribu video yang boleh disimpan dalam fon mereka, berapa juta lagu boleh diakses dari dengan menggunakan smart watch.

Ada certain marketing angle, Unique Selling Proposition anda boleh dapat dengan hanya menekankan pada manfaat produk tersebut.

Itulah sebenarnya step untuk anda cari Unique Selling Proposition produk/servis untuk keluarkan apa kelebihan dan keunikan produk anda berbanding dengan orang lain.

Share di komen pendapat anda dan kongsikan dengan rakan-rakan usahawan anda.

Share This Article

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Business

Cara Nak Buat Iklan Kalau Tak Ada Database

  “Saya baru buat takaful tanpa database. Macam mana nak mula marketing?” Tips #1 : Share Content Yang pertama, anda share content yang berkaitan takaful …

Read More →
Ads

Cara Nak Elak Buat Iklan Yang Tak Hasilkan Jualan

Dalam post kali ini, kita nak merungkai kenapa iklan tu boleh jadi hambar. Bila saya buat analisa berdasarkan pengalaman saya beberapa tahun menjadi seorang profesional …

Read More →
Business

Bagaimana Tingkatkan Kepercayaan Untuk Produk Baru

  Saya selalu dapat soalan-soalan ni daripada student-student saya. “Tuan Rahim, saya buat produk baru. So macam mana nak bagi orang percaya dekat produk saya …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

Business

3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal

3M inilah punca kenapa kempen pemasaran tu ‘flop’ atau berjaya. “Saya dah plan macam-macam benda, saya dah susun elok-elok tapi akhirnya kempen ni tak menjadi.” Saya tahu perasaan anda macam mana. Saya sendiri pun pernah kerugian RM20 ribu! Hasil tak betul-betul faham fundamental. Akhirnya, bila saya dah study macam-macam buku, pergi macam-macam kelas, di dalam

Read More »
Business

[BM] Berhenti Kerja Untuk Berniaga

Adakah anda salah seorang yang nak berhenti kerja untuk berniaga? Jangan risau, anda bukan keseorangan. Ramai sebenarnya yang macam anda. Atas sebab yang pelbagai, dan ada beberapa persamaan.Sudah bersedia berhenti kerja untuk berniaga? Ada yang berjaya, pendapatan 3 kali ganda dari gaji. Untung bisnes tiada had atau limit seperti gaji bekerja. Anda pun tiba-tiba naik

Read More »
Business

Cara Nak Buat Iklan Kalau Tak Ada Database

  “Saya baru buat takaful tanpa database. Macam mana nak mula marketing?” Tips #1 : Share Content Yang pertama, anda share content yang berkaitan takaful dekat media sosial yang anda ada. Contoh macam di Facebook. Instagram, Tiktok, Twitter dan sebagainya. Tak sure nak share content apa? Anda kena tahu siapa target pelanggan anda. Lepas tu

Read More »
Testimony

Ini Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat

Testimoni dah banyak tapi sales tak meningkat? Ramai orang tanya saya, “Tuan Rahim, saya dah dapatkan testimoni daripada pelanggan saya, tapi saya dah letak dalam iklan, saya dah letak dalam website kenapa sales tak meningkat?” Sebenarnya, tak semua tak testimoni boleh tingkatkan jualan anda. Ini 3 sebab kenapa testimoni tu tak best, tak power. Sebab

Read More »
Business

Bagaimana Tingkatkan Kepercayaan Untuk Produk Baru

  Saya selalu dapat soalan-soalan ni daripada student-student saya. “Tuan Rahim, saya buat produk baru. So macam mana nak bagi orang percaya dekat produk saya ni? Sebab kita tahu yang mana orang buat pembelian bila mereka percaya. Jadi, apakah cara terbaik untuk kita tingkatkan kepercayaan orang, supaya orang rasa macam nak beli produk tu. Jangan

Read More »