BAGAIMANA UNTUK PASTIKAN BISNES ANDA MAMPU UNTUK SURVIVE WALAUPUN BANYAK SAINGAN .

Formulanya ialah:

Angle Dalam Pemasaran

Banyak jenis produk dikeluarkan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan pada masa kini. Dah berapa banyak jenis skincare yang selalu kita nampak bila kita lalu di lebuhraya. Semua skincare ni menyelesaikan masalah yang sama iaitu menjaga kulit, tapi bagaimana mereka masih boleh survive sehingga kini?
.
Jawapannya ialah angle pemasaran

Angle Dalam Pemasaran
.
Angle ialah pendekatan yang anda gunakan dalam kempen pemasaran.
.
Ingat tak bagaimana syarikat Air Asia mula mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia. Pasaran Malaysia pada masa itu didominasi oleh Malaysia Airlines yang telah lama bertapak di Malaysia. Bagaimana ni berlaku?
.
Kerana angle pemasaran yang digunakan oleh syarikat Air Asia.
.
Mereka mensasarkan golongan yang hanya ingin menaiki kapal terbang dengan kos yang rendah dengan slogan “Now, everyone can fly.” Dengan melakukan perkara ini, syarikat Air Asia dan syarikat Malaysia Airlines tidak lagi bersaing secara langsung. Kedua-dua syarikat mempunyai sasaran pasaran yang berlainan.
.
Angle pemasaran sangat penting dalam sebuah kempen. Namun, apabila membuat pengiklanan di Facebook, ramai yang biasanya buat split test gambar, headline, copywriting atau call to action sebelum test angle pemasaran.
.
Sebaik sahaja anda tahu apa pendekatan yang sesuai, mudah iklan anda untuk convert.
.
Untuk mendapatkan angle ini, penting untuk anda buat kajian mendalam terhadap customer avatar anda.
.
Cuba kaji apa kemahuan mereka dan apa ketakutan mereka? Pergi ke tempat yang mereka akan pergi untuk mendapatkan ilham.
.
Ini antara contoh mudah bagi memudahkan anda untuk lebih faham tentang angle.
.
Sebagai contoh, saya menjual produk kurus. Berdasarkan kajian yang saya buat, orang yang mengalami masalah berat badan ini ada 2 masalah iaitu susah untuk mencari pakaian sesuai dan berasa sakit apabila menaiki tangga.
.
Daripada masalah tersebut, buat copywriting tentang kedua-dua masalah tersebut.
.
Split test iklan tersebut dan mendapatkan data.
.
Pilih yang mana mendapat convertion yang lebih tinggi.
.
Daripada situ, anda boleh tahu apa masalah yang boleh anda jadikan sebagai angle dalam pemasaran anda.
.
Kemudian, barulah anda split test headline, gambar, copywriting dan call to action.

Kesimpulan
Kewujudan banyak produk di pasaran memerlukan seorang usahawan untuk membuat kajian dan berfikir dengan kreatif agar dapat mencari angle dalam pemasaran yang sesuai. Harap artikel ini dapat membantu anda.

WhatsApp us