5 Strategi Naikkan Sale Di FB

5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda

5 Strategi Untuk Naikkan Sales Di Facebook

Jika anda pernah cuba untuk naikkan sales di Facebook, anda pasti tahu yang ia adalah satu perkara yang sangat mencabar kesabaran anda. Ini adalah kerana, di dalam Ads Manager, terdapat lebih dari 10 jenis objektif pilihan untuk beriklan.

Tersilap pilih objektif, maka hilanglah bajet iklan anda dan impian untuk naikkan sales di Facebook.

Namun untuk naikkan sales di Facebook, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Jika ia dilakukan mengikut cara marketing di Facebook yang betul, mengikut apa yang dirancang dan dilakar di atas kertas terlebih dahulu, ia akan terbukti keberkesanannya.

Setiap usahawan dalam dunia perniagaan perlu bijak mengatur strategi untuk mendapat jualan yang tinggi.  Strategi ini biasanya dirahsiakan, kerana masing-masing inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda untuk bisnes mereka.

Namun, tidak dinafikan terdapat juga usahawan yang tidak tahu cara untuk mempromosikan bisnes mereka di Facebook. Sama ada disebabkan strategi pemasaran yang kurang tepat atau kurang tahu cara berniaga secara online kerana masih menggunakan cara orang lama.

Oleh itu, untuk menjadikan bisnes anda lebih dikenali dan mendapat jualan yang tinggi, salah satu cara yang diyakini berkesan pada era digital ini adalah memasarkan produk anda di platform media sosial. 

Media sosial hari ini sudah menjadi salah satu cabang pemasaran yang dapat menyebarkan brand awareness. Selain itu, ia meningkatkan kehadiran pelanggan setia ke dalam senarai pelanggan anda.

Hari ini, hampir kesemua orang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial.

Selain dari menjadi medium untuk berkomunikasi, media sosial juga boleh digunakan untuk anda mempromosikan produk. Anda tidak perlu lagi untuk mengiklankan produk atau servis dengan mencetak flyers dan pamplet.

Setiap perniagaan pada zaman kini perlu menggunakan media sosial agar dapat mengikuti trend semasa dan tidak dianggap ketinggalan zaman.

Salah satu platform media sosial yang anda boleh cuba ialah Facebook

Menurut sumber, Facebook mempunyai sekitar 28 juta pengguna sehingga Mei 2021. Facebook telah digunakan oleh ramai orang dari pelbagai golongan tidak kira tua ataupun muda.

Banyak bisnes kecil kini menggunakan Facebook untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dalam bisnes mereka. Walau bagaimanapun, masih ramai pemilik bisnes yang tidak tahu cara yang betul untuk memasarkan produk di Facebook

Ini secara tidak langsung telah menjadikan sales bisnes mereka tidak meningkat. Berikut kami kongsikan 5 strategi untuk pasarkan produk anda di Facebook sekaligus dapat naikkan sales.

Naikkan Sales Di Facebook Dengan 5 Strategi Ini

  1. Kenalpasti USP bisnes anda
  2. Bina engagement di Facebook
  3. CTA yang mudah difahami
  4. Gunakan platform Facebook.Marketplace
  5. Buat iklan berbayar (Facebook ads)

1. Kenali USP Bisnes/Produk Anda

Pastikan anda tahu USP produk anda. USP atau Unique Selling Proposition adalah faktor yang membezakan produk anda itu dari produk yang dijual di pasaran semasa.

Ssetelah mengetahui USP produk, anda dapat menjawab persoalan seperti:

  • Apa keunikan bisnes anda?
  • Apa yang membezakan bisnes anda dari pesaing yang lain?
  • Kenapa saya perlu beli dari anda, bukan dari dari peniaga lain?
  • Kenapa saya perlu ambil tahu mengenai bisnes atau produk anda?

Apabila anda sudah mengetahui USP produk, maka mudahlan tugas anda untuk menjual produk atau servis anda. Membina USP yang baik adalah faktor penggerak untuk membina kejayaan bisnes anda. 

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang cara keluarkan Unique Selling Proposition USP produk anda. 

Baca artikel penuh di sini : Cara Keluarkan Unique Selling Proposition (USP) Produk

2. Bina Engagement Yang Tinggi Untuk Naikkan Sales Di Facebook

Engagement di media sosial merujuk kepada setiap tindakan yang seseorang lakukan pada posting anda. Sama ada mereka like, komen, share, atau tonton video.

Engagement ini penting kerana ia akan membantu jenama perniagaan anda untuk dikenali ramai. Dengan meningkatkan engagement, jenama bisnes anda akan semakin dikenali dan diyakini, kesahihan dan kewujudannya di alam nyata.

Berikut adalah antara 4 perkara yang perlu diberi perhatian untuk dapatkan engagement tinggi di akaun Facebook anda:

  • Waktu posting
  • Post content yang bermanfaat
  • Visual yang menarik
  • Post berkaitan soalan

Waktu Posting

Pastikan anda tahu waktu posting yang terbaik untuk akaun Facebook anda kerana ia dapat membantu perniagaan anda untuk dapat lebih banyak engagement. 

Kebiasaannya, waktu terbaik posting di Facebook adalah pada:

  • Pagi: 9am-11am
  • Tengahari: 1pm – 3pm
  • Malam: 8pm – 10pm

Anda juga boleh pergi ke bahagian insights, dan lihat waktu active likers page dan followers anda.

Post Content Yang Bermanfaat

Perbanyakkan pelbagai jenis posting supaya audience tidak bosan dengan content di Facebook page anda. Jika audience sudah mulai bosan, mereka akan mengelak daripada melihat posting anda dan ini akan menurunkan Facebook engagement anda.

Pastikan posting anda nampak tersusun walaupun terdapat banyak jenis content. Antara perkara yang anda boleh post adalah:

  • Aktiviti di belakang tabir (behind the scene)
  • Testimoni
  • Facebook live
  • Quotes
  • Kuiz/games

Apabila anda membuat content, cuba tanya pada diri sendiri, adakah content itu bermanfaat kepada orang lain?

Jika jawapannya tidak, segera gantikan dengan content yang lebih bermanfaat.

Visual Yang Menarik

Penggunaan visual yang menarik akan menjadikan audience lebih tertarik untuk melihat posting anda. Sudah menjadi kebiasaan manusia, suka dan akan tertarik kepada sesuatu yang cantik.

Bila ramai yang tertarik dengan content posting anda, ia secara tidak langsung akan menaikkan Facebook engagement anda. 

Post Berkaitan Soalan

Ini adalah teknik yang mudah dan berkesan untuk mendapat Facebook engagement yang tinggi terutamanya di bahagian komen kerana audience akan menjawab pertanyaan anda di bahagian komen. 

3. Guna CTA Yang Mudah Difahami

CTA ataupun Call To Action adalah istilah yang digunakan dalam dunia marketing. Ia penting untuk meningkatkan conversion rates pada sesebuah jenama.

CTA yang terbaik adalah sesuatu frasa atau kalimat yang pendek dan spesifik. Ia digunakan sebagai ajakan kepada audience untuk segera melakukan tindakan yang kita inginkan dari mereka.

4. Gunakan Platform Facebook Marketplace

Facebook Marketplace adalah satu tempat jual dan beli yang disediakan untuk pengguna Facebook. Tempat jual beli ini memudakan pengguna Facebook mencari barang-barang keperluan dengan mudah, ketika melayari Facebook.

Sekiranya anda belum mempunyai bajet iklan untuk memasarkan produk, Facebook Marketplace adalah tempat yang sesuai untuk anda cuba.

Di Facebook Marketplace, anda boleh menjual atau membeli produk-produk baru dan juga terpakai. Ia dipaparkan seperti katalog beserta imej.  Setiap maklumat produk turut dipamerkan bagi memudahkan pembeli membuat pilihan.

5. Buat Iklan Berbayar (Facebook ads)

Selain dari berkongsi berita semasa, Facebook kini sudah menjadi “pasar moden”. Kita boleh membeli belah sambil bersosial bersama rakan dan keluarga.

Bagi pemilik bisnes, Facebook patut dijadikan lubuk untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dan servis. Ia adalah satu langkah bijak kerana ia tidak perlu mengeluarkan bajet iklan.

Walau bagaimanapun akhir akhir ini, capaian Facebook semakin menurun hari demi hari.

Jadi, untuk mesej dan posting produk kita sampai kepada lebih ramai orang, iklan berbayar adalah alternatif terbaik. 

Jika anda tanya kepada usahawan yang pernah menggunakan Facebook Ads, ia adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan

Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik atau paparan di Facebook. 

Tak tahu cara nak buat Facebook ads?

Kami di Vennea telah membantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan sales mereka melalui Facebook ads. Sudah pasti kami juga dapat membantu anda untuk naikkan sales di Facebook.

Kami akan jalankan iklan melalui Facebook ads, menggunakan strategi pemasaran digital yang dirancang mengikut produk dan pasaran anda. 

Untuk tahu lebih lanjut tentang pakej-pakej yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot bersama Biz Dev kami kerana slot adalah terhad.

Semoga perkongsian artikel 5 Strategi Naikkan Sales Di Facebook ini bermanfaat buat anda.

Baca artikel berkaitan :

  1. Kenapa bila dah dapat Purchase, nak scale  up, iklan kelaut?
  2. Cara nak elak buat iklan yang tak hasilkan Purchase
  3. 7 Tip marketing online untuk tingkatkan sales bisnes kecil anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :