Bagaimana Nak Buat Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit

Gunakan formula ini untuk tulis copywriting iklan anda SEPANTAS 5 minit.

Ramai orang mengadu pada saya,

“Tuan Rahim, bila saya nak tulis copywriting, saya tenung skrin komputer, komputer tenung saya balik. 5 minit, 10 minit tak ada idea. Kadang tu saya dah keluar berjalan pun tak ada idea lagi.”

Sebenarnya, apa cara kita buat copywriting dalam masa yang singkat?

Nak ikutkan sebenarnya taklah susah mana nak buat copywriting ni.

Saya nak share dengan anda Formula P.E.S.T.A yang saya dah pakai lebih daripada 15 tahun untuk buat iklan-iklan saya di Facebook, website, email, di Whatsapp dan macam-macam platform lagi.

Anda dah bersedia?

Step 1: Problem

Yang pertama, huruf P.

P adalah PROBLEM.

Anda kena tulis ayat pertama atau HEADLINE bermula dengan masalah yang sedang dialami oleh prospek tersebut.

Contohnya, anda nak jual produk sakit lutut.

Jadi, apa masalah dia?

Kita terus sebut masalah dia adalah, ‘Dah lama sakit lutut sampai susah nak beribadat di masjid.’

Nampak tak? Sebab kita jelas siapa target market kita.

Maka, kita nak jual produk ni dekat orang yang berusia 50 tahun, yang memang selalu pergi ke masjid.

Bila dia sakit lutut, dia susah nak rukuk dan sujud. Dia terpaksa sembahyang atas kerusi.

That is why kita buat headline, kita sebut terus masalah dia ‘Dah lama sakit lutut sampai susah untuk anda menunaikan solat di masjid.

Step 2: Exaggerate

Yang kedua, huruf E. Exaggerate.

Anda nak tekankan masalah tadi untuk highlight apakah kesan emosi atau akibat dari masalah tersebut untuk bagi mereka nampak yang mereka terpaksa atau tak sabar-sabar nak dapatkan produk anda sekarang.

Contohnya tadi, sakit lutut.

Ayat dia adalah,

“Dah lama sakit lutut sampai susah nak solat di masjid.”

Yang kedua, emphasize kepada emosi dia adalah,

“Rasa malu nak solat di masjid sebab asyik nak kena cari kerusi dulu baru boleh duduk dalam saf. Anda rasa leceh dan lambat untuk menunaikan solat.”

Itu adalah kesan emosinya. Sebab dia rasa malu orang lain boleh je solat, rukuk, sujud macam biasa. Dia baru je umur 50 tahun dah sakit lutut, kena duduk atas kerusi.

So, rasa MALU tu adalah emphasize dia.

Yang ketiga, adalah S.

Step 3: Solution

S adalah Solution.

Dekat solution ini anda kena huraikan apakaha ciri-ciri produk, manfaat produk, advantage atau kelebihan produk ni berbanding dengan produk-produk lain diluar sana.

So dia ada:

– Features
– Benefit
– Advantage  

Dekat bahagian solution anda akan cakap,

“Jangan risau. Gunakan (contoh) Gel Supermax.

Anda kena perkenalkan produk yang boleh menyelesaikan masalah dia tadi (sakit lutut).

Time anda nak memperkenalkan produk tu, anda kena state name produk tersebut.

Contoh, “Memperkenalkan Gel Supermax

Ciri-ciri: “Bila disapu, ia akan memanaskan kulit di sekitar lutut.”

Manfaat: “Aliran darah disekitar lutut akan lebih lancar, maka kurang kesakitan di bahagian lutut.”

Itulah contoh Features, Benefit dan Advantage.

Ciri-ciri, kelebihan dan manfaat produk berbanding produk lain.

Step 4: Testimony

Yang keempat, ialah TTestimony. 

Selalunya testimoni ni kita akan letak kalau kita menggunakan gambar atau video yang bukan berbentuk testimoni.

Kalau kita memang gunakan gambar atau video yang ada testimoni, bahagian testimoni ni kita tak payah tulis dalam ayat copywriting kita.

Jadinya, bahagian testimoni mesti tulis Before & After. 

Kita ambil contoh tadi. Sebelum dia mengamalkan Gel Supermax ni, dia rasa susah nak berjalan ke masjid. Jalan pun terkedek-kedek pakai tongkat. Sampai ada 1 masa orang terpaksa bantu untuk papah naik ke masjid.

Alhamdulillah, selepas dia pakai Gel Supermax ni, dia boleh jalan macam biasa, macam waktu umur dia 40 tahun dulu.

Solat pun dah tak payah duduk atas kerusi, dah boleh rukuk dan sujud macam orang lain.

Step 5: Action

Dan yang terakhir ialah, A, Action. 

Kita dah cover P, E, S, T. Last sekali adalah Action.

A tu adalah Call to Action. Maksudnya kalau orang tu nak dapatkan produk ni, apa yang dia kena buat.

Dekat bahagian Action ni, ada 2 bahagian.

Yang pertama adalah, Irresistible Offer.

Macam mana kita nak buat tawaran yang membuatkan orang rasa tak boleh nak tolak.

Jadi, Irresistible Offer ni mesti ada elemen:

1. Scarcity – Tak cukup bilangan.

2. Urgency – Tawaran tempoh terhad.

Jadi, dalam copywriting ni, anda boleh cakap,

“Khas untuk 30 orang pertama saja. saya nak bagi diskaun 30% daripada normal price. Tapi tawaran ini tamat pada hari jumaat jam 11.59 malam.”

Jadi disitu dah ada element scarcity dan urgency.

Dan, yang terakhir, Call to Action, iaitu bahagian kedua dalam Action.

Sebut semula masalah tadi,

“Jika anda serius nak kembalikan zaman muda anda, dan kurangkan sakit lutut anda untuk mudah solat, dapatkan produk Gel Supermax ini sekarang.”

Bagitahu dekat mana nak beli. Anda kena pilih antara 2 saja, sama ada Whatsapp ataupun link Facebook.

Supaya orang tak keliru macam mana nak dapatkan produk anda.

So, recap balik.

P – PROBLEM

E – EXAGGERATE

S – SOLUTION

T – TESTIMONY

A – ACTION 

Ikut flow ni, pasti anda dapat siapkan copywriting anda dalam masa kurang daripada 5 minit.

Komen dah share post ini kepada rakan-rakan bisnes anda jika anda rasa ianya bermanfaat.

Share This Article

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Business

Cara Nak Buat Iklan Kalau Tak Ada Database

  “Saya baru buat takaful tanpa database. Macam mana nak mula marketing?” Tips #1 : Share Content Yang pertama, anda share content yang berkaitan takaful …

Read More →
Ads

Cara Nak Elak Buat Iklan Yang Tak Hasilkan Jualan

Dalam post kali ini, kita nak merungkai kenapa iklan tu boleh jadi hambar. Bila saya buat analisa berdasarkan pengalaman saya beberapa tahun menjadi seorang profesional …

Read More →
Business

Bagaimana Tingkatkan Kepercayaan Untuk Produk Baru

  Saya selalu dapat soalan-soalan ni daripada student-student saya. “Tuan Rahim, saya buat produk baru. So macam mana nak bagi orang percaya dekat produk saya …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

Testimony

Ini Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat

Testimoni dah banyak tapi sales tak meningkat? Ramai orang tanya saya, “Tuan Rahim, saya dah dapatkan testimoni daripada pelanggan saya, tapi saya dah letak dalam iklan, saya dah letak dalam website kenapa sales tak meningkat?” Sebenarnya, tak semua tak testimoni boleh tingkatkan jualan anda. Ini 3 sebab kenapa testimoni tu tak best, tak power. Sebab

Read More »
Ads

Cara Nak Elak Buat Iklan Yang Tak Hasilkan Jualan

Dalam post kali ini, kita nak merungkai kenapa iklan tu boleh jadi hambar. Bila saya buat analisa berdasarkan pengalaman saya beberapa tahun menjadi seorang profesional digital marketer, ada 3 sebab kenapa iklan anda hambar. Cara #1: Salah Audience Yang pertama, iklan anda hambar sebab anda salah audience. Kalau kita nak menembak, kita mesti nak tembak

Read More »
Agent

Cara Nak Jual Produk Komoditi (Makanan, Pakaian, Etc)

Bagaimana nak jual produk komoditi? Komoditi ni apa? Komoditi ni lebih kurang barang yang sama macam orang lain. Contoh barang makanan, bahan mentah, dan sebagainya. Jadi macam mana nak buat marketing untuk menjual produk tersebut secara online? Kita nak bercerita tentang apa cara untuk kita buat marketing, kalau produk kita hampir sama dengan orang lain.

Read More »
Ads

3 Langkah Mudah Untuk Hasilkan Copywriting Yang Proven Dan Convert

  3 cara mudah untuk tulis copywriting menggunakan USP produk anda. Ramai yang tanya saya, ‘Tuan Rahim, macam mana nak tulis copywriting yang paling simple tapi berkesan?” Antara teknik copywriting yang saya selalu gunakan dalam copywriting saya untuk klien-klien saya dan produk-produk saya adalah copywriting gaya John Carlton. Simple je dia punya framework. Dia ada

Read More »
Business

[BM] Berhenti Kerja Untuk Berniaga

Adakah anda salah seorang yang nak berhenti kerja untuk berniaga? Jangan risau, anda bukan keseorangan. Ramai sebenarnya yang macam anda. Atas sebab yang pelbagai, dan ada beberapa persamaan.Sudah bersedia berhenti kerja untuk berniaga? Ada yang berjaya, pendapatan 3 kali ganda dari gaji. Untung bisnes tiada had atau limit seperti gaji bekerja. Anda pun tiba-tiba naik

Read More »
Business

3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal

3M inilah punca kenapa kempen pemasaran tu ‘flop’ atau berjaya. “Saya dah plan macam-macam benda, saya dah susun elok-elok tapi akhirnya kempen ni tak menjadi.” Saya tahu perasaan anda macam mana. Saya sendiri pun pernah kerugian RM20 ribu! Hasil tak betul-betul faham fundamental. Akhirnya, bila saya dah study macam-macam buku, pergi macam-macam kelas, di dalam

Read More »