Facebook Ads atau FB Ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook yang digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk di media sosial Facebook dan Instagram dengan pelbagai latar belakang pengguna yang berbeza.
Facebook Ads adalah antara salah satu tools pemasaran yang sangat besar, cepat dan efektif dengan jumlah pengguna aktifnya seramai 2.45 billion
Sudah banyak jenama-jenama besar di Malaysia menggunakan tools Facebook Ads untuk memasarkan produk mereka. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk mula mengiklankan produk dan jenama anda di Facebook Ads.
Namun, anda perlu tahu bahawa Facebook Ads adalah tools berbayar dan anda perlu ambil tahu bagaimana untuk membuat Facebook Ads yang berkesan agar iklan yang anda lakukan berbaloi dengan bayaran yang anda bayar kepada pihak Facebook.
Sebelum mula mengiklankan perniagaan anda di Facebook, anda perlu tahu apakah kepentingan Facebook Ads untuk bisnes anda. Berikut kami kongsikan agar anda lebih bersemangat dan yakin untuk laburkan duit anda untuk pengiklanan di Facebook.
1. Kos pengiklanan murah
Untuk memasarkan produk anda kepada orang yang dikehendaki, sudah semestinya ada sedikit modal yang perlu anda keluarkan. Kos iklan di Facebook boleh mencapai serendah RM0.03 sahaja untuk setiap klik atau paparan di Facebook.
Tidak dinafikan, kos pengiklanan di Facebook adalah lebih murah berbanding pengiklanan di radio, televisyen, surat khabar, dan sebagainya.
Jangan hairan jika terdapat usahawan di kawasan persekitaran rumah anda yang menggunakan iklan di Facebook untuk mempromosi bisnes mereka kerana ia bukan sahaja murah bahkan boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja termasuk usahawan kecil mahupun pemilik bisnes yang mempunyai syarikat besar.
2. Pemasaran viral

Pemasaran viral adalah apabila anda membuat satu iklan atau kempen viral untuk menjadikannya hit besar di internet mahupun media sosial dan mempengaruhi pelanggan anda.
Dengan Facebook Ads, ia bukan sahaja diterima oleh target audiens anda sahaja malah, ia akan tersebar secara viral di semua tempat. Sebagai contoh, anda mempromosikan produk anda kepada 20 orang, tetapi 200 orang yang lain juga akan dapat tahu mengenai produk anda hasil orang ramai tekan butang share, like, comment yang terdapat pada Facebook.
Mereka yang berminat kepada iklan anda mempunyai kebarangkalian untuk berkongsi iklan tersebut pada akaun Facebook miliknya. Perkara inilah yang menyebabkan iklan anda diketahui oleh ramai pengguna Facebook yang lain.
3. Pengiklanan yang lebih targeted

Di Facebook, anda boleh membuat iklan yang targeted kepada prospek tertentu yang anda inginkan.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh sasarkan prospek pilihan yang anda mahukan dari segi umur, jantina, minat, tempat tinggal. negara mana dan sebagainya.
Dengan fungsi tapisan yang disediakan oleh pihak Facebook ia sangat memudahkan terutamanya untuk anda yang baru mula untuk iklankan perniagaan anda di Facebook Ads. Anda sudah tidak perlu lagi berjumpa dengan pelanggan secara bersemuka. Kini dengan Facebook Ads, anda hanya perlu tetapkan target untuk anda sampaikan iklan kepada target audiens yang anda inginkan.
Sebagai contoh, jika anda mengambil servis iklan berbayar Facebook Ads, ia menyediakan data yang lebih tepat dan terperinci. Mustahil prospek berumur 30 tahun akan melihat iklan anda jika anda telah sasarkan prospek berumur dari 20 sehingga 29 tahun.
Mustahil untuk mereka yang minat dengan kosmetik akan nampak iklan permotoran dan seumpamanya. Memilih audiens yang tepat untuk iklan anda sangat penting, terutamanya di Facebook kerana mempunyai kesan dan akibat yang jelas.
Facebook Ads ini berfungsi dengan sangat tepat. Dengan menggunakan Facebook Ads, anda boleh melihat jumlah orang yang melihat iklan anda, berapa ramai yang klik pada iklan anda dan berapa banyak conversion yang anda dapat.
Kelebihan ini sudah tentunya akan dapat membantu anda untuk menilai iklan yang anda buat dan mendapatkan komposisi iklan terbaik dengan hasil yang optimum.
4. Bajet dapat disesuaikan
Anda boleh memilih objektif pengiklanan yang sesuai dengan bajet anda dan tetapkan bajet yang sesuai berdasarkan keperluan perniagaan.
Untuk setiap jenis iklan, bajet minimum yang boleh dibelanjakan setiap hari adalah daripada RM4.19 ke RM20.96. Anda juga boleh tetapkan had perbelanjaan akaun. Had perbelanjaan akaun adalah had keseluruhan terhadap jumlah wang yang akaun iklan anda boleh belanjakan sepanjang kempen iklan.
Penetapan had perbelanjaan akaun dapat membantu anda untuk mengawal kos dan memastikan anda tidak berbelanja berlebihan untuk iklan anda. Risau bajet anda tidak mencukupi untuk buat pengiklanan di Facebook? Jangan risau! Vennea boleh bantu selesaikan masalah anda!
Sebagai digital marketing agensi, Vennea akan membantu mempromosikan bisnes dan perniagaan anda dengan servis yang kami tawarkan. Kami bukan sahaja akan menyediakan copywriting dan design yang menarik pelanggan, malah kami akan setup business manager Facebook anda dengan betul dengan cara yang paling menjimatkan!
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot bersama Biz Dev kami kerana slot adalah terhad.
5. Dapat meningkatkan trafik ke website
Sebenarnya, Facebook berpotensi membantu meningkatkan trafik website anda jika kena pada caranya.
“Mengikut laporan dari Shareaholic, Facebook adalah media sosial yang tarik trafik paling banyak ke website.”
Artikel berkaitan: 7 Cara Tarik Trafik ke Website dengan Facebook Ads
Anda hanya perlu fokus kepada ayat copywriting yang boleh meningkatkan engagement pada setiap content ads yang anda buat. Setiap engagement yang berkesan boleh membantu jumlah klik link dan trafik ke website anda untuk bertambah.
Dalam penulisan copywriting, panjang pendek tidak menjadi masalah. Yang penting, mesej mestilah mudah difahami serta dapat menyentuh emosi bakal pembeli. Hampir semua orang membuat keputusan berdasarkan emosi.
Oleh itu, sentuhan emosi adalah tunjang dalam pengiklanan, melainkan produk penjual begitu unik sehingga iklan yang biasa pun mampu mempengaruhi bakal pelanggan.
Anda boleh gunakan teknik soft-sell supaya tidak nampak terlalu menjual. Kongsikan tips berkenaan, info, cerita testimoni dan apa sahaja yang sesuai dengan produk atau servis anda tawarkan.
Kesimpulannya, Facebook Ads adalah tools periklanan yang efektif untuk meluaskan lagi jenama dan produk anda. Penggunaan Facebook Ads bagi pemasaran produk secara meluas merupakan satu langkah yang bijak. Gunakan sepenuhnya settings yang terdapat dalam Facebook Ads untuk anda mendapat lebih banyak pelanggan dan jualan.
Untuk anda yang baru nak mula bisnes di Facebook dan tak tahu dari mana nak mula, anda boleh mula untuk lakukan Facebook Ads.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. 7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi
2. Facebook Ads: 3 Struktur Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Ads