5 Strategi Naikkan Sales FB

5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda

5 Strategi Untuk Naikkan Sale Di Facebook

 

Jika anda pernah cuba untuk naikkan sale di Facebook, anda pasti tahu yang ia adalah satu perkara yang sangat mencabar kesabaran anda. Ini adalah kerana, di dalam Ad Manager, ada terdapat lebih dari 10 jenis objektif pilihan untuk beriklan.

 

Tersilap pilih objektif, maka leburlah bajet iklan anda dan impian untuk naikkan sale di Facebook tak akan kesampaian.

 

Namun untuk naikkan sale di Facebook, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk di capai. Jika ia di lakukan mengikut sistem yang terancang, yang telah terbukti keberkesanan nya, anda akan berterima kasih kepada abang Mark anda.

 

Setiap usahawan dalam dunia perniagaan bijak mengatur strategi untuk mendapat jualan yang tinggi.  Strategi ini biasanya dirahsiakan, kerana masing masing inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda untuk bisnes mereka.

 

Namun, tidak dinafikan terdapat juga usahawan yang tidak pandai menarik pelanggan. Samada disebabkan strategi pemasaran yang kurang tepat atau kurang berkesan kerana masih menggunakan cara orang lama.

 

Oleh itu, untuk menjadikan bisnes anda lebih dikenali dan mendapat jualan yang tinggi, salah satu cara yang diyakini berkesan pada era digital ini adalah memasarkan produk anda di platform media sosial. 

 

Media sosial hari ini sudah menjadi salah satu cabang pemasaran yang dapat menyebarkan brand awareness. Selain dari itu meningkatkan kehadiran pelanggan setia ke dalam senarai pelanggan anda. Hampir semua orang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial.

 

Selain dari menjadi medium untuk berkomunikasi, media sosial juga merupakan platform untuk anda mempromosikan produk. Anda tidak perlu lagi untuk mengiklankan produk atau servis dengan mencetak flyers dan pamplet.

 

Setiap perniagaan pada zaman kini perlu menggunakan media sosial agar dapat mengikuti trend semasa dan tidak dianggap ketinggalan zaman.

 

Salah satu media sosial yang anda boleh cuba ialah Facebook

 

Menurut sumber, Facebook mempunyai sekitar 28 juta pengguna sehingga Mei 2021. Facebook telah digunakan oleh ramai orang dari pelbagai golongan tidak kira tua ataupun muda.

 

Banyak bisnes kecil kini menggunakan Facebook untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka. Walau bagaimanapun, masih ramai pemilik bisnes yang

 

tidak tahu cara yang betul untuk memasarkan produk di Facebook

 

Ini secara tidak langsung telah menjadikan sales bisnes mereka tidak meningkat. Berikut kami kongsikan 5 strategi untuk pasarkan produk anda di Facebook sekaligus dapat naikkan sale.

 

5 Strategi Untuk Naikkan Sale Di Facebook

  1. Kenalpasti USP bisnes anda
  2. Bina engagement di Facebook
  3. CTA yang mudah difahami
  4. Gunakan platform Facebook.Marketplace
  5. Buat iklan berbayar (Facebook ads)

 

1. Kenali USP Bisnes/Produk Anda

Pastikan anda tahu USP produk anda. USP atau Unique Selling Proposition adalah faktor yang membezakan produk anda itu dari produk yang dijual di pasaran semasa.

 

Hanya setelah mengetahui USP produk, anda dapat menjawab persoalan seperti:

  • Apa keunikan bisnes anda?
  • Apa yang membezakan bisnes anda dari pesaing yang lain?
  • Kenapa saya perlu beli dari anda, bukan dari dari peniaga lain?
  • Kenapa saya perlu ambil tahu mengenai bisnes atau produk anda?

 

Apabila anda sudah mengetahui USP produk , maka mudahlan tugas anda untuk menjual produk atau servis anda. Membina USP yang baik adalah faktor penggerak untuk membina kejayaan bisnes anda. 

 

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang cara keluarkan Unique Selling Proposition USP produk anda. 

 

Baca artikel penuh disini : Cara Keluarkan Unique Selling Proposition (USP) Produk

 

2. Bina Engagement di Facebook

Engagement di media sosial merujuk kepada setiap tindakan yang seseorang lakukan pada posting anda. Sama ada mereka like, komen, share, atau tonton video.

 

Engagement ini penting kerana ia akan membantu jenama perniagaan anda untuk dikenali ramai. Dengan meningkatkan engagement, jenama bisnes anda semakin dikenali dan diyakini, kesahihan dan kewujudan nya di alam nyata.

 

Berikut adalah antara 4 perkara yang perlu diberi perhatian untuk dapatkan engagement tinggi di akaun Facebook anda:

 

  • Waktu posting
  • Post content yang bermanfaat
  • Visual yang menarik
  • Post berkaitan soalan

 

Waktu posting

Pastikan anda tahu waktu posting yang terbaik untuk akaun Facebook anda kerana ia dapat membantu perniagaan anda untuk dapat lebih banyak engagement. 

 

Kebiasaannya, waktu terbaik posting di Facebook adalah pada:

  • Pagi: 9am-11am
  • Tengahari: 1pm – 3pm
  • Malam: 8pm – 10pm

Anda juga boleh pergi ke bahagian insights, dan lihat waktu active likers page dan followers anda.

 

Post content yang bermanfaat

Perbanyakkan pelbagai jenis posting supaya audiens tidak bosan dengan konten di Facebook page anda. Jika audiens sudah mulai bosan, mereka akan mengelak daripada melihat posting anda dan ini akan menurunkan facebook engagement anda.

 

Pastikan posting anda nampak tersusun walaupun terdapat banyak jenis content. Antara perkara yang anda boleh post adalah:

 

  • Aktiviti di belakang tabir (behind the scene)
  • Testimoni
  • Facebook live
  • Quotes
  • Kuiz/games

 

Apabila anda membuat content, cuba tanya pada diri sendiri,

 

adakah content itu bermanfaat kepada orang lain?

 

Jika jawapannya tidak, segera gantikan dengan content yang lebih bermanfaat.

 

Visual yang menarik

Penggunaan visual yang menarik akan menjadikan audiens lebih tertarik untuk melihat posting anda. Sudah menjadi kebiasaan manusia, suka dan akan tertarik kepada sesuatu yang  yang cantik.

 

Bila ramai yang tertarik dengan content posting anda, ia secara tidak langsung akan menaikkan facebook engagement anda. 

 

Post berkaitan soalan

Ini adalah teknik yang mudah dan berkesan untuk mendapat facebook engagement yang tinggi terutamanya di bahagian komen kerana audiens akan menjawab pertanyaan anda di bahagian komen. 

 

3. Guna CTA Yang Mudah Di Fahami

CTA ataupun Call To Action adalah istilah yang digunakan dalam dunia marketing. Ia penting untuk meningkatkan conversion rates pada sesebuah jenama.

 

CTA yang terbaik adalah sesuatu frasa atau kalimat yang pendek dan spesifik. Ia digunakan sebagai ajakan kepada audiens untuk segera melakukan tindakan yang kita inginkan dari mereka.

 

4. Gunakan Platform Facebook Marketplace

Facebook Marketplace adalah satu tempat jual dan beli yang di sediakan untuk pengguna Facebook. Tempat jual beli ini memudakan pengguna Facebook mencari barang-barang keperluan dengan mudah, ketika melayari Facebook.

 

Sekiranya anda belum mempunyai bajet iklan untuk memasarkan produk, Facebook Marketplace adalah tempat yang sesuai  untuk anda coba.

 

Di Facebook Marketplace, anda boleh menjual atau membeli produk-produk baru dan juga terpakai. Ia dipaparkan seperti katalog beserta imej.  Setiap maklumat produk turut dipamerkan bagi memudahkan pembeli membuat pilihan.

 

5. Buat Iklan Berbayar (Facebook ads)

Selain dari berkongsi berita semasa, Facebook kini sudah menjadi “pasar moden”. Kita boleh membeli belah sambil bersosial bersama rakan dan keluarga.

 

Bagi pemilik bisnes, Facebook patut dijadikan lubuk untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dan servis. Ia adalah satu langkah bijak kerana ia tidak perlu mengeluarkan bajet iklan.

 

Walau bagaimanapun akhir akhir ini,

capaian Facebook semakin menurun hari demi hari

 

Jadi, untuk mesej dan posting produk kita sampai kepada lebih ramai orang, iklan berbayar adalah alternatif terbaik. 

 

Jika anda tanya kepada usahawan yang pernah menggunakan Facebook Ads,

ia adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan

 

Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik atau paparan di Facebook. 

 

Tak tahu cara nak buat Facebook ads?

 

Kami di Vennea telah membantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan sale mereka melalui Facebook ad. Sudah pasti kami juga dapat membantu anda untuk naikkan sale di Facebook.

 

Kami akan jalankan iklan melalui Facebook ads, menggunakan strategi pemasaran digital yang di rancang mengikut produk dan pasaran anda. Sudah tentu, dengan strategi digital yang teratur dan terancang dapat membantu anda naikkan sale di Facebook.

 

Ada terdapat beberapa pakej yang kami tawarkan mengikut kesesuaian bajet anda. Kami boleh dihubungi untuk perbincangan disini 

 

Semoga perkongsian artikel 5 Strategi Naikkan Sale Di Facebook ini bermanfaat buat anda.

 

Baca artikel berkaitan :

  1. Kenapa bila dah dapat Purchase, nak scale  up, iklan kelaut?
  2. Cara nak elak buat iklan yang tak hasilkan Purchase
  3. 7 Tip marketing online untuk tingkatkan sales bisnes kecil anda

 

 

 

 

 

 

Share This Article

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Business

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

6 Rahsia Cipta Brand Bisnes  Bisnes Anda Brand awareness atau kesedaran jenama adalah istilah yang digunakan dalam dunia pemasaran.   Ia menggambarkan kemampuan pelanggan mahupun …

Read More →
Marketing

4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Pada tahun 2021 ni, owner bisnes dah kena start bermain dgn content marketing utk tarik audience yang baru. Berbanding hanya terus promote bisnes guna cara …

Read More →
Ads

Kesalahan Dalam Industri Pemasaran Digital

PERHATIAN buat para usahawan atau bakal usahawan sekalian ! Adalah rugi sekiranya anda kehilangan bakal pelanggan hanya disebabkan oleh pemasaran yang salah. Sekarang ni mungkin …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads
Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads Facebook ads atau FB ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook.  Ia digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza.   Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audiens anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan.  

Read More »
Ads

Kesalahan Dalam Industri Pemasaran Digital

PERHATIAN buat para usahawan atau bakal usahawan sekalian ! Adalah rugi sekiranya anda kehilangan bakal pelanggan hanya disebabkan oleh pemasaran yang salah. Sekarang ni mungkin anda dah belajar mcm-macam teknik digital marketing. Kepala anda mungkin dah penuh dengan segala teknik pemasaran yang ada sekarang ni.  Tapi sayangnya, semua itu hanya sia-sia sahaja jika anda tidak

Read More »
Business

Bagaimana Tingkatkan Kepercayaan Untuk Produk Baru

  Saya selalu dapat soalan-soalan ni daripada student-student saya. “Tuan Rahim, saya buat produk baru. So macam mana nak bagi orang percaya dekat produk saya ni? Sebab kita tahu yang mana orang buat pembelian bila mereka percaya. Jadi, apakah cara terbaik untuk kita tingkatkan kepercayaan orang, supaya orang rasa macam nak beli produk tu. Jangan

Read More »
Agent

Cara Nak Jual Produk Komoditi (Makanan, Pakaian, Etc)

Bagaimana nak jual produk komoditi? Komoditi ni apa? Komoditi ni lebih kurang barang yang sama macam orang lain. Contoh barang makanan, bahan mentah, dan sebagainya. Jadi macam mana nak buat marketing untuk menjual produk tersebut secara online? Kita nak bercerita tentang apa cara untuk kita buat marketing, kalau produk kita hampir sama dengan orang lain.

Read More »