Pengenalan T-Shape Marketer

T-Shape marketer adalah seseorang yang mempunyai kepakaran dalam 1 hingga 3 ilmu marketing. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin pakar dalam content marketing, dan turut mempunyai rekod yang baik apabila berkaitan dengan content dan organic.
Dalam artikel kami kali ini, kami akan kongsikan lebih terperinci berkenaan T-Shape Marketer.
Artikel berkaitan: What Is A T-Shaped Marketer
Kenapa Kena Jadi T-Shape Marketer
Apabila anda menjadi seorang T-Shape Marketer, anda akan lebih mudah faham dalam hal-hal problem solving. Seorang T-Shaped marketer akan dianggap sebagai seorang yang hebat dalam pelbagai skill kerana mampu menangani banyak projek dengan skill dan kreativit yang mereka ada.
Komponen T-Shape Marketer
Seorang T-Shaped Marketer digalakkan untuk menyerap basic knowledge yang luas. Terdapat tiga komponen berbeza yang termasuk dalam basic knowledge, iaitu:
Basic Knowledge:
Ia meliputi pengetahuan seperti Data & Analytics, Research, Design & UX, dan Branding & Positioning, dan banyak lagi. Ilmu tersebut digunakan sebagai basic knowledge bagi seseorang untuk memulakan karier dalam dunia digital marketer.
Marketer foundation:
Meliputi pengetahuan basic yang digunakan di semua channel marketing, seperti Copywriting, Sketch, A/B testing, Video, Statistics & Excel, Funnel Marketing, HTML & CSS dan Customer Experience.
Channel expertise:
Ia meliputi Business Development, CRO, Email, Events, Community, Content, SEO, Social Media, Partnership, Multimedia, Paid Ads, dan PR.
Cara Untuk Menjadi T-Shape Marketer
Ada beberapa cara yang untuk anda menjadi seorang T-Shaped Marketer. Anda boleh mula dengan menguasai basic knowledge. Sebelum terjun ke dunia marketing, anda kena tahu dulu ilmu basic dari pelbagai aspek digital marketing. Anda juga boleh join kelas atau kursus singkat.
Semoga perkongsian kami kali ini memberi manfaat kepada anda terutamanya untuk marketer di luar sana.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. 8 Kebaikan Digital Marketing Pada SME
2. 5 Design Trends Yang Boleh Ubah Strategi Marketing Anda
3. 5 Peringkat Market Awareness Yang Usahawan & Bisnes Owner Wajib Tahu