Berhadapan dengan pelanggan anda merupakan tugas wajib anda sebagai usahawan, business owner atau pekerja.
Tidak kiralah apa jenis perniagaan atau misi dan visi syarikat, anda perlu tahu bagaimana untuk jaga dan ambil hati pelanggan anda.
Pelanggan yang berpuas hati akan kekal bersama anda sepanjang naik turun perniagaan dan boleh beri free marketing untuk bisnes anda.
Jadi, macam mana nak jaga dan ambil hati pelanggan anda? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 4 perkara yang anda tak boleh buat dekat pelanggan anda.
1. Jangan pandang pelanggan anda tiada duit
Anda sebagai pemilik bisnes jangan sesekali berfikir pelanggan anda tiada duit untuk beli produk/servis daripada anda.
Sebenarnya, pelanggan anda bukan tiada duit, cuma mereka mahu nilai berbaloi atau tidak sekiranya mereka membeli daripada anda.
Sekiranya ada daripada pelanggan anda yang mengatakan produk/servis anda mahal, atau harga tidak masuk akal, jangan berkecil hati.
Sebaliknya berikan mereka pilihan yang lebih baik, seperti produk/servis yang lebih berpatutan dan bersesuaian dengan bajet mereka.
2. Tidak jujur dengan pelanggan anda
Seorang usahawan atau business owner perlu sentiasa bersikap jujur dalam menjalankan perniagaan.
Anda silap jika anda melayan pelanggan dengan beranggapan mereka tidak tahu apa-apa. Usahawan mahupun pelanggan sama-sama adalah manusia.
“Hakikatnya, kepentingan pelanggan harus sentiasa diambil kira. Sebarang tindakan memperdaya atau mengelirukan pelanggan dengan menggunakan pelbagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan adalah di luar norma kod etika perniagaan.”
Artikel berkaitan: Peniaga wajar patuh etika persaingan
Sebagai contoh, anda ingin berikan diskaun kepada pelanggan untuk tempoh masa terhad, tapi anda mengenakan caj tersembunyi. Ini bermaksud pelanggan perlu bayar lebih.
Anda mungkin mendapat keuntungan dengan cara ini, tapi untuk jangka masa panjang, anda akan rugi kerana pelanggan sudah tidak percaya lagi pada anda.
3. Memarahi pelanggan anda
Pelanggan biasanya mempunyai pelbagai ragam dan kerenah. Sedar atau tidak, kita juga adalah pelanggan.
Sebagai usahawan atau business owner, anda perlu kenal siapa pelanggan anda.
Anda perlu kenali ‘market segment’ dan pelanggan anda dengan jelas. Anda perlu selalu letakkan diri anda di tempat mereka ketika menjalankan urusan jual beli. Jadi anda tahu apa kehendak dan keinginan mereka.
Sekiranya pelanggan mula berteriak atau menjadi tidak sopan kepada anda, jangan sesekali memarahi mereka semula. Ia mungkin akan memburukkan keadaan.
Sebaliknya, kendalikan dengan cara yang paling rasional dan profesional.
4. Gantikan dengan perkataan yang lebih baik
a. Gantikan perkataan “tak payah” kepada “tak perlu”.
b. Gantikan perkataan “mahal/murah” kepada “harga rendah/istimewa/eksklusif”.
c. Gantikan perkataan “beli” kepada “pesanan atau dapatkan”.
d. Gantikan perkataan “bayar” kepada “transfer”.
e. Gantikan perkataan “tolong” kepada “bantu”.
Semoga perkongsian kami kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda terutamanya kepada usahawan dan pemilik bisnes yang selalu menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan pelanggan.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Pentingnya Kepuasan Pelanggan Untuk Bisnes Anda