3M inilah punca kenapa kempen dan strategi pemasaran tu ‘flop’ atau berjaya.
“Saya dah plan macam-macam benda, saya dah susun elok-elok tapi akhirnya kempen ni tak menjadi.”
Saya tahu perasaan anda macam mana.
Saya sendiri pun pernah kerugian RM20 ribu! Hasil tak betul-betul faham fundamental.
Akhirnya, bila saya dah study macam-macam buku, pergi macam-macam kelas, di dalam dan luar negara, dah entertain client lebih dari 4 buah negara dalam Asia Tenggara, barulah saya jumpa yang pokok pangkalnya, hanya bergantung pada 3M ini SAHAJA.
1st M: Market
M yang pertama adalah MARKET
Anda WAJIB kenal siapa target market anda
Kenal macam anda kenal member. Kenal yang bila saya sebut siapa target market anda, anda boleh nampak depan mata anda siapa target market anda.
Anda tahu apa masalah dia, apa kehendak dia, apa keinginan dia, apa impian dia, kenapa orang tu nak beli produk tu dengan anda.
Anda kenal sampai macam tu sekali, barulah anda betul-betul kenal target market anda.
Itu yang pertama.
2nd M: Message
Yang kedua adalah MESSAGE
Mesej apa yang kita nak sampaikan kepada target market kita untuk mereka rasa tertarik nak beli produk kita.
Ada beberapa cara buat copywriting
- Headline
- Cara buat video atau poster
- Attention, mesej mestilah dapatkan perhatian target market anda.
Kalau mesej pemasaran anda gagal dapatkan perhatian mereka, maka gagal lah kempen dan strategi pemasaran tersebut.
Itu M yang kedua dan ketiga. MARKET dan MESSAGE
3rd M: Medium
M yang ketiga ialah MEDIUM.
Medium ni adalah saluran ataupun bagaimana mesej anda disampaikan kepada target market anda
That’s why penting untuk anda tahu dekat mana sebenarnya target market anda berada dan apakah medium pemasaran terbaik untuk sampaikan mesej tersebut kepada target market anda.
Saya bagi contoh dalam blog post sebelum, ubat sakit lutut.
Contoh:
Saya jual ubat sakit lutut, dan saya tahu target market saya adalah orang yang berumur 55 tahun ke atas.
Mesej pun saya dah buat betul, saya dah tunjukkan testimoni, pengguna ubat sakit lutut ni berjaya solat tanpa ada rasa tak selesa, rintangan, halangan, senang nak sujud dan rukuk, tak payah nak duduk atas kerusi.
TAPI,
Saya buat iklan tersebut dekat TikTok
Dah tentu target market saya tak ada dekat TikTok.
Itulah contohnya dimana market dah betul, mesej dan betul.
Tapi MEDIUM anda menyampaikan mesej kepada market anda, salah.
Jadi, cuba anda periksa balik dalam kempen pemasaran anda, mana satu antara 3M ni, ‘flop’?
Kalau menjadi kempen pemasaran anda, mestilah hasil daripada 3M ini (Market, Message, Medium), berjaya.
Jadi formula dia macam ni,
The Right Target Market,
- Combine with the Right Message,
- Using the Right Medium,
- Will give you MILLIONS.
Komen pendapat anda jika anda rasa post kali ini membantu.