Call To Action (CTA) mempunyai peranan yang sangat penting dalam meningkatkan jualan mahupun meningkatkan conversion rates.
Call To Action (CTA) adalah ayat pendek untuk mendapatkan direct respond dari audience. Ia merupakan strategi marketing untuk usahawan terutamanya yang menjalankan perniagaan online.
Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 5 tips untuk tulis Call To Action (CTA) yang terbukti efektif. Teruskan membaca sampai habis!
1. Ringkas tapi padat
Call To Action bukanlah tempat untuk anda menulis karangan panjang lebar tentang mengapa audience perlu beli produk anda tetapi CTA adalah tempat di mana anda perlu memberitahu audience apa yang mereka perlu lakukan untuk membeli produk/servis anda.
Gunakan ayat “beli”, “order”, “langgan” dan sebagainya yang bersesuaian dengan apa yang anda nak audience buat terhadap produk/servis anda.
“CTA anda mestilah pendek, tepat, mudah dan mampu menarik pelanggan (persuasive). Pastikan anda tidak main teka teki dengan pelanggan anda supaya mereka tidak clueless dengan maklumat yang anda nak sampaikan.”
Artikel berkaitan: Tips Call To Action Yang Efektif
2. Sense of urgency
Sense of urgency adalah Call To Action yang memberitahu audience bahawa tawaran anda hanya datang pada masa tertentu sahaja.
Contoh CTA sense of urgency adalah “cepat sebelum terlembat”, “stock available sampai hari ini sahaja”, dan banyak lagi.
Dengan meletakkan sense of urgency ini, audience akan terus ambil tindakan untuk membeli produk/servis anda. Mereka akan rasa, jika mereka tak ambil tindakan sekarang, mungkin peluang itu sudah tiada atau mereka perlu tunggu peluang yang lain.
Jangan lupa untuk masukkan sense of urgency dalam setiap CTA yang anda lakukan.
3. Masukkan nombor
Call To Action yang mempunyai nombor di dalamnya akan memberikan gambaran kepada audience tentang keuntungan yang mereka akan dapat dari penawaran anda.
“Ramai orang tertarik dengan nombor seperti harga, diskaun, insentif, promosi atau sebagainya. Ia membantu prospek mengenalpasti sama ada sesuatu itu berbaloi atau tidak dalam masa yang singkat.”
Artikel berkaitan: 5 Tips Untuk Menghasilkan Call-to-Action (CTA) Yang Buat Pelanggan Terlajak Beli
4. Gunakan CTA yang sesuai
Anda tak boleh gunakan CTA yang sama untuk semua jenis promosi yang anda lakukan.
Ia perlu mengikut kesesuaian produk/servis apa yang anda lakukan.
Anda juga perlu tahu platform mana yang sesuai untuk anda letakkan CTA.
5. Nyatakan manfaat yang audience akan dapat
Anda perlu selitkan manfaat atau keuntungan yang audience akan dapat dari CTA tersebut.
Antara contoh CTA yang anda boleh guna adalah, “dapatkan diskaun untuk pembelian pertama anda!”, “daftar sekarang dan dapatkan FREE e-book daripada kami!”
Ini akan menjadikan audience lebih tertarik untuk cepat-cepat membeli daripada anda.
Kesimpulannya, ini adalah antara tips untuk tulis CTA yang anda boleh gunakan dalam copywriting anda.
Sekiranya tiada CTA dalam copywriting anda, mungkin audience akan hilang rasa untuk membeli produk/servis anda.
Ingin kami bantu hasilkan copywriting yang converting dan berkualiti untuk anda? Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana dengan menghasilkan ayat-ayat copywriting yang converting dan pastinya berkualiti.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Elemen Penting Dalam Copywriting Untuk Close Sales
2. Hasilkan Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit
3. Ini Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat