Facebook ads atau FB ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook. Ia digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza.
Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audience anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan.
Facebook ads dipilih kerana statistik platform media sosial Facebook adalah seramai 24 juta pengguna.
Jumlah pengguna yang semakin hari semakin bertambah berserta teknologi jalur lebar yang tiada sempadan telah menjadikan Facebook sebagai medium marketing dan pengiklanan yang paling berkesan pada era digital ini.
Banyak brand-brand terkemuka di Malaysia yang sudah mula menggunakan Facebook ads untuk memasarkan produk mereka. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mula iklankan produk anda di Facebook ads.
Tambahan pula Facebook ads ini tidak memerlukan penggunaan duit yang banyak.
Artikel berkaitan: Iklan-Iklan Yang FB Ads Tak Bagi Buat
Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk set up Fb ads, pastinya anda tertanya-tanya kenapa kadang-kala ads anda tidak menjadi ataupun tidak convert.
Ini mungkin disebabkan anda telah melakukan beberapa kesalahan ketika setup FB ads anda.
Berikut kami kongsikan kepada anda antara 6 kesalahan utama set up Fb Ads:
- Teknik marketing yang salah
- Gagal memahami data
- Penulisan iklan
- Tak tahu target audiens
- Tidak menggunakan butang boost dengan betul
- Perletakan iklan dan kos
1. Teknik Marketing Yang Salah
Sekiranya anda ingin memasarkan produk anda melalui Facebook ads, pastikan anda menggunakan cara yang betul dan berkesan. Anda perlu ingat beberapa perkara seperti:
I. Kesedaran
Menjual kepada audience yang tidak mengenali jenama atau produk anda adalah sangat sukar. Sebenarnya, penting untuk anda mengumpul followers terlebih dahulu sebelum memasarkan produk anda di Facebook ads.
Seterusnya, anda perlu mengemaskini maklumat jualan dan menjadikan bakal pelanggan (prospect) anda sebagai sasaran.
II. Tarikan
Memandangkan terdapat banyak jenama di pasaran, anda perlu mempunyai strategi untuk menarik audience untuk follow anda. Ini bergantung kepada unit selling price, value proposition dan positioning produk anda.
Perbanyakkan perkongsian tentang kelebihan produk atau perkhidmatan anda secara tersusun dan menarik.
III. Tawaran
Kebiasaannya audience akan membuat keputusan untuk membeli berdasarkan hubungan penjual dengan followers. Sekiranya anda mempunyai followers yang ramai tetapi tiada interaksi dengan mereka, ini akan mengurangkan keyakinan audience untuk membeli.
IV. Tindakan
Ini merupakan langkah terakhir dalam pemasaran produk di Facebook ads, iaitu tawaran dalam bentuk pengiklanan. Bakal pembeli akan berinteraksi dengan anda untuk mendapatkan promosi yang anda tawarkan sebelum membuat pembelian.
2. Gagal Memahami Data
Kami pasti sesetengah daripada anda hanya faham tentang cost per engagement.
Cost per engagement adalah maklum balas audience terhadap ads yang anda lihat, termasuk gambar, komen, likes, share, dan sebagainya.
90 peratus pengguna yang menggunakan Facebook ads pastinya tidak mengetahui tentang data cost per click atau cost per impression yang perlu disemak pada bahagian custom di Facebook Ads Manager.
Data ini sebenarnya sangat penting untuk mengenal pasti sama ada kos pengiklanan anda mahal atau murah.
Kegagalan memahami data juga merupakan punca anda tidak dapat mengoptimumkan penggunaan Facebook ads untuk menjana keuntungan.
Contohnya, kadar klik CTR (click-through rate) yang rendah biasanya disebabkan oleh iklan yang tidak menarik, atau iklan yang tidak sampai ke target audiens yang betul.
Secara dasarnya, penggunaan Facebook ads bagi pemasaran produk secara meluas merupakan satu langkah yang bijak. Walau bagaimanapun, anda perlu mempelajari kaedah yang betul supaya dapat mengoptimumkan keuntungan iklan anda.
Prinsip mudah pengiklanan di Facebook adalah, semakin tinggi objektif pengiklanan anda tercapai, semakin rendah kos iklan yang perlu anda bayar.
Namun, anda perlu menanggung kos yang lebih tinggi untuk iklan yang gagal. Jadi, untuk mengelakkan anda membayar kos yang sia-sia, pastikan anda tahu teknik yang betul untuk memastikan iklan anda mampu menarik perhatian bakal pembeli.
Artikel berkaitan: 11 Sebab Iklan di Facebook Ads Anda Gagal
3. Penulisan Iklan
Penulisan iklan atau copywriting adalah elemen yang sangat penting dalam pengiklanan.
Ia merupakan taktik untuk memujuk bakal pembeli agar mereka tertarik dengan iklan anda.
Mesej dalam menghasilkan penulisan iklan mestilah mudah difahami. Ia harus menyentuh emosi bakal pembeli.
Gunakan konsep AIDA untuk pastikan penulisan iklan anda berkesan dan meyakinkan bakal pembeli anda.
Apakah itu elemen AIDA?
I. Attention
Anda perlu tarik perhatian audience melalui tajuk iklan yang menarik.
II. Interest
Bina minat audience untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk atau servis anda.
III. Desire
Bangkitkan keinginan audience untuk tahu lebih lanjut tentang produk atau servis anda. Anda boleh berikan testimoni-testimoni pelanggan, manfaat yang bakal pelanggan anda perolehi dan sebagainya.
IV. Action
Cara untuk bakal pembeli mengambil tindakan yang anda inginkan. Sebagai contoh WhatsApp sekarang, promosi terhad dan sebagainya.
4. Salah Target Audience Semasa Set Up FB ads
Anda kena sedar bahawa bukan semua orang akan beli produk anda. Sebelum melakukan jualan dan memberi brand awareness kepada audience, anda perlu faham terlebih dahulu proses marketing yang sebenarnya. Apabila audience anda mulai mempunyai awareness terhadap iklan yang anda buat, barulah mereka akan mula menjadi pengikut di laman Facebook dan menunjukkan minat pada iklan anda.
Ketika ini, barulah lebih mudah untuk anda membuat jualan berbanding menjual kepada audience yang masih belum mengenali produk anda. Mengenali jenis audience juga mempengaruhi sama ada ads anda berkesan atau tidak. Terdapat empat jenis audience yang anda perlu ambil tahu iaitu:
I. Suspek
Orang yang berkemungkinan berminat dengan produk/servis anda.
II. Prospek
Orang yang berminat, tapi masih belum membeli.
III. Pembeli/pelanggan
Orang yang membeli produk anda.
IV. Klien
Pelanggan setia atau orang yang membeli produk anda yang lebih premium.
5. Tidak Menggunakan Butang Boost Dengan Betul
Kebanyakan pengguna yang baru set up FB ads pasti akan melakukan kesilapan ini.
Iaitu tidak menggunakan butang boost post secara betul. Kebiasaanya teknik boost post ini digunakan bagi meningkatkan reach untuk post yang anda telah bina.
Kesalahan yang biasa pengguna baru lakukan adalah tidak menentukan target audience mengikut demografi, pekerjaan, atau tempat tinggal, serta tidak memilih perletakan iklan dengan tepat.
Ini menyebabkan iklan tidak sampai kepada target audience yang tepat.
Anda juga perlu sedar bahawa teknik boost post ini adalah agak berisiko.
Gunakan teknik ini sekiranya anda yakin post yang anda iklankan boleh ditukarkan kepada sales. Anda dinasihatkan untuk mulakan dengan bajet yang rendah.
6. Perletakan Iklan Dan Kos
Marketing merupakan salah satu kos yang perlu ditanggung oleh anda untuk melariskan jualan.
Pemilihan tepat perletakan iklan anda dapat mengurangkan kos iklan. Menurut sumber, iklan yang paling mahal adalah di Instagram terutama sekali jika ia disertakan dengan gambar.
Walau bagaimanapun, perletakan iklan di Instagram hanyalah sekadar bersifat perkongsian dengan pengguna.
Secara dasarnya, anda perlu bijak dalam teknik perletakan iklan agar tidak menanggung kos yang terlalu tinggi.
Anda dah cuba set up FB ads dan mula jalankan Facebook ads, tapi masih tak convert?
Jangan risau! Vennea ada untuk bantu!
Kami telah bantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.
Kami akan bantu setup FB ads dan jalankan Facebook ads dengan menggunakan strategi pemasaran digital yang dirancang mengikut produk dan pasaran anda.
Kami yakin dengan strategi digital yang teratur dan terancang, kami dapat membantu anda naikkan sales di Facebook.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan,klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: