Ecommerce adalah singkatan daripada perkataan Electric Commerce atau dikenali sebagai perdagangan secara elektronik.
“Dalam bahasa mudahnya, sistem ecommerce ini adalah sistem untuk kita bina kedai secara online. Sesetengah orang menggelarnya sebagai kedai maya.”
Artikel berkaitan: Apa itu Bisnes E-Commerce?
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda 7 tips untuk newbie yang baru nak mulakan bisnes ecommerce.
1. Produk
Sebelum memulakan bisnes ecommerce, anda perlu ada produk dahulu, tidak kira fizikal ataupun digital. Kemudian, anda boleh tentukan niche mana yang sesuai dengan produk/servis anda seperti kesihatan, kecantikan ,fesyen dan lain-lain.
2. Domain
Domain adalah nama website atau ‘kedai’ anda. Anda perlu cari nama & beli nama doiman. Nama domain ini boleh dibeli dari mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet.
Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia seolah-olah seperti anda membina kedai tanpa alamat. Selain itu, ia juga penting untuk branding anda.
Anda boleh cari perkataan yang berkaitan dengan brand atau ciri-ciri produk yang anda tawarkan Contoh domain: abc.com
3. Beli hosting
Hosting pula adalah tanah/tapak kedai bagi kedai anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan kedai. Anda perlukan hosting untuk simpan semua file-file seperti media, gambar, database, dan lain-lain.
Antara contoh-contoh hosting adalah shared hosting, VPS hosting, cloud hosting dan banyak lagi. Anda perlu pilih hosting yang sesuai berdasarkan produk dan harga bajet anda.
4. Website
Apabila nak memulakan bisnes ecommerce, anda memerlukan website. Jenis-jenis website adalah seperti blog, sales page, ecommerce style dan sebagainya. Anda kena tentukan jenis website yang sesuai dengan niche produk/servis anda.
5. Platform untuk iklankan website
Apabila anda dah siapkan website, anda perlu tarik trafik ke dalam website untuk lakukan jualan atau beritahu pelanggan tentang perniagaan anda.
Anda boleh buat iklan melalui Facebook Ads, Instagram Ads, TikTok Ads, Google Ads, Youtube Ads dan sebagainya. Tapi sebagai newbie anda digalakkan untuk menggunakan hanya satu platform sahaja iaitu Facebook Ads.
6. Split test
Anda perlu test audience, anda perlu tahu siapa target audience & kenal pasti masalah mereka.
Split test ini sangat penting dan crucial untuk apabila anda mulakan bisnes di ecommerce.
7. Monitor & buat report
Anda perlu monitor dan buat report untuk iklan dan website anda supaya anda tahu keberkesanan iklan yang anda jalankan.
Kesimpulannya, pemasaran secara digital sememangnya semakin popular. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat, untuk memulakan bisnes ecommerce bukanlah semudah yang disangka.
Banyak perkara yang harus dibuat termasuklah mencari niche bisnes anda, rancang kertas kerja, pasarkan laman web dan mengekalkan kedai ecommerce anda.
Semoga perkongsian kami kali ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mulakan bisnes ecommerce terutamanya untuk anda yang masih baru lagi dalam bidang ini.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: