Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Ini terutamanya, dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam talian atau “online interaction” menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya.
Apa itu media sosial? Ia adalah teknologi digital interaktif yang sering digunakan orang ramai untuk perkara seperti bertukar idea melalui rangkaian sambungan. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan teknologi yang disediakan ini.
Secara umumnya, penglibatan dalam media sosial adalah suatu fenomena baru yang dialami oleh masyarakat yang dilihat mempunyai implikasi terhadap proses komunikasi dan interaksi serta memberikan kepuasan terhadap mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa pada era moden ini, media sosial telah mendapat sambutan yang hangat di pelbagai negara. Ini kerana, media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara dalam talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta kandungan meliputi blog, rangkaian sosial, dan sebagainya.
Blog, rangkaian sosial juga merupakan bentuk media sosial yang paling biasa digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Jika media tradisional menggunakan media cetak dan penyiaran, media sosial pula menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.
Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit, media sosial turut sama berkembang dengan pesat. Kini untuk melayari Facebook atau Instagram misalnya, ia boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.
Keburukan Media Sosial Terhadap Kehidupan Digital
Jadi, bagaimanakah media sosial berkuasa untuk mempengaruhi kehidupan digital kita semua?
1. Menjejaskan kemahiran komunikasi
Dengan adanya teknologi, cara berkomunikasi kita telah berubah. Kebanyakan aplikasi media sosial adalah percuma dan ini mendorong orang ramai untuk menggunakan media sosial dengan mudah.
Disebabkan itu, orang ramai sudah berhenti bercakap antara satu sama lain dalam kehidupan sebenar dan mereka mula menggunakan media sosial, dan aplikasi pemesejan sebagai cara baru untuk berkomunikasi. Ini secara tidak langsung telah menjejaskan kemahiran berkomunikasi orang ramai.
2. Menjejaskan hubungan
Media sosial juga sebenarnya sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan sesama manusia mahupun pasangan apabila kebanyakan daripada kita gemar menghabiskan masa di media sosial.
Pengguna media sosial tidak menghabiskan masa yang berkualiti dengan pasangan, keluarga dan rakan mereka. Sebaliknya, mereka obses untuk bermain media sosial untuk melihat apa yang berlaku dalam kehidupan orang lain.
Menurut Andrew Arnold pada tahun 2018, dalam artikelnya di Forbes, 3 daripada 4 pengguna berpendapat bahawa media sosial boleh memusnahkan atau sedikit menyakiti hubungan.
3. Kesahihan di media sosial
Selain itu, media sosial juga boleh memanipulasi atau mengelirukan orang lain terhadap sesuatu atau seseorang di media sosial. Ini kerana, kebanyakan pengguna di media sosial tidak menyemak dahulu kesahihan sumber berita atau posting yang mereka lihat di media sosial.
Bukan itu sahaja, orang ramai mungkin terdedah kepada bahaya di media sosial kerana sesetengah pengguna berkongsi hampir semua perkara tentang kehidupan mereka dengan semua orang. Kadangkala pengguna media sosial mereka diikuti oleh orang yang tidak dikenali.
4. Salah faham & punca pergaduhan

Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial. Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan menjadi bahan kutukan dan kejian masyarakat. Pengguna akan mengalami stres yang berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah.
Kebaikan Media Sosial Terhadap Kehidupan Digital
1. Berkenalan dengan lebih ramai orang
Media sosial telah memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Ia telah mengubah cara kita berkomunikasi dan hubungan antara kita. Walau bagaimanapun, media sosial juga mempunyai kesan positif yang besar kepada individu seperti berkenalan dan membuat kawan baharu, menemui hobi dan minat baharu dan banyak lagi.
Media sosial juga memungkinkan seseorang individu itu untuk berkomunikasi dan berkawan dari negara yang berbeza dan mengembangkan hubungan.
2. Platform untuk jana pendapatan
Di samping mengisi masa lapang, ada juga sesetengah orang yang turut membuat bisnes dan membuat promosi melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.
Sekiranya dulu pengiklanan di televisyen atau papan tanda di jalan raya boleh mencecah ribuan ringgit tetapi kemudahan teknologi hari ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya.
3. Medium untuk menyebarkan maklumat dengan lebih pantas

Proses penyebaran informasi dan maklumat di media sosial adalah sangat mudah dan lebih pantas berbanding media lain. Anda hanya perlu menghasilkan artikel, tulisan, gambar, video atau apa jua bentuk informasi lain dan meletakkannya di media sosial yang dapat dilihat oleh semua pengguna di internet. Ia sepatutnya menjadi cara yang paling efektif untuk pengguna media sosial.
4. Berkongsi minat atau hobi
Anda boleh menggunakan media sosial untuk meningkatkan awareness tentang perkara yang anda percaya, minat atau sokong. Anda hanya perlu cari orang dalam niche anda untuk berhubung dan berkongsi perkara yang telah anda pelajari.
Kesimpulan
Justeru, penggunaan media sosial dengan bijak mampu memberikan faedah yang berganda dalam kehidupan. Penerapan etika yang baik dan mempelajari pendekatan interaktif dalam aplikasi-aplikasi media sosial adalah perkara utama dalam memanfaatkan media sosial.
Media sosial menawarkan faedah yang luar biasa sekiranya anda bijak untuk memanfaatkannya. Anda boleh memasarkan produk anda, membina kenalan baru dan banyak lagi peluang lain yang tidak berkesudahan. Jika anda bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial dan tak tahu dari mana nak mulakan? Kami ada penyelesaiannya.
Vennea adalah sebuah digital marketing agensi yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam pemasaran digital. Kami sudah bantu lebih 300 bisnes untuk TURBO kan sales mereka sehingga mencecah jutaan ringgit!
Vennea juga merupakan pakar dalam menguruskan media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Selain daripada pengurusan yang kemas dan teratur, akaun media sosial anda pasti akan lebih ‘up-to-date’ dan diselaraskan dengan trend terkini.
Jom uruskan bisnes anda dengan kaedah lebih mudah dan bijak bersama Vennea!
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej yang kami tawarkan, anda boleh klik di sini untuk tempahan slot bersama Biz Dev kami kerana slot adalah terhad.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: