Cara Buat Iklan Yang Hasilkan Jualan

Jika anda nak buat iklan, anda perlu tahu ciri ciri iklan yang berjaya hasilkan jualan. Ramai yang buat iklan sebab nak tarik pelanggan tapi mereka tak faham, apa yang menyebabkan iklan mereka hambar.

 

Dalam post kali ini, kita nak merungkai kenapa iklan tu boleh jadi hambar.

 

Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang profesional digital marketer, saya perasan ada 3 sebab yang buat iklan anda hambar

 

3 Sebab Kenapa Iklan Anda Hambar

  1. Salah Audience
  2. Tak Ada CTA Yang Jelas
  3. Iklan Tak Jentik Emosi

 

Punca #1: Salah Audience

Yang pertama, iklan anda hambar sebab anda salah audience.

 

Kalau kita nak menembak,

kita mesti nak tembak tepat pada sasarannya

 

Macam itulah bila kita buat iklan. Kita nak iklan kita tepat pada sasarannya.

 

Mungkin anda salah setting secara teknikal, atau mungkin anda sebenarnya tak kenal pun siapa target audience anda yang sebenar-benarnya.

 

Jadi, satu soalan saya nak tanya anda,

bilakah kali terakhir anda berborak dengan pelanggan anda?

 

 

Itulah dimana anda boleh dapat lubuk untuk anda kenal customer anda.

 

Itu yang pertama.

 

Punca #2: Tak Ada CTA Yang Jelas

Yang kedua, sebab kenapa iklan anda hambar dan tak convert ialah tak ada Call To Action (CTA) yang jelas.

 

Bila saya tengok iklan mereka, kadang-kadang saya tengok banyak sangat CTA.

 

Contohnya,

  • Jika anda berminat dengan produk ini, klik link Whatsapp, atau
  • call nombor ini, atau
  • datang ke premis kami, atau
  • klik link Shopee.

 

Bila banyak sangat option, maka akan berlaku satu keadaan yang dipanggil sebagai Paradox of Choice.

 

Paradox of Choice ini dimana bila orang banyak sangat pilihan, maka dia akan confuse dan confuse people will never buy.

Orang yang confuse dia takkan membeli.

 

Jadi mudahkan CTA tersebut.

 

Seelok-eloknya, tinggalkan 1 saja iaitu klik link Whatsapp klik link di Website.

 

Jangan letak dua-dua sekali supaya orang mudah buat pilihan untuk pergi ke step seterusnya.

 

Itu nombor dua.

 

Punca #3: Iklan Tak Jentik Emosi

Yang ketiga, punca iklan anda hambar adalah kerana iklan anda tak menjentik emosi.

 

Manusia mesti mempunyai emosi dalam setiap perkara.

 

Tiada pembelian berlaku berdasarkan rasional.

 

Walaupun kita cakap kitalah orang yang paling rasional, kitalah orang paling firm sekali, kita lah orang yang paling chill sekali.

 

Bila kita buat pembelian, pasti ada underline emotion disebalik itu.

 

Jadi, bila anda kenal produk anda dan anda kenal target market anda, anda kena tahu emosi apa yang perlu dijentik.

 

Anda perlu tahu apa yang perlu di exaggerate kan, dan yang perlu di highlight kan untuk mereka beli produk ini.

 

Kalau anda tak jumpa lagi apakah emosi yang membuatkan mereka membeli, anda cuba tengok iklan-iklan competitors anda.

 

Anda tengok iklan-iklan yang dah famous dekat YouTube, untuk anda kenal pasti, apa perasaan anda bila anda tengok iklan yang wow tu.

 

Kemudian anda duplicate sahaja.

Anda tiru perasaan tersebut dalam iklan anda

 

 

Inilah 3 punca kenapa iklan anda hambar. Anda boleh coba 3 tip yang saya kongsikan di atas untuk perbaiki iklan anda.

 

Komen dibawah pendapat anda adakah ianya terjadi pada anda.

 

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :