3 Punca Iklan Ke Laut Selepas Scale Up Bajet Iklan

Kenapa Bila Dah Dapat Sales Dan Scale Up Bajet, Iklan Kelaut?

Dah Ready Nak Scale Up Bajet Iklan Di Facebook ad?

Dah dapat sale, tapi kenapa bila anda scale up, semua kelaut?

Pernah tak anda terfikir, kenapa jadi macam tu?

 

Puas dah adjust setting sana sini, tapi masih lagi sales tak naik setara dengan bajet ads yang dah digunakan.

 

Ada yang fikir bila dah spend bajet iklan lebih 4 angka a.k.a RM1k ke atas dan dapat angka Return on Ads Spend (ROAS) 2 ke 3, dah boleh dah naikkan bajet ads.

 

Sebab nak dapat lebih banyak sales.

 

Faham, ramai yang beranggapan begitu, sebab ada sebilangan usahawan tak ada proper guideline dan metrix yang mereka boleh rujuk semasa jalankan iklan, especially Facebook dan Google Ads.

 

Sebenarnya, ada beberapa faktor yang anda kena tengok bila nak scale up bajet iklan di Facebooks ads. Bukan sewenang-wenangnya bila sales dah banyak dapat ROAS 2-3, terus nak scale up.

Tak boleh macam tu.

 

Mari tengok masalah yang kena diambil kira bila terjadinya peristiwa scale up ke laut.

 

 

Punca #1: Tak Kenal Audience

Tak kenal audience ni sama macam anda tak kenal pelanggan anda.

  1. Anda tak kenal kategori pelanggan anda.
  2. Anda tak kenal range umur berapa yang selalu beli dengan anda.
  3. Adakah golongan umur 20an, 30an, atau 50an?

 

Bila anda tak kenal audience anda dan siapa pembelinya, boleh jadi anda tersalah target audience dan pelanggan anda semasa setting ads.

 

Marketers yang power mereka ada cara untuk bezakan dan tapis setiap audience yang ada mengikut kategori umum seperti demografi, lifestyle dan lain-lain.

 

Dalam buku Consumer Behavior oleh Schiffman dan Wisenblit, teknik ini dipanggil sebagai Segmentation Bases atau Asas Segmentasi.

Demografi

  • Age
  • Gender
  • Ethnicity
  • Income
  • Wealth
  • Occupation
  • Marital status
  • Lokasi geografi

 

Melalui segmentation bases yang betul, anda akan dapat kenal pasti audience anda secara kasar berdasarkan faktor-faktor lain seperti faktor demografi.

 

Punca #2: Salah Setting Iklan

Yang kedua, ramai yang tak tahu pun mereka ada salah setting iklan.

 

In fact, ramai usahawan yang run ads atau marketer tak tahu pun dekat mana yang salah setting tu.

 

Memang betul, 20% je yang melibatkan teknikal bila kita run ads, selebihnya bergantung kepada copywriting, tapi 20% teknikal itu juga penentu iklan anda sampai kepada audience yang tepat.

 

Contoh produk, telekung.

 

Waktu setting untuk ads, anda setting wanita lingkungan umur 20-60 an.

Silap besar itu ya wahai rakan-rakan sekaliaaan.

 

Sebabnyaa…

 

Behaviour setiap peringkat umur dan respons mereka terhadap sesuatu iklan itu berbeza. So, tak bolehlah 1 ads set tu letak range umur dari muda sampai ke tua.

 

Pastikan ads set anda hanya tertumpu kepada kumpulan audience yang spesifik.

 

Contoh, ads set pertama target umur 20an, ads set kedua 30an dan seterusnya.

 

Begitu juga untuk setting ads yang lain seperti demografi, interest dan lain-lain.

 

Faham ke faham?

 

Punca #3: Audien Kurang Yakin

Last but not least, sejauh mana audience anda yakin dengan produk anda?

 

Bila anda nak scale up bajet iklan dan nak target lebih ramai audience, iklan jadi kelaut.

 

Sebab?

 

Tak ada kepercayaan yang anda berikan kepada audience sebagai seller.

  • Dah lah tak pernah nampak jenama dekat mana-mana.
  • Google nama pun tak ada.
  • Social proof pun tak ada.
  • Celah mana audience nak percaya dengan tawaran anda?

 

To be honest, ada cara nak manifest and cultivate audiences’ trust.

 

Rujuk ilustrasi dibawah untuk ketahui peringkat-peringkat kepercayaan yang dilalui oleh audience anda.

Peringkat kepercayaan yang paling rendah terjadi tanpa anda perlu stimulate atau initiate. Berbeza dengan kepercayaan yang disandarkan pada intellectual respect dan hubungan emosi pada level 4 & 5.

 

Kalau anda selalu share informasi berguna dan high value, pernah menulis artikel atau publish buku, tak ada masalah nak dapatkan kepercayaan dari audience dan prospek anda.

 

Sebab secara tak langsung anda dah buktikan sekali element authority.

 

Lebih banyak element autoriti dan intellectual yang ditonjolkan, Insha Allah tak akan ada masalah nak deliver apa jua produk atau servis sekalipun.

 

Sebab audience & prospek dah percaya teruk, senang lah nak close sales.

Tinggal nak nurture je.

 

Sekarang anda nampak lebih jelas kan. Nak menjual tak semestinya kena sentiasa hard selling.

 

Ada pelbagai lagi teknik untuk tarik perhatian audience dan prospek dan fokus kepada anda.

 

Baca artikel berkaitan : 5 Strategi Naikkan Sale Di Facebook Ad

 

Cuma perlukan sedikit tweaking dan adjustment.

 

TAPI!

 

Ada benda lagi penting anda kena take note. Bukan semua iklan sesuai untuk scale up. Sebab ada certain iklan kolam audiencenya memang kecil.

 

Like memang sangat kecil dan spesifik niche bisnesnya. Contoh anda nak buat promosi kaunseling untuk mereka yang ada rare condition. It’s like not even 0.00000005% from total population pun.

 

Sebab itulah antara punca kenapa bila anda nak scale up bajet iklan, ROAS ke laut ke sungai ke angkasa ke bulan.

Kuncinya, kenal pelanggan anda.

 

Banyak kali dah saya mention pasal kenal pelanggan ni terutama dalam ebook Million Dollar Kickstart  Ebook ini saya berikan secara PERCUMA untuk anda.

 

Anda boleh klik di gambar untuk download ebook ini.

ebook cover "Million Dollar Kickstart"

 

Itu saja untuk kali ni. All the best

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads
Ads

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads

GIFs, atau Graphics Interchange Format, adalah jenis fail gambar yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk animasi ringan. Dalam dunia marketing, GIFs sering digunakan …

Read More →
Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda
Ads

Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda

Iklan carousel atau carousel ads adalah sejenis iklan yang boleh digunakan pada platform pengiklanan Facebook. Kelebihannya adalah ia membolehkan anda menunjukkan beberapa gambar atau video …

Read More →
Kepentingan Penggunaan 'High Quality Image' Dalam Facebook Ads Anda
Ads

Kepentingan Penggunaan ‘High Quality Image’ Dalam Facebook Ads Anda

Penggunaan imej yang berkualiti tinggi (high quality image) dalam Facebook ads adalah penting kerana ia mampu membantu menarik perhatian audience dan meningkatkan prestasi ads. Imej …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

Trust

6 Kesilapan Yang Dibuat Semasa Onboarding Staff Baru

Syarikat anda baru menerima pekerja baru? Pasti ramai daripada staf anda berasa teruja untuk menerima orang baru dalam syarikat. Namun, ada beberapa perkara yang anda sebagai HR atau Hiring Manager perlu buat semasa onboarding staf baru. Betul, memang anda akan rasa teruja tapi jangan terlalu teruja sehingga lupa buat 6 perkara penting ni. 1. Tak

Read More »
Marketing

Konsep ‘5P’ Dalam Marketing

5p dalam marketing adalah sebuah kaedah atau konsep untuk membantu anda memilih dan mencipta strategi marketing yang betul untuk bisnes anda. Ia membantu untuk memperbaiki bisnes anda supaya dapat memenuhi keperluan target market serta membezakan produk atau servis anda daripada pesaing anda. Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut tentang setiap ‘P’. 1. Promotion/promosi Promotion/promosi merujuk

Read More »
FB Ads

7 Bahan Utama Untuk Hasilkan Facebook Ads Yang Lebih Converting

Cara buat Facebook Ads sangat penting bagi memastikan ads ataupun iklan yang anda buat dapat capai audiens yang lebih berkualiti. Penggunaan Facebook Ads dalam perniagaan merupakan satu peluang yang sangat besar bagi mereka yang bergelar usahawan dalam mencari target pemasaran dan sasaran audiens yang lebih sesuai dan tepat. Dalam era teknologi sekarang di mana media

Read More »
Copywriting Untuk Close Sales
Copywriting

Elemen Penting Dalam Copywriting Untuk Close Sales

Copywriting adalah seni, proses atau kegiatan menulis yang bertujuan untuk pembaca melakukan suatu respons, tindakan, atau keputusan yang diharapkan. Tapi, macam mana nak tulis copywriting menarik yang boleh bantu anda untuk close sales? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 elemen penting dalam copywriting untuk close sales. 1. Headline Seperti yang kita tahu, headline

Read More »
5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Peniaga Di Media Sosial
Media Sosial

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Peniaga Online Di Media Sosial

5 Kesalahan Peniaga Online di Media Sosial Media sosial hari ini bukanlah sekadar platform untuk bersosial semata-mata tetapi ia merupakan cara berkomunikasi serta melakukan promosi mengenai bisnes kepada pelanggan dengan cara yang paling berkesan dan efektif. Media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya merupakan antara platform yang sering digunakan oleh golongan muda termasuklah

Read More »
Jangan Buat 4 Perkara Ini Kepada Pelanggan Anda
Customer

Jangan Buat 4 Perkara Ini Kepada Pelanggan Anda

Berhadapan dengan pelanggan anda merupakan tugas wajib anda sebagai usahawan, business owner atau pekerja. Tidak kiralah apa jenis perniagaan atau misi dan visi syarikat, anda perlu tahu bagaimana untuk jaga dan ambil hati pelanggan anda. Pelanggan yang berpuas hati akan kekal bersama anda sepanjang naik turun perniagaan dan boleh beri free marketing untuk bisnes anda.

Read More »