7 Cara Mudah Manfaatkan Content Viral Untuk Kempen Marketing Anda

Pada era digital ketika ini, pelbagai cara dilakukan oleh semua orang untuk membangun dan mengembangkan bisnes kerana ia merupakan antara salah satu strategi pemasaran bisnes anda. Ini termasuklah menghasilkan content yang viral. Content viral tidak boleh dipandang sebelah mata dan anda perlu memanfaatkannya.

Hal ini kerana masyarakat ketika ini seringkali teruja dengan pelbagai informasi terbaru yang sedang hits dan viral. Anda boleh memanfaatkan content viral tersebut sebagai peluang dan kesempatan untuk mencapai kejayaan untuk bisnes anda. Sebenarnya, content viral merupakan salah satu strategi pemasaran yang sudah ada sejak dari dulu dan lebih dikenal dengan istilah promosi. 

“Perkataan ‘viral’ sudah sinonim dalam kalangan masyarakat kita sekarang mahupun luar negara. Viral adalah ledakan maklumat tanpa sempadan dan had.”

Artikel berkaitan: Apa Yang Anda Tahu Faham Tentang Viral Marketing

Fungsi dari penggunaan content viral ini adalah untuk menyampaikan pesan atau maklumat dari satu orang ke orang yang lain. Sesuatu maklumat boleh terus tersebar dan menyebabkan orang teruja dengan produk atau servis yang ditawarkan. Kalau dulu strategi seperti ini disebarkan dari mulut ke mulut, namun seiring perkembangan teknologi dan informasi, penyebaran informasi ini telah beralih ke media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya. 

Proses penyebaran maklumat dengan cara seperti ini terbukti lebih cepat, senang, dan praktikal. Dengan sekali share sahaja, content tersebut akan tersebar dan bahkan boleh jadi manfaat yang baik kepada ribuan malah jutaan pengguna di sosial media. 

Sebuah content yang viral akan tersebar dengan sangat pantas dalam tempoh masa yang singkat. Walau bagaimanapun, untuk cipta sebuah content yang viral bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tidak semua orang boleh membuat content yang boleh menarik perhatian audiens. 

Content viral ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pemilik bisnes dan usahawan agar kempen marketing yang anda jalankan untuk bisnes anda tidak ketinggalan zaman dan seiring dengan trend dan situasi yang berlaku pada ketika ini. 

Berikut kami kongsikan cara untuk memanfaatkan content viral untuk kempen marketing anda agar sales bisnes anda meningkat!

1. Tetapkan target audiens

Strategi content viral ini bergantung kepada audiens adakah mereka dengan sukarelanya menyebarkan informasi dari content yang anda buat ke orang lain ataupun sebaliknya. Disebabkan itu, penting untuk menentukan target audiens, agar pemasaran suatu produk adalah lebih efektif dan efisien. Targetkan audiens seperti jantina atau usianya, dan content seperti apa yang mereka suka.

Target audiens adalah sekumpulan orang atau individu yang didefinisikan dari beberapa karakteristik demografi serta kelakuannya dalam masyarakat. Sekiranya anda salah mendefinisikan audiens, maka anda akan menjadikan semua usaha dan waktu, malah wang ringgit yang telah dikeluarkan untuk kempen marketing anda terbuang begitu sahaja. 

2. Gunakan sosial media yang tepat

Setelah anda dah tentukan target audiens yang tepat, anda perlu tahu sosial media apa yang sesuai digunakan sama ada Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube atau lain-lain. 

Terdapat pelbagai jenis sosial media yang digunakan setiap hari. Setiap sosial media ini mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik dan unik serta memiliki fungsi yang berbeza dan tersendiri. Memang betul, anda boleh menggunakan mana-mana media sosial yang anda sukai mengikut cara anda sendiri.

Tetapi, pilihan sosial media yang kurang tepat dan tidak bersesuaian bukan sahaja tidak efektif untuk brand dan kempen marketing anda malah menyukarkan anda mencapai matlamat yang anda ingini. Ini adalah kerana sesetengah sosial media ini sememangnya dibangunkan di atas tujuan yang berbeza.

Anda perlu lakukan analisis trend sosial media manakah yang sekarang ini sedang trending dan paling digemari oleh orang ramai khususnya target audiens anda. Buat content yang menarik yang bersesuaian dengan produk/brand anda agar dapat menarik perhatian mereka.

3. Manfaatkan sosial media analytics (analisis sosial media)

Sebelum memasarkan sesuatu produk, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengetahui strategi pemasaran yang efektif dan efisien. Anda perlu memanfaatkan sosial media analytics agar dapat membantu anda dalam menganalisis keinginan audiens. Audiens memiliki peranan yang sangat penting bagi memastikan content yang anda buat menjadi viral. Hal ini penting untuk mengetahui dan menganalisis content jenis apa yang akan menaikkan engagement. 

Sebagai contoh, content dalam bentuk video, multiple post, gambar, meme, story dan sebagainya. Manfaatkan juga insight dari setiap content yang viral dengan melihat jumlah like, share, views, komen dan sebagainya.

4. Letakkan hashtag

Secara ringkasnya, hashtag boleh dikatakan sebagai penanda atau label untuk memudahkan anda mengenali, mencari dan menyusun sesuatu. Hashtag juga menjadi cara efektif untuk membuat content viral. Cipta hashtag yang menarik, unik dan senang diingat, kemudian letakkan hashtag tersebut pada setiap iklan atau posting anda di media sosial. Penggunaan hashtag ini juga boleh meningkatkan brand awareness, dan memudahkan audiens untuk dapat tahu tentang campaign yang anda buat.

5. Letakkan Call To Action (CTA)

Selain menyediakan content yang berkualiti dan informatif, berikan juga sedikit sentuhan emosi pada posting content yang anda buat. Letakkan Call To Action yang boleh jadikan audiens teruja dan tertunggu-tunggu dengan produk atau servis yang anda tawarkan. 

Letakkan elemen urgency dalam iklan anda dan tarik audiens anda melalui CTA. 

6. Gunakan Strategi ‘Trend Jacking’

Trend jacking merupakan salah satu strategi marketing yang memanfaatkan isu atau situasi yang sedang viral atau hits untuk bahan promosi. Content yang anda buat boleh dipelbagaikan seperti video mahupun gambar yang disesuaikan dengan brand anda.

7. Gunakan strategi sosial outreach

Cara terakhir untuk memanfaatkan content viral adalah dengan strategi sosial outreach atau dengan menggunakan influencer untuk reach audiens di sekitar mereka untuk membeli atau menggunakan produk/brand anda. Cara ini dilihat cukup efektif untuk mengiklankan produk atau brand anda. Ini kerana influencer mestilah mempunyai followers yang ramai sehingga menjadikan ia lebih mudah untuk reach audiens yang lebih besar. 

Nak kami bantu fikirkan content viral untuk kempen marketing anda? Jangan risau! Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam pemasaran digital,kami sudah bantu lebih 300 bisnes untuk TURBO kan sales mereka sehingga mencecah jutaan ringgit!

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!

Kesimpulannya, sekiranya anda bijak memanfaatkan content viral untuk kempen marketing anda, ia akan meningkatkan sales bisnes anda. 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 7 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Marketing
  2. 4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing
  3. 5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Peniaga Online Di Media Sosial

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :