Copywriting adalah seni, proses atau kegiatan menulis yang bertujuan untuk pembaca melakukan suatu respons, tindakan, atau keputusan yang diharapkan. Tapi, macam mana nak tulis copywriting menarik yang boleh bantu anda untuk close sales?
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 elemen penting dalam copywriting untuk close sales.
1. Headline
Seperti yang kita tahu, headline merupakan elemen yang paling penting dalam sebuah iklan. Headline biasanya dibuat paling menonjol kerana ia merupakan perkara pertama yang dilihat oleh pembaca. Dari membaca headline, biasanya pembaca boleh memperoleh gambaran tentang isi tulisan anda secara keseluruhan.
2. Solution yang anda tawarkan
Anda perlu memberitahu tawaran atau penyelesaian tentang produk anda. Pelanggan membeli dengan emosi. Jadi, anda perlu hasilkan copywriting yang cukup hebat sehingga prospek membeli produk/servis anda.
Namun, anda perlu ingat, walaupun pelanggan membeli menggunakan emosi, mereka akan nilai semula produk anda dengan fakta.
Kalau produk anda tak menyelesaikan masalah mereka, ini akan memberikan kesan buruk kepada bisnes anda untuk jangka panjang.
3. Promosi
“Promosi adalah salah satu aktiviti untuk menguar-uarkan produk atau servis yang ditawarkan, bertujuan untuk meningkatkan jualan bisnes.”
Artikel berkaitan: Contoh Promosi Produk Yang Sebenar Bantu Bisnes
Siapa yang tak suka promosi kan? Pelanggan biasanya akan beli produk anda bukan kerana produk semata-mata. Ada nilai-nilai lain yang mereka mahukan.
4. Testimoni
Menurut kajian, manusia bergantung kepada pendapat manusia lain apabila mereka tidak pasti tindakan yang perlu dilakukan. Seseorang itu cenderung untuk melihat review, testimoni atau feedback sebelum membeli.
Jadi, anda perlu dapatkan testimoni daripada pelanggan yang telah menggunakan produk/servis anda.
Testimoni boleh meningkatkan tahap kepercayaan prospek terhadap anda.
5. Call To Action
Fungsi CTA adalah untuk memberitahu prospek untuk take action lepas baca copywriting anda. Sekiranya tiada Call To Action, prospek tidak tahu apa langkah seterusnya sekiranya mereka berminat dengan produk/servis anda.
“Tindakan tu boleh jadi klik link ke, ajakan untuk datang kedai kita ke. Yang penting kita nak dia klik link kita tanpa banyak fikir.”
Artikel berkaitan: Cara Tulis Call To Action Yang Buat Prospek Terus Klik
Tak tahu macam mana nak buat copywriting yang boleh close sales?
Kami di Vennea boleh bantu! Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana dengan menghasilkan ayat-ayat copywriting yang converting dan pastinya berkualiti.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Semoga perkongsian kami kali ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menulis copywriting yang menarik dan dapat meningkatkan jumlah closing mahupun branding bisnes anda.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. 5 Tips Ayat Copywriting Yang Boleh Tarik Pelanggan Untuk Beli Produk Anda
2. Hasilkan Copywriting Berkualiti Dan Convert Dalam 5 Minit
3. 3 Langkah Mudah Hasilkan Copywriting Yang Proven Dan Convert