contoh copywriting menggunakan PESTA

Hasilkan Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit

Contoh copywriting yang  boleh anda gunakan untuk tulis copywriting iklan anda SEPANTAS 5 minit.

 

Sebenarnya ini adalah copywriting formula yang saya sendiri gunakan

 

Ramai orang mengadu pada saya,

 

“Tuan Rahim, bila saya nak tulis copywriting, saya tenung skrin komputer, komputer tenung saya balik. 5 minit, 10 minit tak ada idea.

Kadang tu saya dah keluar berjalan pun tak ada idea lagi.”

 

Sebenarnya, apa cara kita buat copywriting dalam masa yang singkat?

 

Nak ikutkan sebenarnya taklah susah mana nak buat copywriting ni.

 

Saya nak share dengan anda, contoh copywriting, menggunakan Formula P.E.S.T.A yang saya dah pakai lebih daripada 15 tahun untuk buat iklan-iklan saya di Facebook, website, email, di Whatsapp dan macam-macam platform lagi.

 

Anda dah bersedia?

Step 1: Problem

 

Yang pertama, huruf P.

 

P adalah PROBLEM.

 

Anda kena tulis ayat pertama atau HEADLINE bermula dengan masalah yang sedang dialami oleh prospek tersebut.

 

Contohnya, anda nak jual produk sakit lutut.

 

Jadi, apa masalah dia?

 

Kita terus sebut masalah dia adalah, ‘Dah lama sakit lutut sampai susah nak beribadat di masjid.’

 

Nampak tak?

 

Sebab kita jelas siapa target market kita.

 

Maka, kita nak jual produk ni dekat orang yang berusia 50 tahun, yang memang selalu pergi ke masjid.

 

Bila dia sakit lutut, dia susah nak rukuk dan sujud.

 

Dia terpaksa sembahyang atas kerusi.

 

That is why kita buat headline, kita sebut terus masalah dia

Dah lama sakit lutut sampai susah untuk anda menunaikan solat di masjid

 

Step 2: Exaggerate

 

Yang kedua, huruf E. Exaggerate.

 

Anda nak tekankan masalah tadi untuk highlight apakah kesan emosi atau akibat dari masalah tersebut untuk bagi mereka nampak yang mereka terpaksa atau tak sabar-sabar nak dapatkan produk anda sekarang.

 

Contohnya tadi, sakit lutut.

 

Ayat dia adalah,

“Dah lama sakit lutut sampai susah nak solat di masjid.”

 

Yang kedua, emphasize kepada emosi dia adalah,

 

“Rasa malu nak solat di masjid sebab asyik nak kena cari kerusi dulu baru boleh duduk dalam saf. Anda rasa leceh dan lambat untuk menunaikan solat.”

 

Itu adalah kesan emosinya. Sebab dia rasa malu orang lain boleh je solat, rukuk, sujud macam biasa. Dia baru je umur 50 tahun dah sakit lutut, kena duduk atas kerusi.

 

So, rasa MALU tu adalah emphasize dia.

 

Yang ketiga, adalah S.

Step 3: Solution

 

S adalah Solution.

 

Dekat solution ini anda kena huraikan apakah ciri-ciri produk, manfaat produk, advantage atau kelebihan produk ni berbanding dengan produk-produk lain diluar sana.

 

So dia ada:

  • Features
  • Benefit
  • Advantage  

 

Dekat bahagian solution anda akan cakap,

“Jangan risau. Gunakan (contoh) Gel Supermax

 

 

Anda kena perkenalkan produk yang boleh menyelesaikan masalah dia tadi (sakit lutut).

 

Time anda nak memperkenalkan produk tu, anda kena state name produk tersebut.

 

Contoh, “Memperkenalkan Gel Supermax

 

Ciri-ciri: “Bila disapu, ia akan memanaskan kulit di sekitar lutut.”

 

Manfaat: “Aliran darah disekitar lutut akan lebih lancar, maka kurang kesakitan di bahagian lutut.”

 

Itulah contoh Features, Benefit dan Advantage.

 

Ciri-ciri, kelebihan dan manfaat produk berbanding produk lain.
 

Step 4: Testimoni

 

Yang keempat, ialah TTestimoni 

 

Selalunya testimoni ni kita akan letak kalau kita menggunakan gambar atau video yang bukan berbentuk testimoni.

 

Kalau kita memang gunakan gambar atau video yang ada testimoni, bahagian testimoni ni kita tak payah tulis dalam ayat copywriting kita.

 

Jadinya, bahagian testimoni mesti tulis Before & After. 

 

Kita ambil contoh tadi. Sebelum dia mengamalkan Gel Supermax ni, dia rasa susah nak berjalan ke masjid. Jalan pun terkedek-kedek pakai tongkat. Sampai ada 1 masa orang terpaksa bantu untuk papah naik ke masjid.

 

Alhamdulillah, selepas dia pakai Gel Supermax ni, dia boleh jalan macam biasa, macam waktu umur dia 40 tahun dulu.

 

Solat pun dah tak payah duduk atas kerusi, dah boleh rukuk dan sujud macam orang lain.

Step 5: Action

 

Dan yang terakhir ialah, A, Action. 

 

Kita dah cover P, E, S, T. Last sekali adalah Action.

 

A tu adalah Call to Action. Maksudnya kalau orang tu nak dapatkan produk ni, apa yang dia kena buat.

 

Dekat bahagian Action ni, ada 2 bahagian.

  1. Irresistible Offer
  2. Urgency

 

Yang pertama adalah, Irresistible Offer.

 

Macam mana kita nak buat tawaran yang membuatkan orang rasa tak boleh nak tolak.

 

Jadi, Irresistible Offer ni mesti ada elemen:

  •  Scarcity – Tak cukup bilangan.
  •  Urgency – Tawaran tempoh terhad.

 

Jadi, dalam copywriting ni, anda boleh cakap,

 

“Khas untuk 30 orang pertama saja. saya nak bagi diskaun 30% daripada normal price. Tapi tawaran ini tamat pada hari jumaat jam 11.59 malam.”

 

Jadi disitu dah ada element scarcity dan urgency.

 

Dan, yang terakhir, Call to Action, iaitu bahagian kedua dalam Action.

 

Sebut semula masalah tadi,

 

“Jika anda serius nak kembalikan zaman muda anda, dan kurangkan sakit lutut anda untuk mudah solat, dapatkan produk Gel Supermax ini sekarang.”

 

Bagitahu dekat mana nak beli. Anda kena pilih antara 2 saja, sama ada Whatsapp ataupun link Facebook.

 

Supaya orang tak keliru macam mana nak dapatkan produk anda.

 

So, recap balik.

 

P – PROBLEM

E – EXAGGERATE

S – SOLUTION

T – TESTIMONY

A – ACTION 

 

Ikut flow ni, pasti anda dapat siapkan copywriting anda dalam masa kurang daripada 5 minit.

Komen dah share post ini kepada rakan-rakan bisnes anda jika anda rasa ianya bermanfaat.

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :