Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tidak Menjadi?

7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi

Anda tahu tak kenapa Facebook Ads yang anda buat tak menjadi? Adakah cara anda buat Facebook ads itu betul atau salah? Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa pemilik bisnes kini sudah mulai menerapkan konsep digital marketing dalam perniagaan mereka dengan tujuan agar produk atau perkhidmatan mereka lebih dikenali masyarakat. Oleh itu anda tidak perlu risau lagi untuk mula mengiklankan produk anda di Facebook ads.

Facebook ads adalah salah satu alat terbaik dalam digital marketing yang dapat membantu mempromosikan jenama anda di samping mempermudahkan audiensuntuk membuat research tentang jenama anda. 

Bagi yang tidak tahu, jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak Facebook adalah serendah RM0.01 sen untuk satu trafik atau setiap pelawat yang diperolehi.

Artikel berkaitan: 9 Langkah FB Ads Newbie Patut Tahu

Kelebihan dari Facebook ads ini adalah anda boleh menetapkan target audiens anda sendiri sesuai dengan karakter produk atau perkhidmatan yang anda iklankan. Apabila anda setup Facebook ads, anda perlu tahu cara menyelesaikan masalah campaigns dan mengoptimumkannya dengan cepat apabila ads anda tidak convert.

Berikut kami kongsikan kepada anda 7 sebab kenapa Facebook ads yang anda buat tidak menjadi.

1. Gambar atau video yang digunakan tidak menarik

Penggunaan gambar dan video yang tidak menarik merupakan salah satu punca ads anda tidak berkesan. Visual yang menarik penting untuk menarik minat audiens. Ini kerana, visual adalah perkara pertama yang akan dilihat audiens dan ia menjadi penentu kepada mereka untuk berhenti daripada melihat perkara lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan.

Melalui gambar dan video juga, anda dapat menghidupkan ads dengan gambaran yang lebih jelas.

2. Copywriting

Dalam penghasilan copywriting untuk ads, panjang pendek tidak menjadi masalah. Tetapi mesej yang ingin disampaikan haruslah mudah difahami serta dapat menyentuh emosi bakal pembeli. 

Semua orang membuat keputusan berdasarkan emosi. Oleh itu, sentuhan emosi adalah perkara penting dalam pengiklanan.

3. Target audience terlalu spesifik atau terlalu luas

Sebab lain kenapa Facebook ads anda tidak berkesan adalah kerana target audiens anda terlalu spesifik atau terlalu luas. Apabila menggunakan Facebook ads dan memilih targeting, pastikan jarum penunjuk berada di tengah, tidak terlalu ke kiri dan tidak terlalu ke kanan.

Sistem Facebook ads adalah, semakin luas target audiens anda, semakin besar bajet yang harus anda bayar.

4. Nilai budget yang rendah

Jika anda baru mula untuk setup Facebook ads, ia pastinya agak sukar untuk mengetahui jumlah yang anda perlu guna untuk menetapkan budget Pastikan anda tahu berapa yang anda sanggup spend setiap hari untuk Facebook campaign anda. Bila anda dah kenal pasti berapa yang anda sanggup spend, tetapkan tempoh yang logik dan sesuai dengan budget anda.

Sebelum itu, anda perlu lihat pada kemampuan kewangan anda. Dari kemampuan kewangan anda, barulah anda letakkan bajet ads. Terdapat dua jenis bajet yang anda perlu beri perhatian. Bajet tersebut adalah daily budget dan overall budget.

  • Daily budget 

Wang yang anda mampu laburkan untuk setiap hari bagi iklan anda. Lagi tinggi daily budget anda, lagi tinggilah reach untuk iklan anda

  • Overall budget 

Wang yang anda telah tetapkan untuk keseluruhan kempen ads

Jika anda nak fokus pada daily budget, pastikan anda mampu untuk membayarnya pada hujung bulan. Jika anda tidak berkemampuan untuk bayar, akaun anda akan dibatalkan sehingga anda membayarnya semula. Oleh itu, untuk elakkan masalah-masalah seperti ini, anda perlu pastikan kemampuan kewangan anda terlebih dahulu. 

Untuk memudahkan anda, tetapkan dahulu bajet keseluruhan. Kemudian, anda tetapkan pula daily budget. Di Facebook ads, ada fungsi daily limit di mana iklan anda akan berhenti berjalan apabila anda telah mencapai limit yang telah anda tetapkan. Penting untuk anda faham konsep meletakkan budget ini agar anda tidak rugi.

5. Ads tak click worthy

Sekiranya ads anda masih tidak converting walaupun targeting anda betul dan bajet ads anda mencukupi, anda mungkin perlu membuat perubahan pada ads anda. Anda perlu lihat pada CTR ataupun Click-through rate anda. Sekiranya CTR rendah, bermakna ads anda berkemungkinan tidak menarik prospek. Sekiranya anda menggunakan gambar sebagai ads, pastikan gambar tersebut jelas dan menyerlah. 

Manakala sekiranya anda menggunakan video sebagai ads, pastikan video tersebut informatif dan menarik. Untuk pengetahuan anda, pemerhatian dan fokus seseorang di media sosial adalah sangat singkat. Oleh itu, gunakan beberapa saat tersebut dengan efektif agar mereka tidak abaikan ads anda.

6. Tak buat split test

Split test adalah satu cara untuk mengenal pasti iklan yang paling berkesan dalam campaign yang anda jalankan. Apabila anda sudah tahu ads mana yang paling bagus, anda boleh fokuskan pada budget pemasaran anda untuk ads tersebut.

Cara melakukan split test adalah dengan melakukan beberapa variasi Ads Set dan Ads. Kemudian, bandingkan prestasinya setiap satu.

Di peringkat Ads Set, anda boleh cuba setting yang berbeza seperti:

  1. Audience Targeting

  2. Placement

  3. Bidding atau Optimization

Kalau di peringkat Ads (iklan) pula, anda boleh cuba mempelbagaikan:

  1. Gambar

  2. Headline

  3. Copywriting

Proses ini kebiasaannya akan mengambil masa selama beberapa hari. Walau bagaimanapun, 3 hari sahaja sudah mencukupi untuk anda melakukan split test. Selepas itu, anda perlu pilih salah satu ads yang menunjukkan prestasi terbaik.

Tiada masa untuk setup Facebook ads anda? Jangan risau! Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. 

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam digital marketing, Vennea merupakan pakar dalam pengurusan Facebook Ads anda. Kami bukan sahaja akan menyediakan copywriting dan design yang menarik pelanggan, malah kami akan setup business manager anda dengan betul dan paling menjimatkan.

Sudah ramai peniaga kecil yang menggunakan Facebook ads untuk mempromosikan perniagaan mereka. Anda bila lagi?

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah .

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda
  2. 5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda
  3. Ini Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :