Marketing Tanpa Database

Cara Nak Buat Iklan Takaful Walaupun Anda Tak Ada Database

Macam Mana Nak Mula Marketing, Tanpa Database?

Soalan yang biasa kita dengar dari mereka yang baru nak mula bisnes Takaful.

Saya baru buat Takaful macam mana nak buat marketing tanpa database?

 

Di bawah ini, saya nak kongsikan 4 tip yang boleh anda gunakan. Anda tak perlu bimbang, kerana dengan berpandukan tip tip ini, anda boleh mulakan bisnes Takaful anda, dan mula marketing walaupun tiada database. 

 

Tips 1 : Share Content Di Media Sosial

Tip yang pertama, anda boleh share content yang berkaitan Takaful dekat media sosial.

 

Contoh macam di Facebook, Instagram, Tiktok, Twitter dan sebagainya.

 

Tak sure nak share content apa?

 

Bagi anda yang tak tahu konten apa yang patut dikongsikan, sebelum nak share content tu, coba tanya pada diri sendiri beberapa soalan dibawah ini :

  1. Siapa target pelanggan anda?
  2. Apa impian mereka?
  3. Apa masalah yang mereka hadapi?
  4. Apa kehendak mereka dalam kehidupan?

 

Jawaban anda nanti dapat membantu anda menyiapkan konten di media sosial. Biasanya, kalau Takaful ni ramai yang nak tahu, apabila berlaku kematian salah satu ahli keluarga, bagaimana Takaful dapat membantu?

 

Berdasarkan pada soal jawab diatas itu, anda boleh mula menyediakan konten untuk dikongsi di media sosial.

 

Tip 2 : Kongsi Kepakaran 

Jika anda ada mempunyai personal blog, ia juga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk anda iklan Takaful secara percuma.

 

Sebagai contoh, anda boleh buat 1 penulisan artikel, khusus untuk para isteri. Artikel itu menggambarkan kesukaran yang akan mereka hadapi jika kematian berlaku secara mengejut pada suami tanpa persediaan kewangan.

 

Mesti Wow,  macam heavy je content macam ni kan.

 

Tapi bila situasi begini berlaku, ramai orang nak tahu, apa tindakan yang boleh diambil.

 

Jika anda kurang mahir menulis, anda boleh siapkan konten berbentuk video, dan upload sebagai Insta Story atau pun di Tik Tok.

 

Tips 3 : Konten Yang Bermanfaat

Tip yang ketiga adalah, memberi sesuatu yang bermanfaat untuk prospek anda.

 

Mungkin anda ada kemahiran bercakap, atau public speaking.

 

Anda boleh tawarkan kepada business owner, untuk adakan talk kepada pekerja-pekerja mereka tentang perlindungan dan perancangan kewangan.

 

Caranya?

 

Contoh anda ada seorang kawan, business owner, yang memang ada staff lebih kurang 10 ke 20 orang.

 

Tanyakan pada dia, contoh nama dia Kamal.

 

“Kamal, boleh tak saya buat talk untuk staff anda, yang berusia dibawah 40 tahun.

 

Anda offer free talk dalam sejam setengah macam tu, untuk beri kesedaran betapa penting nya merancang kewangan demi persediaan persaraan.

 

So, dia kata, oh adalah 10 ke 20 orang staff.

 

Di hujung talk tu nanti, anda perkenalkan lah Takaful. Bagaimana Takaful dapat membantu mereka dalam persediaan perancangan kewangan.

 

Sesiapa yang nak daftar, anda boleh bagi special price. Anda juga boleh bagi free gift jika dia daftar  pada hari itu. 

 

Tips 4 : Pancing Dengan Freegift 

Antara freegift yang boleh anda beri tanpa mengeluarkan modal adalah ebook.

Ebook ni apa? 

 

Ia adalah file, dalam bentuk PDF atau Microsoft Word. Apa isi kandungan ebook ni?

 

Anda boleh compile content-content yang berkaitan Takaful kedalam ebook dan offer kepada prospek anda.

 

Untuk mendapatkan ebook ni, mereka terlebih dahulu perlu memberikan butiran seperti nama, email dan nombor telefon. 

 

Borang untuk mengisi butiran itu, anda boleh tampal linknya di media sosial anda atau pun dipersonal blog. 

 

Ebook itu nanti, boleh anda berikan kepada mereka untuk di download di Messenger, Whatsapp ataupun email.

 

As simple as that.

 

Ada yang bertanya, 

  1. Nak bagi ebook ni nak kena buat landing page ke?
  2. Nak kena buat buat mockup untuk ebook tu ke?

 

Jika anda ada personal blog, itu sudah mencukupi kerana blog juga boleh dijadikan landing page.

 

Tak payah pening-pening kepala, kalau anda  nak buat mockup, boleh gunakan Canva.

 

Kalau nak buat PDF pun senang je, anda boleh gunakan Mircosft Word save as pdf, dan jadilah dia ebook.

 

Dalam ebook tu, anda huraikan masalah berkaitan dan berikan solusinya. 

 

Yang penting anda buat okay?

 

Itu dia, 4 tip yang boleh anda gunakan untuk mulakan iklan Takaful tanpa database

Apa pendapat anda tentang tip tip yang kami kongsikan ni? Jika anda masih bingung cara nak iklan Takaful, kami sedia membantu.

 

Hubungi kami disini untuk perbincangan, bagaimana kami boleh membantu anda mulakan marketing tanpa database.

 

Baca artikel berkaitan :

  1. 3 Punca Iklan Anda Hambar
  2. Berjaya Atau Gagal? 3 Faktor Ini Menentukan nya

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :