Facebook merupakan salah satu media sosial yang paling banyak digunakan di dunia. Facebook Ads atau FB Ads adalah salah satu platform marketing yang berbayar. Ia adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook yang digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk di media sosial seperti Facebook dan Instagram dengan berbagai latar belakang pengguna yang berbeza.
Manakala Google Ads atau nama lamanya Google AdWords merupakan pengiklanan berbayar di platform jajahan Google seperti YouTube, Google Search Page, dan lain lain lagi.
Google Ads memang sangat sesuai untuk anda yang ingin meningkatkan jualan bisnes anda.
Jadi adakah anda tahu apakah perbezaan antara kedua-dua platform ini? Yang mana satukah platform yang lebih baik? Berikut kami kongsikan perbezaan antara Facebook ads dan Google Ads yang masih ramai tak tahu.
Facebook Ads
Terdapat 7 jenis pilihan yang anda boleh pilih untuk objektif iklan di Facebook. Sebelum menjalankan Facebook ads, anda perlu tahu objektif ads yang anda akan buat.
Objektif ads bermaksud ads anda perlulah mempunyai tujuan, adakah anda ingin mendapatkan conversion, engagement atau sebaliknya. Ads tanpa tujuan dan strategi yang sesuai akan membuatkan anda kerugian wang dan tenaga.
7 jenis objektif yang anda boleh pilih adalah:
-
Brand awareness
-
Reach
-
Engagement
-
Traffic
-
Conversion
-
Video views
-
Leads generation
Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang 7 jenis objektif untuk Facebook Ads anda.
Baca artikel penuh di sini: 7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda
Kelebihan Facebook Ads adalah ia sesuai dijalankan sekiranya anda ingin dapatkan lebih ramai pelanggan atau prospek dalam tempoh masa yang singkat. Walau bagaimanapun, pengiklanannya terhad di platform media sosial seperti Facebook & juga Instagram.
Proses untuk menjalankan Facebook Ads juga dikatakan sangat cepat dan mudah. Anda boleh dapat result dalam tempoh masa yang sangat singkat. Ia juga boleh membantu perniagaan anda untuk dapat lebih banyak engagement dan meningkatkan trafik ke website. Facebook Ads boleh di set up untuk mendapatkan trafik yang lebih besar, lebih banyak impressions dan juga Click-Through Rate (CTR).
Selain itu, dengan Facebook Ads, ia akan memudahkan anda untuk berinteraksi dengan pelanggan.
Penting untuk berhubung dengan pelanggan anda agar mereka memberikan tanggapan yang baik kepada anda dan juga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda perlu sentiasa beranggapan bahawa setiap pelanggan yang dilayan merupakan pelanggan yang bakal menentukan sama ada pendapatan syarikat anda akan untung atau rugi.
Google Ads
Google Ads sangat efektif untuk anda yang ingin meningkatkan trafik ke website, meningkatkan sales dan lain-lain. Dengan teknologi Google Ads, anda boleh menjalankan iklan yang efektif kerana ia boleh ditetapkan untuk orang yang berminat dengan produk atau servis anda, menemukan prospek atau bakal pembeli dengan cepat dan dengan kos yang terkawal.
Selain itu, sekiranya anda membuat Google Ads, ia membolehkan anda untuk mendapatkan tempat pertama di enjin carian Google (Google search engine). Tempat pertama di enjin carian Google akan menjadikan sales anda meningkat kerana ramai yang search tentang jenama dan produk anda.
Jenis-jenis Google ads:
1. Iklan teks
Jenis iklan Google Ads ini kebiasaannya mempunyai tajuk yang boleh diklik dan akan terus ke halaman website yang sepatutnya. Google juga memberikan tools tambahan pada iklan teks iaitu ad extension.
Ad extension ini adalah sangat berguna kerana ia memberikan detail tambahan seperti nombor telefon agar iklan yang ditampilkan nampak lebih relevan untuk pelanggan.
Bagaimana cara iklan ini berjalan? Iklan teks ini berjalan dengan mensasarkan pelanggan ketika mereka mencari kata kunci tertentu yang berkaitan dengan produk atau servis anda di Google search engine.
2. Iklan gambar
Pastinya anda pernah membuka website tertentu dan banyak jenis iklan yang keluar. Biasanya iklan tersebut berupa gambar.
Sebenarnya, iklan tersebut dinamakan iklan gambar atau display ads. Jenis iklan ini dapat meningkatkan brand awareness bisnes anda dan peluang iklan yang diklik juga akan lebih banyak, kerana adanya penggunaan visual. Sesebuah iklan itu akan menjadi lebih converting sekiranya mempunya visual yang kreatif dan menarik dibandingkan dengan iklan yang hanya mempunyai teks.
Google akan menampilkan iklan di website tertentu berdasarkan pelbagai faktor seperti kata kunci, lokasi, atau minat audiens. Google juga hanya akan menampilkan iklan di website yang relevan dengan sebuah iklan.
3. Iklan aplikasi
Iklan aplikasi membolehkan anda untuk mempromosikan aplikasi dan muncul di website yang merupakan partner Google. Iklan ini hanya muncul apabila website dibuka dari mobile browser seperti Opera, UC Browser, Chrome dan lain-lain.
Iklan aplikasi boleh berbentuk teks atau gambar yang mempromosikan aplikasi yang diiklankan. Selain itu, terdapat button yang anda boleh klik dan akan bersambung terus ke Google Play atau App Store untuk anda memuat naik atau install aplikasi tersebut.
4. Iklan video
Google bukan hanya menyediakan iklan dengan format teks atau gambar. Ada juga iklan dengan format video untuk Youtube, iaitu Video Ads.
Video ads merupakan jenis iklan yang berbentuk video dan ia biasanya akan muncul ketika anda mengakses video di Youtube.
Jenis iklan ini mempunyai beberapa jenis iklan lain yang anda boleh pilih seperti Skippable in-Stream Ads iaitu video yang anda boleh skip, Discovery Ads iaitu video yang akan muncul di search result page dan non-video ads yang formatnya berbentuk teks atau gambar.
Video ads boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bisnes, bermula dari meningkatkan brand awareness, product consideration, meningkatkan trafik website atau leads.
5. Iklan shopping
Jenis iklan ini akan muncul pada laman utama search engine. Iklan shopping atau shopping ads ini akan dapat membantu anda dalam menaikkan trafik ke website bisnes anda. Sekiranya anda seorang usahawan atau peniaga yang menyediakan pelbagai informasi produk seperti gambar produk, harga atau lain-lain lagi, jenis iklan ini sangat sesuai untuk anda gunakan.
Dengan memanfaatkan iklan shopping ini, anda akan dapat mensasarkan lebih banyak bakal pelanggan untuk meningkatkan jualan perniagaan anda.
Ingin kami bantu set up Facebook Ads atau Google Ads untuk perniagaan anda? Jangan risau! Kami telah membantu ramai usahawan di luar sana untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.
Kami menerapkan strategi pemasaran digital dengan tujuan untuk gandakan jualan.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Kesimpulannya, tidak kiralah anda buat pengiklanan di Facebook mahupun Google, sebaik sahaja anda mengambil kira matlamat, bajet dan target audiens anda, anda akan dapati bahawa setiap satu daripada kedua-dua platform ini menawarkan ciri unik yang sangat berguna kepada jenama dan perniagaan anda.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: