Kami pasti masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana struktur Facebook ads boleh membantu convert lebih banyak trafik kepada jualan dan membina jenama anda pada jangka masa panjang. Melalui artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda 3 struktur yang anda perlu tahu sebelum menjalankan Facebook ads.
Untuk pengetahuan, Facebook ads adalah salah satu platform marketing yang berbayar. Facebook adalah sebuah platform media sosial terbesar di dunia. Dengan jumlah advertising audience sebanyak 2.14 bilion, tidak hairanlah bahawa Facebook ads adalah salah satu cara yang paling berkuasa dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Facebook ads berkebolehan untuk memberi anda kebebasan untuk menulis dengan gaya tersendiri. Selain itu, dengan Facebook ads juga, anda boleh target kepada orang yang anda inginkan untuk mengikut produk atau perkhidmatan anda.
Artikel berkaitan: Rahsia Struktur FB Ads Yang Wajib Anda Tahu!
Seperti yang anda sedia maklum, sesiapa sahaja boleh membuat posting di halaman Facebook mereka secara percuma. Namun anda tidak akan tahu siapa dan berapa ramai yang akan melihat posting anda.
Disebabkan itu, Facebook ads membolehkan anda untuk menyasarkan demografi tertentu dan anda dapat menetapkan audiens khusus atau seluas yang anda mahukan.
Facebook ads terdiri daripada pelbagai format. Anda juga boleh menentukan jumlah yang anda ingin belanjakan, termasuk:
- Jumlah keseluruhan
- Daily budget
- Cost Per Result
Anda boleh menentukan cara pihak Facebook akan caj anda, iaitu seperti dicaj mengikut bilangan paparan atau klik. Anda mempunyai pilihan yang berbeza bergantung pada matlamat yang anda tetapkan untuk ads anda.
Sebelum memulakan Facebook ads, penting untuk anda faham tentang beberapa perkara asas terlebih dahulu. Salah satunya adalah berkenaan struktur ads itu sendiri. Struktur Facebook Ads terdiri daripada 3 asas iaitu Campaign, Adset dan Ads.
3 perkara ini adalah penting untuk anda capai matlamat ads anda. Ads berada dalam Adset, dan Adset berada dalam Campaign.
1. Campaign (Goal)
Ini adalah peringkat pertama dari Facebook ads. Tujuan campaign adalah untuk mengoptimumkan ads anda kepada sekelompok orang dengan kebiasaan tertentu. Adakah tujuan ads anda untuk audiens datang ke website? Atau anda ingin mencari orang yang suka menonton video? Semua ini ditentukan dalam proses campaign ini.
Contoh matlamat campaign adalah untuk mendorong trafik ke website, apps install atau page likes.
2. Adset (Targeting)
Adset memberitahu cara ads anda disiarkan. Di peringkat adset, anda boleh tetapkan atau setting beberapa perkara seperti:
- Audience
Anda boleh pilih untuk pastikan ads anda keluar kepada sasaran audiens yang anda inginkan berdasarkan beberapa kriteria seperti lokasi, tempat tinggal, umur, jantina, dan minat mereka.
Lokasi:
Pilih satu atau beberapa lokasi dengan pelbagai saiz. Sasarkan audiens yang tinggal di sana atau pergi ke lokasi itu
Umur:
Sasarkan kumpulan umur tertentu
Jantina:
Lelaki, wanita, atau kedua-duanya
Detailed Targeting:
Sasarkan orang yang mempunyai minat, demografi, gelagat tertentu.
Selain daripada pilihan sasaran ini, anda juga boleh create custom dan lookalike audiences.
Custom audiences: Audiens yang anda cipta sendiri. Anda mempunyai keupayaan untuk mensasarkan recent website visitor, previous customers, audiens yang menonton video, audiens yang follow page anda dan banyak lagi.
Lookalike audiences: Pilih sumber seperti senarai previous customers anda dan Facebook akan menggunakan data ini untuk menyampaikan ads kepada audiens yang serupa dengan audiens terdahulu. Ini adalah contoh audiens yang boleh dikatakan paling berkuasa yang boleh anda sasarkan.
2. Placement
Untuk placement pula, anda boleh pilih untuk paparkan ads anda sama ada di desktop, mobile, ataupun anda boleh pilih untuk paparkan ads anda di Facebook atau Instagram.
3. Budget
Akhir sekali, anda juga diberi pilihan untuk ‘run’ ads anda dengan ‘Daily Budget‘ atau ‘Lifetime Budget‘ yang anda inginkan.
3 perkara di atas perlu ditetapkan sebaik mungkin di adset. Semakin terperinci details anda, semakin baguslah ads anda.
Dengan cara ini juga anda boleh mengawal amaun yang anda belanjakan untuk setiap audiens, menjadualkan masa mereka melihat ads anda dan mengukur respons mereka.
3. Ads (Content Ads)
Peringkat ini adalah untuk anda ‘design’ ads yang ingin dipaparkan kepada target audiens dengan menggunakan gambar atau video dan juga copywriting yang anda mahukan.
Anda perlu sedar bahawa audiens belum tentu ingin membeli produk atau servis anda. Namun anda mampu untuk membuat mereka tertarik untuk cari tahu mengenai produk anda sehinggalah mereka buat keputusan untuk membelinya. Walau bagaimanapun, Facebook telah meletakkan beberapa syarat yang perlu anda patuhi untuk Facebook luluskan ads anda.
Ads adalah peringkat terakhir untuk membuat audiens tertarik dengan produk atau servis yang anda tawarkan, sehingga mereka membuat keputusan untuk membeli, mendaftar dan lain-lain lagi.
Antara beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum buat ads adalah, anda boleh hasilkan banyak Adset dan Ads di bawah 1 campaign. Anda juga boleh menambah sehingga 50 ads dalam satu set ads.
Ini membolehkan anda untuk jalankan ‘split test’ dan kebiasaannya split test ini dibuat untuk melihat ads manakah yang lebih berkesan dan bagus untuk di ‘run’. Secara umumnya, ia adalah lebih baik untuk mempunyai lebih daripada satu ads untuk menguji ads yang paling berkesan untuk matlamat atau objektif campaign anda.
Ads checklist:
- Upload 1 atau lebih daripada 1 gambar atau video
- Isi maklumat mengenai ads anda seperti text dan header yang anda nak dalam ads
Menganalisis Ads
Gunakan Ads Manager untuk memantau ads anda. Cari audiens yang berprestasi terbaik dan siapa yang paling banyak berinteraksi dengan ads anda. Lihat juga prestasi setiap ads, ketahui jenis kreatif yang paling berkesan dalam setiap set ads.
Penting untuk anda menunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda mula menganalisis sebarang hasil daripada campaign anda.
Jika ini kali pertama anda buat ads dan anda melancarkan campaign yang baru, ads anda masih dalam fasa pembelajaran atau learning phase. Ini bermakna ia masih menguji cara terbaik untuk menyampaikan iklan anda.
Tiada masa untuk setup Facebook ads anda? Jangan risau! Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun, Vennea merupakan pakar dalam pengurusan Facebook Ads anda.
Kami bukan sahaja akan menyediakan copywriting dan design yang menarik pelanggan, malah kami akan setup business manager anda dengan betul dan paling menjimatkan. Sudah ramai peniaga kecil yang menggunakan Facebook ads untuk mempromosikan perniagaan mereka. Anda bila lagi?
Jom uruskan bisnes anda dengan kaedah lebih mudah dan bijak bersama Vennea!
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: