3 Punca Iklan Ke Laut Selepas Scale Up Bajet Iklan

Kenapa Bila Dah Dapat Sales Dan Scale Up Bajet, Iklan Kelaut?

Dah Ready Nak Scale Up Bajet Iklan Di Facebook ad?

Dah dapat sale, tapi kenapa bila anda scale up, semua kelaut?

Pernah tak anda terfikir, kenapa jadi macam tu?

 

Puas dah adjust setting sana sini, tapi masih lagi sales tak naik setara dengan bajet ads yang dah digunakan.

 

Ada yang fikir bila dah spend bajet iklan lebih 4 angka a.k.a RM1k ke atas dan dapat angka Return on Ads Spend (ROAS) 2 ke 3, dah boleh dah naikkan bajet ads.

 

Sebab nak dapat lebih banyak sales.

 

Faham, ramai yang beranggapan begitu, sebab ada sebilangan usahawan tak ada proper guideline dan metrix yang mereka boleh rujuk semasa jalankan iklan, especially Facebook dan Google Ads.

 

Sebenarnya, ada beberapa faktor yang anda kena tengok bila nak scale up bajet iklan di Facebooks ads. Bukan sewenang-wenangnya bila sales dah banyak dapat ROAS 2-3, terus nak scale up.

Tak boleh macam tu.

 

Mari tengok masalah yang kena diambil kira bila terjadinya peristiwa scale up ke laut.

 

 

Punca #1: Tak Kenal Audience

Tak kenal audience ni sama macam anda tak kenal pelanggan anda.

  1. Anda tak kenal kategori pelanggan anda.
  2. Anda tak kenal range umur berapa yang selalu beli dengan anda.
  3. Adakah golongan umur 20an, 30an, atau 50an?

 

Bila anda tak kenal audience anda dan siapa pembelinya, boleh jadi anda tersalah target audience dan pelanggan anda semasa setting ads.

 

Marketers yang power mereka ada cara untuk bezakan dan tapis setiap audience yang ada mengikut kategori umum seperti demografi, lifestyle dan lain-lain.

 

Dalam buku Consumer Behavior oleh Schiffman dan Wisenblit, teknik ini dipanggil sebagai Segmentation Bases atau Asas Segmentasi.

Demografi

  • Age
  • Gender
  • Ethnicity
  • Income
  • Wealth
  • Occupation
  • Marital status
  • Lokasi geografi

 

Melalui segmentation bases yang betul, anda akan dapat kenal pasti audience anda secara kasar berdasarkan faktor-faktor lain seperti faktor demografi.

 

Punca #2: Salah Setting Iklan

Yang kedua, ramai yang tak tahu pun mereka ada salah setting iklan.

 

In fact, ramai usahawan yang run ads atau marketer tak tahu pun dekat mana yang salah setting tu.

 

Memang betul, 20% je yang melibatkan teknikal bila kita run ads, selebihnya bergantung kepada copywriting, tapi 20% teknikal itu juga penentu iklan anda sampai kepada audience yang tepat.

 

Contoh produk, telekung.

 

Waktu setting untuk ads, anda setting wanita lingkungan umur 20-60 an.

Silap besar itu ya wahai rakan-rakan sekaliaaan.

 

Sebabnyaa…

 

Behaviour setiap peringkat umur dan respons mereka terhadap sesuatu iklan itu berbeza. So, tak bolehlah 1 ads set tu letak range umur dari muda sampai ke tua.

 

Pastikan ads set anda hanya tertumpu kepada kumpulan audience yang spesifik.

 

Contoh, ads set pertama target umur 20an, ads set kedua 30an dan seterusnya.

 

Begitu juga untuk setting ads yang lain seperti demografi, interest dan lain-lain.

 

Faham ke faham?

 

Punca #3: Audien Kurang Yakin

Last but not least, sejauh mana audience anda yakin dengan produk anda?

 

Bila anda nak scale up bajet iklan dan nak target lebih ramai audience, iklan jadi kelaut.

 

Sebab?

 

Tak ada kepercayaan yang anda berikan kepada audience sebagai seller.

  • Dah lah tak pernah nampak jenama dekat mana-mana.
  • Google nama pun tak ada.
  • Social proof pun tak ada.
  • Celah mana audience nak percaya dengan tawaran anda?

 

To be honest, ada cara nak manifest and cultivate audiences’ trust.

 

Rujuk ilustrasi dibawah untuk ketahui peringkat-peringkat kepercayaan yang dilalui oleh audience anda.

Peringkat kepercayaan yang paling rendah terjadi tanpa anda perlu stimulate atau initiate. Berbeza dengan kepercayaan yang disandarkan pada intellectual respect dan hubungan emosi pada level 4 & 5.

 

Kalau anda selalu share informasi berguna dan high value, pernah menulis artikel atau publish buku, tak ada masalah nak dapatkan kepercayaan dari audience dan prospek anda.

 

Sebab secara tak langsung anda dah buktikan sekali element authority.

 

Lebih banyak element autoriti dan intellectual yang ditonjolkan, Insha Allah tak akan ada masalah nak deliver apa jua produk atau servis sekalipun.

 

Sebab audience & prospek dah percaya teruk, senang lah nak close sales.

Tinggal nak nurture je.

 

Sekarang anda nampak lebih jelas kan. Nak menjual tak semestinya kena sentiasa hard selling.

 

Ada pelbagai lagi teknik untuk tarik perhatian audience dan prospek dan fokus kepada anda.

 

Baca artikel berkaitan : 5 Strategi Naikkan Sale Di Facebook Ad

 

Cuma perlukan sedikit tweaking dan adjustment.

 

TAPI!

 

Ada benda lagi penting anda kena take note. Bukan semua iklan sesuai untuk scale up. Sebab ada certain iklan kolam audiencenya memang kecil.

 

Like memang sangat kecil dan spesifik niche bisnesnya. Contoh anda nak buat promosi kaunseling untuk mereka yang ada rare condition. It’s like not even 0.00000005% from total population pun.

 

Sebab itulah antara punca kenapa bila anda nak scale up bajet iklan, ROAS ke laut ke sungai ke angkasa ke bulan.

Kuncinya, kenal pelanggan anda.

 

Banyak kali dah saya mention pasal kenal pelanggan ni terutama dalam ebook Million Dollar Kickstart  Ebook ini saya berikan secara PERCUMA untuk anda.

 

Anda boleh klik di gambar untuk download ebook ini.

ebook cover "Million Dollar Kickstart"

 

Itu saja untuk kali ni. All the best

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :