Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akaun Kalau Nak Mulakan Perniagaan

Nak buat bisnes memang senang. Tapi bagaimana nak uruskan bisnes atau perniagaan terutamanya dari segi kewangan?

Kalau anda nak tahu, kebanyakan orang yang memulakan perniagaan gagal bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama kerana kelemahan pengurusan kewangan dan pengurusan akaun.

Setiap perniagaan perlu mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan syarikat.

Ia penting untuk memastikan sesebuah perniagaan itu memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian dalam satu tempoh tertentu. Sekiranya akaun syarikat anda tidak dijaga dengan baik, anda mungkin akan mengalami masalah dengan cukai.

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang akaun kalau nak mulakan perniagaan.

1. Income Statement

Anda sebagai pemilik perniagaan perlu tahu cara untuk merekod perbelanjaan & pendapatan. Anda boleh pilih untuk rekod guna Google Sheet, Quickbooks, Microsoft Excel atau sebarang sistem yang berkaitan. 

Kerja-kerja merekod boleh dilakukan oleh anda sendiri, tetapi kalau anda rasa tidak yakin, anda boleh mengupah orang luar untuk buat recording. Semua recording perlu dibuat secara konsisten tanpa gagal. 

Anda boleh pilih untuk upah akauntan untuk uruskan kewangan syarikat anda daripada A-Z ataupun sekadar untuk akauntan melihat recording yang dah anda buat sebelum ini.

Upah akauntan ini penting kerana kita hanya manusia yang sering melakukan kesalahan. Jadi dengan adanya akauntan, mereka akan lebih teliti tentang masalah-masalah kewangan syarikat. 

Simpan resit original dalam satu file kerana auditor hanya akan lihat resit yang original sahaja ketika audit.

2. Balance Sheet

Balance sheet adalah penyata aset, liabiliti & modal perniagaan anda. Akauntan kebiasaannya menggunakan formula standard untuk buat Balance Sheet (aset = liabiliti + ekuiti pemilik)

Aset adalah apa sahaja yang bernilai milik syarikat anda contohnya cash. Liabiliti adalah hutang syarikat anda seperti kad kredit atau loan bank. Ekuiti pemilik adalah pelaburan pemilik di dalam syarikat contohnya modal perniagaan yang diletakkan oleh pemilik syarikat.

3. Nama bank/kad kredit mesti didaftarkan atas nama syarikat

Anda perlu buat akaun yang berasingan untuk akaun bank & kad kredit. Jangan sesekali masukkan pendapatan ke dalam akaun peribadi anda

Jangan beli stok syarikat dengan menggunakan kad kredit personal. Kalau anda gabungkan akaun syarikat dan akaun personal, sukar untuk anda bezakan. 

Secara tidak langsung anda mungkin akan jadi orang yg bertanggungjawab secara peribadi ke atas hutang atau liabiliti syarikat anda.

Semoga perkongsian kami dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan anda nanti. 

Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

1. Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

2. Bagaimana Website Berfungsi Untuk Sesebuah Bisnes?

3. 5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads
Ads

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads

GIFs, atau Graphics Interchange Format, adalah jenis fail gambar yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk animasi ringan. Dalam dunia marketing, GIFs sering digunakan …

Read More →
Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda
Ads

Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda

Iklan carousel atau carousel ads adalah sejenis iklan yang boleh digunakan pada platform pengiklanan Facebook. Kelebihannya adalah ia membolehkan anda menunjukkan beberapa gambar atau video …

Read More →
Kepentingan Penggunaan 'High Quality Image' Dalam Facebook Ads Anda
Ads

Kepentingan Penggunaan ‘High Quality Image’ Dalam Facebook Ads Anda

Penggunaan imej yang berkualiti tinggi (high quality image) dalam Facebook ads adalah penting kerana ia mampu membantu menarik perhatian audience dan meningkatkan prestasi ads. Imej …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

geram sebab testimoni tinggi sales tak ada
Copywriting

Ini Sebab Kenapa Testimoni Dah Banyak Tapi Sales Tak Meningkat

Testimoni dah banyak tapi sales tak meningkat?   Ramai orang tanya saya,   “Tuan Rahim, saya dah dapatkan testimony daripada pelanggan saya. Saya dah letak dalam iklan, saya dah letak dalam website kenapa sales tak meningkat?” Sebenarnya, tak semua review boleh tingkatkan jualan anda   Ini 3 sebab kenapa ia tak best, tak power. Terlampau

Read More »
6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads
Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

Facebook ads atau FB ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook.  Ia digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza. Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audience anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan. Facebook ads dipilih kerana statistik platform media sosial Facebook adalah seramai 24

Read More »
Website

3 Steps On How To Boost Your Website Performance

In today’s digital world, a website often makes the first impression. If your website takes forever to load, it doesn’t matter if you have the most complex and good-looking site. There are many reasons why your website may load slowly, but no matter what the cause is, we are going to show you 3 steps on how

Read More »
FB Ads

7 Bahan Utama Untuk Hasilkan Facebook Ads Yang Lebih Converting

Cara buat Facebook Ads sangat penting bagi memastikan ads ataupun iklan yang anda buat dapat capai audiens yang lebih berkualiti. Penggunaan Facebook Ads dalam perniagaan merupakan satu peluang yang sangat besar bagi mereka yang bergelar usahawan dalam mencari target pemasaran dan sasaran audiens yang lebih sesuai dan tepat. Dalam era teknologi sekarang di mana media

Read More »
Tips Story Telling Untuk Content Marketing
Marketing

4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Pada tahun 2021 ni, owner bisnes dah kena start bermain dengan content marketing untuk tarik audience yang baru. Berbanding hanya terus promote bisnes guna cara yang ‘hardsell’.   Sebab orang-orang sekarang dah tak suka pada iklan, tapi mereka LEBIH SUKA dengan content marketing. Bagaimanakah mahu menjadikan content anda terpilih di mata dan hati pembaca dari

Read More »
Pentingnya Kepuasan Pelanggan Untuk Bisnes Anda
Customer

Pentingnya Kepuasan Pelanggan Untuk Bisnes Anda

Kepuasan pelanggan dalam sesebuah bisnes adalah sangat penting untuk memastikan sales dan keuntungan anda sentiasa konsisten. Kepuasan pelanggan merujuk kepada kualiti pengalaman yang dialami oleh pelanggan itu sendiri, yang berkait rapat dengan keperluan dan expectation mereka. Biasanya, pelanggan yang melalui pengalaman yang baik akan berasa gembira kerana keperluan dan expectation mereka dapat dipenuhi. Itu antara

Read More »