Ramai yang nak buat website sendiri sebab nak jimat kos, tak perlu upah web designer. Tapi selalunya website tu tak mampu untuk bertahan lama. Semakin lama semakin sendu akibat tiada yang berkunjung .
Sebabnya? Cara dan penyusunan yang kurang betul.
Kami akan kongsikan 6 perkara penting yang perlu ada kalau anda nak buat website anda sendiri.
Sebelum buat website, anda perlu kenal pasti dahulu tentang masalah pengguna serta produk dan servis yang boleh mebantu mereka. Ini dapat membantu anda untuk merangka laman web yang lebih berkualiti dan dapat difahami oleh pelanggan.
Nak buat website kena ada nama produk/servis sendiri terlebih dulu. Penting untuk ada nama produk/servis sendiri kerana ini dapat membezakan produk anda dengan pesaing anda.
Buat kajian terlebih dulu sebelum meletakkan nama untuk mengelakkan nama produk/servis anda sama dengan pesaing anda atau termasuk dalam perniagaan orang lain.
Isi kandungan bermaksud penulisan yang kita tulis dalam laman web tersebut. Ia tidak semestinya penulisan dalam laman web sahaja tetapi gambar-gambar serta video-video juga merupakan sesuatu yang ada isi kandungan yang boleh dikongsi dan disebarkan.
Kajian terkini menunjukkan 90% dari maklumat yang disebarkan akan mudah masuk ke dalam minda manusia.
Baca artikel berkaitan :
Laman web yang mempunyai rekaan yang menarik bukan sekadar hanya tertumpu kepada rekaan grafiknya.
Rekaan laman web juga bukan sekadar untuk paparan pada monitor komputer atau laptop semata.
Dengan teknologi masa kini, laman web boleh dibuka di mana-mana sahaja menggunakan telefon bimbit atau Ipad. Jadi rekaan untuk laman web haruslah yang boleh dipaparkan di semua teknologi yang ada.
Laman web yang cantik dan kreatif juga dapat menarik minat pembeli untuk membaca dan meneroka setiap isi kandungan yang ada dalam website tersebut tanpa rasa bosan.
Sama ada rekaan laman web mahupun penulisan kandungan laman web, ia haruslah fokus kepada prospek.
Rekaan laman web yang fokus kepada prospek akan memudahkan prospek dalam mendapatkan sesuatu melalui laman web anda. Mudah untuk akses, mudah untuk dibaca serta mudah untuk melakukan tempahan atau pembelian melalui laman web tersebut.
Kandungannya juga harus ditulis sesuai dengan apa yang prospek cari dan mahukan dan misi penulisan adalah supaya dapat difahami dan membantu untuk selesaikan masalah prospek.
- Solusi kepada masalah pengguna
- Tentukan jenama produk atau servis
- Isi kandungan yang baik
- Tema yang menarik
- Produk dan servis yang lengkap
- Fokus kepada prospek
Perkara 1 : Produk Dan Servis Solusi Kepada Masalah Pengguna

Perkara 2 : Tentukan Jenama Produk/Servis Sendiri

Perkara 3 : Isi Kandungan Yang Baik

Perkara 4 : Tema Atau Rekaan Website Yang Menarik

Perkara 5 : Ada Maklumat Produk Atau Servis Yang Lengkap

• Gambar produk/servis,
• Video produk/servis,
• Kebaikan produk/servis
• Testimoni pelanggan
• Nombor untuk dihubungi
• Alamat premis (jika ada)
Bbila maklumat yang lengkap ni ada, kerja buat laman web akan lebih cepat, pantas, dan mudah kepada web designer atau web developer anda. Tak perlu tunggu-tunggu, boleh terus design.
Perkara 6 : Fokus Kepada Prospek

Jadi anda boleh semak semula kekurangan yang ada pada laman web anda dan boleh masukkan perkara-perkara seperti yang kami kongsikan di atas.
Apa pendapat atau cadangan anda? Komen di bawah dan kongsikan dengan kami.
Baca artikel berkaitan : Cara Buat Website Sendiri Tanpa Upah Web Designer