Image of Blog Banner - 5 Sebab Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

5 Sebab Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

 

Media sosial kini mempunyai pengaruh yang besar dalam masyarakat kita. Apa yang menarik, terutamanya bagi usahawan dan peniaga adalah ia dapat membantu lebih ramai orang mengenali jenama anda dengan lebih dekat.

Ia juga dapat memberitahu kepada orang ramai tentang kewujudan anda di alam maya.

 

Antara platform yang sering digunakan ramai pada waktu ini ialah Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, dan Tiktok. Anda boleh manfaatkan kesemua atau salah satu platform untuk tujuan bisnes anda.

 

Media sosial merupakan salah satu strategi pemasaran yang amat berkesan jika diaplikasikan dengan cara yang betul.

 

Dengan menggunakan nya sebagai salah satu platform pemasaran, anda berpotensi untuk mendapatkan prospek baru.

 

Dengan kehadiran lebih ramai prospek, ia juga akan dapat meningkatkan jualan kerana lebih ramai pengguna mula mengenal dan mempercayai brand anda.

 

Pemasaran melalui media sosial bukan hanya untuk pasaran tempatan sahaja, malah ia amat sesuai untuk pasaran antarabangsa juga.

 

Jika dilihat, bukan sahaja peniaga kecil yang menggunakan nya untuk aktiviti pemasaran, malah syarikat-syarikat besar juga tidak ketinggalan untuk menggunakan nya juga bagi pemasaran brand mereka.

 

Hampir semua industri telah menggunakan media sosial sebagai strategi pemasaran mereka. Ini adalah kerana, mereka sedar bahawa,

ia adalah antara cara pemasaran yang terbaik pada era digital ini

 

Nak tahu lebih lanjut kenapa media sosial penting untuk bisnes anda? Jom baca sampai habis.

 

1. Media Sosial Salah Satu Alat Promosi Paling Relevan

Media sosial hari ini bukanlah sekadar platform untuk bersosial semata-mata. Penggunaannya sudah semakin meluas.

 

Selain itu, ia tidak memerlukan sebarang bayaran untuk anda mempunyai akaun seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya.

 

Untuk bisnes pula, media sosial merupakan alat untuk anda berkomunikasi serta melakukan promosi mengenai bisnes anda kepada pelanggan dengan cara paling berkesan.

 

Akaun media sosial anda boleh jadi perantara antara anda dan pelanggan.

 

Platform media sosial boleh digunakan secara pelbagai seperti kedai maya, katalog online dan sebagainya.

 

2. Lebih Dekat Dengan Pelanggan Melalui Media Sosial

Ini adalah cara yang paling tepat untuk berinteraksi dan bersosial dengan pelanggan.

 

Lebih banyak anda berkomunikasi dengan pelanggan, lebih banyak peluang untuk anda dapatkan sales.

 

Anda boleh gunakan konsep komunikasi dua hala di mana kedua-dua pihak menghantar dan memberi maklumat antara satu sama lain.

 

Ini bertujuan untuk anda dapat tahu keinginan dan minat pelanggan anda. 

 

Selain itu, komunikasi dan penglibatan dengan pelanggan adalah salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian mereka dan menyampaikan mesej tentang jenama anda kepada mereka.

 

Dengan cara ini, jenama anda akan dikenali oleh lebih ramai orang dan sekaligus akan memudahkan urusan penjenamaan anda di kemudian hari.

 

3. Meningkatkan brand awareness

Oleh kerana hampir separuh daripada populasi dunia kini menggunakan platform media seperti Facebook, Instagram, TikTok untuk meningkatkan brand awareness, maka amatlah rugi jika anda tidak mengambil peluang untuk dekati mereka melalui medium ini.

 

“60 peratus dari pengguna media sosial mengakui bahawa mereka menjumpai produk baharu yang mereka inginkan hanya melalui Instagram.”

 

Artikel berkaitan: Kenapa Sosial Media Amat Diperlukan Untuk Pemasaran

 

Terdapat 2 cara yang terbukti berkesan untuk memanfaatkan penggunaan akaun sosial media anda.

  1. cara berbayar
  2. cara organik

 

Untuk cara berbayar, anda akan mengeluarkan sejumlah wang untuk meningkatkan lagi brand awareness.

 

Contohnya seperti Facebook ads dan Instagram ads, anda akan menggunakan kedua-dua platform tersebut untuk boost content anda kepada audiens dengan tujuan brand awareness yang lebih luas dan spesifik.

 

Untuk cara organik, ia adalah cara yang percuma tetapi,

cara organik memerlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan brand awareness

 

 

Anda perlu sentiasa mengemas kini profil media sosial anda.

 

Anda juga perlu sering memuat naik content yang kreatif dan mampu menarik minat audiens untuk beriteraksi dengan anda.

 

Mencipta brand awareness bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Ia hanya memerlukan hala tuju, target dan strategi yang sesuai agar dapat membantu bisnes anda untuk terus berkembang.

 

Pemilihan strategi yang tepat dapat membantu pertumbuhan bisnes anda. Kehadiran anda sebagai usahawan mahupun peniaga di media media ini, adalah kunci yang akan menghubungkan anda dengan audiens dengan serta-merta.

 

4. Ambil Tahu Tentang Pesaing Anda

Anda perlu ambil tahu tentang pesaing anda untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat yang diperlukan untuk melangkah setapak lebih maju daripada pesaingnya. 

 

“Mengetahui jenis pesaing yang anda ada adalah penting untuk memahami strategi pemasaran yang paling berkesan untuk perniagaan anda.”

 

Artikel berkaitan: 5 Sebab Perniagaan Kecantikan Malaysia Perlu Tahu Pesaing Anda

 

Berikut adalah 3 sebab lain kenapa anda perlu ambil tahu tentang pesaing anda:

 

  1.  Memberi maklumat tentang harga mereka
  2.  Membolehkan anda untuk belajar dari kelemahan mereka
  3.  Mendedahkan kedudukan perniagaan mereka

 

5. Meningkatkan Jualan & Keuntungan

Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

Setiap kali anda meninggalkan mesej atau komen di media sosial, ia merupakan usaha untuk meningkatkan jenama anda di kalangan followers.

 

Setiap kali jenama anda diingati prospek, maka lebih mudah untuk anda melakukan jualan. Anda perlu sampaikan maklumat-maklumat berguna di media sosial supaya anda dapat followers yang meminati industri perniagaan anda.

 

Dengan bertambahnya pelanggan anda, ia sekaligus akan meningkatkan angka keuntungan anda.

 

Namun, anda perlu ingat bahawa platform ini adalah tempat untuk anda bersosial. Oleh itu, anda digalakkan untuk tidak menggunakan teknik hard selling.

 

Soft selling (penjualan secara halus) lebih sesuai kerana followers dapat bermesra dan menjalin hubungan dengan jenama anda. 

 

Nak kami bantu untuk tingkatkan jualan perniagaan anda melalui platform media sosial? Sudah semestinya!

 

Kami telah bantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.

 

Kami membantu perniagaan mereka dalam bentuk pengiklanan dengan menerapkan strategi pemasaran digital dengan tujuan untuk gandakan jualan.

 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, anda boleh hubungi kami untuk sesi konsultasi percuma

 

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda yang baru ingin menggunakan platform media sosial untuk bisnes anda. 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

 

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda
  2. Apa Itu Customer Lifetime Value Dan Seberapa Penting Bagi Business Anda?
  3. 3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tidak Menjadi?
Business

7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi

Anda tahu tak kenapa Facebook Ads yang anda buat tak menjadi? Adakah cara anda buat Facebook ads itu betul atau salah? Sebelum itu, anda perlu …

Read More →
Media Sosial

Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Ini terutamanya, dalam aspek penglibatan …

Read More →
6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu
Media Sosial

6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu

Media sosial mempunyai banyak kebaikan. Ia merupakan satu rangkaian komunikasi yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia. Menurut kamus dewan, media adalah alat perantara, komunikasi …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tidak Menjadi?
Business

7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi

Anda tahu tak kenapa Facebook Ads yang anda buat tak menjadi? Adakah cara anda buat Facebook ads itu betul atau salah? Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa pemilik bisnes kini sudah mulai menerapkan konsep digital marketing dalam perniagaan mereka dengan tujuan agar produk atau perkhidmatan mereka lebih dikenali masyarakat. Oleh itu anda tidak perlu risau

Read More »
Strategi Pemasaran
Business

3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal

3M inilah punca kenapa kempen dan strategi pemasaran tu ‘flop’ atau berjaya. “Saya dah plan macam-macam benda, saya dah susun elok-elok tapi akhirnya kempen ni tak menjadi.”   Saya tahu perasaan anda macam mana.   Saya sendiri pun pernah kerugian RM20 ribu! Hasil tak betul-betul faham fundamental.   Akhirnya, bila saya dah study macam-macam buku,

Read More »
Marketing Tanpa Database
Marketing

Cara Nak Buat Iklan Takaful Walaupun Anda Tak Ada Database

Macam Mana Nak Mula Marketing, Tanpa Database? Soalan yang biasa kita dengar dari mereka yang baru nak mula bisnes Takaful. Saya baru buat Takaful macam mana nak buat marketing tanpa database?   Di bawah ini, saya nak kongsikan 4 tip yang boleh anda gunakan. Anda tak perlu bimbang, kerana dengan berpandukan tip tip ini, anda

Read More »
Tips Story Telling Untuk Content Marketing
Marketing

4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Pada tahun 2021 ni, owner bisnes dah kena start bermain dgn content marketing untuk tarik audience yang baru. Berbanding hanya terus promote bisnes guna cara yang ‘hardsell’.   Sebab orang-orang sekarang dah tak suka pada iklan, tapi mereka LEBIH SUKA dengan content marketing. Bagaimanakah mahu menjadikan content anda terpilih di mata dan hati pembaca dari

Read More »
Beza Enterprise Dan Sdn Bhd Dan
Business

RAMAI LAGI RUPANYA YANG STILL CONFUSE PERBEZAAN SDN. BHD, ENTERPRISE & PLT

Setakat November 2020, lebih 1 juta syarikat telah didaftarkan di Malaysia di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  Ramai yang berkobar dan terlebih excited apabila ingin mendaftarkan bisnes atau company di SSM.   Ada yang jenis hentam saja tak ambil kira jenis-jenis syarikat yang ada di Malaysia untuk didaftarkan.  Ramai juga yang yang sudah lama berkecimpung dalam bisnes dan

Read More »
×