Bagaimana Sosial Media Influencer Boleh Bantu Strategi Marketing Anda?

Sosial media influencer dilihat sebagai individu yang berpengaruh dan boleh dipercayai pada masa kini. Generasi Z lebih terdorong untuk terpengaruh dan dipengaruhi kerana kandungan atau content yang sering dikongsi oleh influencer-influencer ini lebih dekat dengan mereka dan mudah difahami, ringkas dan lebih personal.

Dalam era digital masa kini, kita harus faham dan akur apabila pelanggan sudah terbiasa dengan interaksi dan tarikan sesuatu brand yang berkait rapat dengan sosial media influencer.

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana sosial media influencer boleh bantu strategi marketing bisnes anda.

1. Influencer membantu meningkatkan brand awareness

Tak dinafikan bahawa sosial media influencer dapat tingkatkan kesedaran jenama atau brand awareness dengan sangat cepat. Dengan menggunakan sosial media influencer, pelanggan boleh tahu tentang brand anda, dan produk atau servis yang anda tawarkan dengan lebih cepat dan mudah.

Teknik marketing seperti ini sering mendapat perhatian brand-brand di Malaysia. Tetapi semakin tinggi pengaruh influencer tersebut, semakin mahal bayaran kos marketingnya.

Artikel berkaitan: 4 Ways Influencers Can Build Brand Awareness — And Why They Work

2. Influencer membantu brand anda untuk dapatkan kepercayaan prospek & mendorong pembelian

Apabila sosial media influencer berkongsi content/info berkenaan produk/jenama anda dalam bentuk vlog, video tutorial, drama pendek, video kelakar dan sebagainya, ia bukan sahaja akan dapatkan kepercayaan prospek malah mendorong kepada keputusan pembelian.

Pelanggan sangat suka dan tertarik dengan perkongsian produk review yang jujur dan bermanfaat untuk mereka.

Maka tidak hairanlah jika ramai pelanggan yang akan bertukar status menjadi pembeli selepas menonton video-video review yang dihasilkan oleh influencer.

3. Influencer memberi manfaat jangka panjang

Sesetengah influencer bergantung kepada iklan-iklan berbayar yang lain dan bukan sahaja produk review.

Semakin ramai yang view, semakin tinggi pendapatan mereka. Maka, sudah pastilah video tersebut akan bertahan dengan jangka masa yang lama. Keadaan ini juga dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada sesuatu jenama.

Dengan hanya satu bayaran, promosi atau iklan jenama anda mampu bertahan bertahun-tahun lamanya di laman-laman sosial media.

4. Influencer membawa conversion

Influencer mempunyai keupayaan semula jadi untuk tarik followers supaya berminat dengan produk atau servis anda. Seperti yang baru kami nyatakan di atas, pengguna sudah beralih kepada influencer untuk mendapatkan cadangan tentang produk atau servis yang mereka patut cuba.

Ini secara tidak langsung akan membawa conversion dan sales untuk bisnes anda.

Kesimpulannya, sosial media influencer membawa banyak kebaikan untuk bisnes anda. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh disalah gunakan untuk perkara-perkara yang negatif.

Semoga perkonsgsian kami kali ini memberi manfaat untuk anda yang baru ingin berjinak-jinak menggunakan influencer.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

1. 8 Kebaikan Digital Marketing Pada SME

2. 7 Perkara Yang Anda Perlu Elakkan Dalam Marketing

3. 5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :