geram sebab testimoni tinggi sales tak ada

Ini Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat

Testimoni dah banyak tapi sales tak meningkat?

 

Ramai orang tanya saya,

 

“Tuan Rahim, saya dah dapatkan testimony daripada pelanggan saya. Saya dah letak dalam iklan, saya dah letak dalam website kenapa sales tak meningkat?”

Sebenarnya, tak semua review boleh tingkatkan jualan anda

 

Ini 3 sebab kenapa ia tak best, tak power.

  1. Terlampau Biasa
  2. Tak Ada Emosi
  3. Ia Bukan Dari Pelanggan Sebenar

 

Sebab #1: Testimoni Terlampau Biasa

Yang pertama, ia terlampau biasa sangat.

 

Contohnya, kalau anda jual produk untuk kurus, transformasi yang orang dapat, before and after tu tak signifikan.

 

Contohnya, lepas sebulan dia hanya turun 1kg je.

 

Anda kena pastikan review anda tu boleh deliver significant result.

 

Saya bagi hint sikit, lagi significant result before and after, lagi tinggi perceived value produk itu di mata customer anda.

 

Itu yang pertama.

 

Testimoni yang biasa sangat menyebabkan iklan tak convert.
 

 

Sebab #2: Testimoni Tak Ada Emosi

Yang kedua, ia tiada emosi.

 

Orang membeli sesuatu produk, disebabkan oleh emosi, dan di justify pembeliannya dengan logik.

 

Jadi, bila dia tengok orang lain yang bagi review tu ada emosi, maka dia lagi mudah untuk membeli.

Manusia ni dia emotional being. Dia akan boleh mirror orang tu punya emosi.

 

 

Jadi, kalau anda rekod testimoni daripada pelanggan anda, tanya beberapa soalan berkali-kali. Tanya sampai anda jumpa punca emosi orang tu membeli produk anda.

 

Contohnya, anda promote kelas mengaji. Kalau dia kata,

 

“Selepas saya hadir kelas mengaji ni, Alhamdulillah saya dah pandai mengaji.”

 

Soalan yang anda patut tanya kepada mereka adalah,

 

“Pakcik, boleh bagitahu saya kenapa pakcik pergi mengaji in the first place?”

 

“Oh takdalah. Kita kan membaca Al-Quran beramai-ramai, tak naklah rasa macam tertinggal.”

 

“Kalau tertinggal, kenapa?”

 

“Kalau tertinggal, pakcik rasa malulah depan kawan-kawan bila pakcik je yang tak pandai baca Al-Quran. Orang lain semua dah pandai mengaji.”

 

MALU tu adalah emosi yang anda kena masukkan dalam testimoni anda.

 

Itu yang kedua.

Testimoni mesti kena ada emosi. Kalau tak ada emosi dia jadi biasa-biasa sangat.

 

Sebab #3: Testimoni Bukan Dari Pelanggan Sebenar

Yang ketiga ia mestilah daripada pelanggan sebenar.

 

Ramai orang nak cepat, nak shortcut dalam bisnes dia, tapi dia buat benda-benda macam ni.

 

Tipu, fake dan pakai testimoni orang lain.

Sebenarnya benda ni akan kacau keberkatan dalam bisnes anda

 

Dan saya rasa lebih baik untuk kita jual sendiri dulu produk tu, dan follow up dengan customer sampai dia dapat result. Bila sampai dia berpuas hati, barulah kita minta dia berikan review.

 

Testimoni daripada pelanggan sebenar, itulah kita pamerkan dalam iklan dan dalam website.

Gunakanlah testimoni pelanggan yang betul. Jangan gunakan yang fake

 

Barulah anda nampak impact dia.

 

Sebab kita pun akan rasa bangga, produk kita, service kita beri impact, transformasi yang luar biasa kepada customer kita.

 

Itu 3 sebab kenapa walaupun testimoni dan banyak tapi sales tak meningkat dan tak convert-convert.

 

Anda tergolong yang mana?

 

Berikan jawapan di ruangan komen.

 

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :