Sebagai pemilik bisnes, anda perlu fikir cara bagaimana nak customer repeat order daripada anda sehinggakan anda dah tak perlu lagi susah-susah nak cari new customer.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 5 rahsia nak customer repeat order!
1. Berikan layanan yang terbaik
Cara paling senang adalah dengan memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan anda. Jadikan pelanggan anda berasa selesa apabila membeli produk atau servis daripada anda.
Berikan first impression yang baik kepada pelanggan anda kerana ia adalah penting untuk menentukan sama ada pelanggan anda akan kembali membeli dengan anda ataupun tidak.
Apabila pelanggan anda sudah mulai berasa selesa dengan anda, kemungkinan besar mereka akan repeat order. Begitu juga sebaliknya jika anda tidak memberikan impression yang baik, jangan harap mereka akan menjadi pelanggan yang setia dan menyenangkan anda.
Oleh itu, anda perlu memberikan layanan yang terbaik untuk memberikan great first impression.
2. Bertanggungjawab
Anda perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap apa yang anda telah janjikan kepada pelanggan.
“Pikat hati pelanggan dengan jadi peniaga yang bertanggungjawab. Orang kata ‘act of kindness’ adalah kunci kepada perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Macam orang kata “jangan tipu isteri, macam mana tipu pun mereka akan tau juga.”
Artikel berkaitan: Susah Nak Kekalkan Pelanggan? 8 Cara Buat Pelanggan Jatuh Cinta Bisnes Anda
3. Berikan tawaran yang menarik
Terdapat banyak tawaran yang anda boleh berikan kepada pelanggan antaranya adalah:
a. Memberikan diskaun kepada pelanggan setia
Diskaun akan selalu berhasil dalam meningkatkan repeat order. Anda mungkin risau sekiranya tawaran diskaun ini akan menyebabkan unutng anda kurang.
Tapi dengan strategi yang betul, diskaun akan membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan anda. Anda boleh menawarkan diskaun istimewa khusus untuk pelanggan yang mempunyai membership untuk bisnes anda.
Anda juga boleh menyesuaikan diskaun berdasarkan loyalty points, atau nilai yang dibelanjakan oleh pelanggan anda.
b. Buy 1 free 1/buy more free more
Siapa yang tak suka barang free kan? Promosi jenis ini dibuat biasanya untuk menggalakkan orang membeli lebih daripada apa yang mereka perlu.
Teknik ini dapat tingkatkan Average Order Value (AOV) bagi seorang pelanggan.
c. Free shipping
Pelanggan sangat suka bila dengar perkataan “free” lebih lebih lagi free shipping kerana pelanggan selalunya tidak mahu membayar RM8 hanya untuk delivery.
“Walaupun kita letak harga minimum RM20 baru dapat free shipping, masih ramai pelanggan yang sanggup belanjakan RM20 untuk produk berbanding belanjakan RM8 untuk delivery.”
Artikel berkaitan: Contoh Promosi Produk Yang Sebenar Bantu Bisnes
4. Reply/respons dengan cepat
Anda perlu cepat-cepat respons kepada pelanggan anda tidak kira sama ada komen di media sosial, pertanyaan di WhatsApp, Direct Message dan sebagainya.
Jangan biarkan pesaing rebut pelanggan anda. Jangan biarkan pelanggan tunggu.
Pelanggan akan rasa berminat untuk beli dengan anda sekiranya anda berikan respons dengan cepat.
5. Tetapkan metode retargeting
Anda perlu targetkan semula pelanggan anda setelah mereka menjalankan pembelian.
Ingatkan mereka untuk membeli semula produk anda melalui email, media sosial, dan sebagainya. Sekiranya ada transaksi yang belum diselesaikan oleh pelanggan, anda dapat mengingatkannya melalui cara yang sama seperti di atas.
Semoga perkongsian kami kali ini sedikit sebanyak membantu anda untuk pastikan customer repeat order daripada anda.
Jangan lupa untuk follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Pentingnya Kepuasan Pelanggan Untuk Bisnes Anda
2. Apa Itu Customer Lifetime Value Dan Seberapa Penting Bagi Business Anda?