Facebook merupakan sebuah platform media sosial yang paling popular pada era digital ini dengan bilangan penggunanya seramai 1.7 bilion. Secara harian, pengguna global menghabiskan antara empat hingga lima jam sehari dengan telefon mereka. Di antara semua pengguna di seluruh dunia, aplikasi yang paling popular adalah di platform Facebook.
Artikel berkaitan: Apakah Kelebihan Facebook Lebih Dari Media Sosial Lain?
Dengan bilangan pengguna yang luar biasa, pengiklanan di Facebook ataupun Facebook ads telah menjadi keperluan kepada hampir semua perniagaan dari pelbagai sektor. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa pihak yang mempersoalkan keberkesanan pengiklanan di Facebook sama ada ia benar-benar efektif dengan pelaburan pengiklanan yang dikeluarkan.
Bagi yang tidak tahu, Facebook merupakan platform pengiklanan yang paling hebat kerana ia memberi peluang kepada pengguna atau lebih spesifiknya usahawan dan peniaga untuk memilih sasaran pelanggan yang benar-benar memenuhi kriteria yang diperlukan.
Selain itu, skop sasaran audiens boleh dikecilkan dengan memilih audiens yang benar-benar sepadan dengan produk atau perkhidmatan berdasarkan profil demografi dan tingkah laku mereka.
Berikut kami kongsikan kepada anda 5 kebaikan lain pengiklanan di Facebook.
1. Mudah berhubung dengan audiens
Facebook telah menyediakan satu tools untuk berhubung secara terus dengan audiens yang berminat dengan produk atau servis anda.
Contoh yang sedia ada adalah Facebook Messenger yang berfungsi untuk berhubung secara chatting, voice call dan video call dengan audiens yang berpotensi menjadi pelanggan anda.
Tools ini disediakan secara percuma kepada sesiapa sahaja pengguna yang berdaftar di Facebook.
Tools ini akan lebih memudahkan audiens untuk membezakan akaun anda dengan akaun pengguna biasa. Justeru, penggunaan aplikasi Facebook Messenger ini boleh dikatakan mampu membuka peluang lebih luas kepada usahawan untuk memasarkan produk dan servis mereka.
Selain itu, Facebook Messenger juga membolehkan semua jenis perniagaan untuk berinteraksi bersama pelanggan dengan cara yang lebih mudah dan professional. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menjadikan pengalaman komunikasi terasa lebih baik.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh berhubung dengan audiens anda melalui posting yang anda lakukan dengan melakukan CTA (Call To Action) untuk mereka komen sekiranya mereka berminat.
Penting untuk berhubung dengan audiens anda agar mereka memberikan tanggapan yang baik kepada anda dan juga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda perlu sentiasa beranggapan bahawa setiap audiens yang dilayan merupakan audiens yang bakal menentukan sama ada pendapatan syarikat anda akan untung atau rugi.
2. Menjimatkan kos
Peredaran trend pemasaran masa kini dilihat berlaku dengan begitu cepat. Pada masa yang sama, market pasaran yang sedia ada sudah bertukar dari tradisional kepada digital.
Sebenarnya, pengiklanan secara digital adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan pengiklanan secara tradisional seperti radio, iklan tv, iklan surat khabar dan sebagainya.
Walaupun pengiklanan tradisional masih realistik dan penting untuk memasarkan perniagaan tertentu, namun pengiklanan digital adalah pemacu pendapatan yang semakin penting.
Sebelum ini, pemasaran adalah mengenai individu kreatif, gambar dan perkataan tetapi kini pemasaran adalah lebih mengenai data, kelajuan dan mudah alih.
Artikel berkaitan: Pemasaran digital kaedah baharu lebih efektif, jimat kos
Digital marketing telah menjadi salah satu cara yang paling tepat dan efektif untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan kerana semua proses yang dilakukan boleh diukur dan ditarget bersesuaian dengan target audiens.
Sudah ramai usahawan dan peniaga menggunakan digital marketing sebagai salah satu strategi untuk memperkenalkan jenama mereka kepada orang ramai.
Sebagai digital marketing agensi, Vennea akan membantu mempromosikan bisnes dan perniagaan anda dengan servis yang kami tawarkan. Kami bukan sahaja akan menyediakan copywriting dan design yang menarik pelanggan, malah kami akan setup business manager anda dengan betul dan paling menjimatkan.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
3. Meningkatkan trafik ke website
Untuk anda yang memiliki website bisnes, trafik website adalah sangat penting. Dengan pengiklanan di Facebook, ia berpotensi untuk membantu meningkatkan trafik website anda jika kena pada caranya. Website diibaratkan seperti nama, brand dan platform yang dapat memperkenalkan perniagaan anda secara online dengan lebih luas dan sistematik.
Website berfungsi untuk memberikan informasi perniagaan dan produk anda kepada pelanggan dengan meluas.
Trafik website pula bermaksud jumlah orang yang mengunjungi sesebuah website, berapa banyak halaman yang mereka lihat, dan durasi yang dihabiskan pengunjung untuk membaca atau melihat halaman website tersebut.
Ketika seorang pengunjung (user) mengunjungi laman website anda, kunjungan itu berserta semua pautan yang mereka klik dan follow akan dirakam oleh domain. Jumlah hasil rakaman aktiviti pengunjung inilah yang berkebolehan untuk memberikan informasi kepada anda.
Untuk meningkatkan trafik ke website, anda hanya perlu fokus kepada ayat copywriting yang boleh meningkatkan engagement pada setiap content bisnes anda. Setiap engagement berupaya untuk membantu jumlah klik link ke website dan trafik menjadi bertambah. Di Facebook, anda dibenarkan untuk berkongsi pautan website atau blog anda tanpa batasan.
4. Sesuai untuk semua jenis perniagaan
Facebook adalah media sosial yang digunakan oleh semua masyarakat. Disebabkan itu, semua jenis bisnes boleh diiklankan di Facebook tidak kira sama ada bisnes anda kecil ataupun bisnes besar.
Anda hanya perlu pastikan caption atau penulisan iklan anda berkesan dan dapat menarik perhatian audiens sasaran anda.
Melaksanakan copywriting dengan betul dapat meningkatkan usaha pengiklanan anda. Copywriting adalah strategi untuk meyakinkan orang ramai untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Pembelajaran copywriting boleh dimulakan dengan pemahaman mengenai produk anda terlebih dahulu.
5. Marketing yang lebih baik
Facebook Ads adalah iklan berbayar yang dimiliki oleh platform Facebook. Ia boleh digunakan untuk menyokong content pengiklanan anda di Facebook.
Facebook ads boleh membantu perniagaan anda mendapatkan lebih banyak engagement dan meningkatkan trafik ke website. Facebook ads boleh di set up untuk mendapatkan site traffic yang lebih besar, lebih banyak impressions dan juga Click-Through Rate (CTR).
Objektif ads di set up dengan matlamat ini sebagai target utama:
Trafik – untuk audiens orang ke landing page tertentu
Engagement – membantu audiens berinteraksi dengan organic content untuk perniagaan anda
Video views – untuk content berkaitan multimedia dan video
Facebook telah terbukti sebagai salah satu platform yang sesuai untuk pengiklanan kerana pengguna di Facebook adalah daripada golongan umur yang berbeza.
Justeru, sekiranya anda sebagai seorang usahawan ataupun peniaga kecil yang masih belum memulakan pengiklanan di Facebook, anda sebenarnya satu langkah ke belakang. Pengiklanan di Facebook adalah salah satu strategi terbaik untuk meningkatkan lagi sales anda. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk semua!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Facebook Ads: 3 Struktur Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Ads
2. 7 Bahan Utama Untuk Hasilkan Facebook Ads Yang Lebih Converting