Bagaimana Website Berfungsi Untuk Sesebuah Bisnes?

Ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan laman web atau juga dipanggil website untuk diaplikasikan dalam perniagaan.

Ia diibaratkan seperti sebuah nama, brand dan platform yang dapat memperkenalkan perniagaan anda secara online dengan lebih meluas dan bersistematik. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya anda memiliki website untuk bisnes anda. 

Website diibaratkan seperti sebuah buku interaktif yang sentiasa berada di internet. Ia boleh diaplikasikan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai industri. Ia adalah laman maklumat yang boleh dicapai dan dipaparkan di mana mana sahaja dalam dunia ini asalkan seseorang itu mempunyai capaian internet.

Kewujudan sebuah website sangat berguna kepada mana-mana bisnes atau syarikat. Website boleh dianggap sebagai pamplet atau flyers yang biasa anda lihat sebelum ini.

Di dalamnya berisi maklumat, gambar, iklan dan sebagainya yang menerangkan tentang apa yang sesebuah bisnes itu tawarkan kepada anda. 

Jadi, bagaimanakah website ini berfungsi untuk sebuah bisnes?

1. Tingkatkan kepercayaan

Website mencipta gambaran positif tentang bisnes anda. Pelanggan akan pandang bisnes anda lebih profesional dibandingkan bisnes yang hanya mempunyai akaun media sosial.

Dengan kewujudan website untuk bisnes anda, prospek dan bakal pelanggan akan lebih yakin untuk berurusan dengan anda. Keyakinan pelanggan mampu untuk mengubah penilaian seseorang untuk membuat keputusan sama ada ingin membeli atau tidak produk dan servis anda. 

“Kepercayaan merupakan sebab #1 seseorang membeli atau tidak dari laman web kita.”

Artikel berkaitan: Keyakinan Pelanggan Untuk Membeli Dari Anda

Memupuk kepercayaan dalam kalangan pelanggan anda adalah satu kemestian. Anda boleh berkongsi tentang kelebihan produk dan servis di website anda. 

Dengan mempamerkan kelebihan produk anda, sekaligus anda telah membantu meyakinkan pelanggan. Apabila pelanggan sudah mulai yakin, mereka tidak akan teragak-agak untuk membeli dengan anda.

Apabila anda sebagai usahawan mahupun peniaga telah berjaya mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan, perniagaan anda pasti akan dapat lebih banyak pelanggan.

Walaupun anda sudah muncul di radio, televisyen mahupun surat khabar, selagi bisnes anda tidak mempunyai website yang dibina secara profesional, kredibiliti anda akan dilihat rendah.

2. Media Pengiklanan

Pemasaran produk dan perkhidmatan adalah amat penting bagi semua jenis bisnes. Pemasaran bererti memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tanpa sistem pemasaran yang sistematik, produk yang baik tidak dapat dipasarkan dengan meluas dan merugikan pihak yang menghasilkan produk tersebut. 

Website berfungsi untuk menunjukkan maklumat berkaitan dengan perniagaan anda. Oleh itu, anda perlu menggunakan teknologi ini sebaiknya untuk menambahkan trafik ke website anda. 

Ramai usahawan dan peniaga menggunakan servis ads di Facebook, Instagram dan sebagainya. Anda boleh membawa pelanggan-pelanggan anda ke website anda supaya mereka tertarik untuk melakukan urusan jual beli dengan anda.

3. Menjawab soalan-soalan lazim

Soalan-soalan lazim atau juga dipanggil FAQ (Frequently Ask Question) merupakan salah satu elemen penting dan tidak dapat dipisahkan dari website. Ini kerana, FAQ menawarkan banyak fungsi serta manfaat yang akan membuat perniagaan anda semakin maju.

Pasti anda akan merasa bosan untuk menjawab soalan-soalan lazim yang  ditanya oleh pelanggan ada.

Oleh itu, anda boleh menyediakan FAQ (Frequently Asked Questions) di website dan ia akan mempermudahkan perniagaan serta pelanggan anda.

FAQ yang paling efektif adalah FAQ yang senang dinavigasi, memberikan informasi yang jelas dan ringkas, serta mudah diakses. Dengan adanya FAQ yang efektif, ia akan mendorong pelanggan untuk membeli produk yang anda tawarkan.

Bayangkan sekiranya pelanggan anda adalah orang-orang yang tidak mempunyai masa untuk lihat dan scroll website anda. Tanpa adanya FAQ, sukar untuk mereka menemukan maklumat tentang perniagaan anda dalam waktu yang singkat. 

4. Mempamer produk, servis & promosi

Website berfungsi sebagai tempat untuk mempamerkan apakah tawaran yang bisnes anda ingin tunjukkan kepada orang ramai. 

Perkara ini sangat menarik kerana anda boleh membantu pelanggan atau bakal pelanggan anda supaya mereka boleh menerokai apakah produk yang anda jual dan servis apakah yang anda tawarkan. Mereka juga boleh mengenali apakah latar belakang syarikat anda.

Pembeli sekarang sudah lebih bijak. Mereka akan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum membeli sebarang produk.

Anda sebagai usahawan dan peniaga perlu memberi jawapan kepada mereka dengan menyediakan website dengan maklumat penting agar pelanggan anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat sebelum membeli daripada anda.

5. Proses jual beli secara online

Dunia teknologi zaman ini menjadikan media sosial sebuah medium yang berpotensi dalam urusan jual beli secara online. Keuntungan boleh mencecah kadar yang besar dan tinggi apabila berjayanya sesuatu pemasaran yang dibuat.

Pembelian secara online kini semakin dipercayai dan digunakan oleh ramai orang di Malaysia.

Sebahagian daripada mereka lebih gemar menggunakan platform seperti Shopee, Lazada untuk membeli barangan yang mereka inginkan kerana harga yang lebih rendah, pelbagai pilihan dan lebih mudah berbanding membeli barang secara fizikal.

Oleh itu anda sebagai usahawan dan peniaga perlu menaik taraf cara anda berjual beli dengan menggunakan platform jual beli secara online ini atau e-commerce.

Bukan itu sahaja, pembelian secara online juga membantu anda untuk mengira transaksi dengan lebih teratur dan mudah dengan adanya sistem pengiraan yang senang serta murah untuk digunakan dalam bisnes anda.

Sangatlah rugi jika anda tidak mahu mengikut peredaran zaman. Jadi, jangan biarkan diri anda ketinggalan jauh disebabkan anda tidak mahu mula dari sekarang.

Masih keliru dan tak tahu macam mana nak mula untuk bina website atau sales page? Serahkan saja pada kami.

Sudah lebih 100 sales page telah kami bina dan bantu para usahawan untuk capai target jualan mereka sehingga mencecah 6 angka.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.

Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!

Kesimpulannya, kewujudan sebuah website adalah sangat penting bagi bisnes anda. Dengan adanya website, info produk dan servis anda akan diterangkan secara lebih efektif dan teratur. 

Walau bagaimanapun, anda harus pastikan website anda direka secara profesional, berfungsi sepenuhnya dengan kelajuan muat turun yang pantas dan penuh dengan content yang kreatif dan berkualiti.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat terutamanya buat usahawan dan peniaga untuk memajukan lagi bisnes anda. 

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 6 Perkara Penting Yang Perlu Ada Pada Website Anda
  2. 5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda
  3. 7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Business

6 Rahsia Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial

Perkara yang paling mahal dalam sesebuah content adalah idea. Anda perlu tahu bahawa untuk mendapatkan sesebuah content media sosial yang menarik dan engaging bukanlah sesuatu …

Read More →
Design

Mengapa Penggunaan Grafik Penting Untuk Perniagaan Anda

Grafik terdiri daripada bahan visual yang memberi ringkasan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar. Grafik juga boleh menjadi satu …

Read More →
Website

5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing

Laman web sering disebut-sebut sebagai holy grail kepada digital marketing. Hampir semua perniagaan dinasihatkan untuk memiliki laman web agar strategi pemasaran digital atau digital marketing …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

Tips Story Telling Untuk Content Marketing
Marketing

4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Pada tahun 2021 ni, owner bisnes dah kena start bermain dgn content marketing untuk tarik audience yang baru. Berbanding hanya terus promote bisnes guna cara yang ‘hardsell’.   Sebab orang-orang sekarang dah tak suka pada iklan, tapi mereka LEBIH SUKA dengan content marketing. Bagaimanakah mahu menjadikan content anda terpilih di mata dan hati pembaca dari

Read More »
Business

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

6 Rahsia Cipta Brand Bisnes  Bisnes Anda Brand awareness atau kesedaran jenama adalah istilah yang digunakan dalam dunia pemasaran.   Ia menggambarkan kemampuan pelanggan mahupun bakal pelanggan untuk mengenali dan mengalami pengalaman mereka sendiri ketika mendapatkan produk atau perkhidmatan bagi sesebuah perniagaan.   Mewujudkan brand awareness merupakan langkah penting dalam mempromosikan produk baru.   Ia

Read More »
Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal
Business

4 Rahsia Menjual Di Media Sosial Tanpa Sebarang Modal

Penggunaan Media Sosial  Menurut kajian, penggunaan media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia purata lima jam empat puluh tujuh minit sehari di media sosial.    Pandemik COVID-19 membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyakarat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini.   Sumber dari

Read More »
Business

6 Rahsia Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial

Perkara yang paling mahal dalam sesebuah content adalah idea. Anda perlu tahu bahawa untuk mendapatkan sesebuah content media sosial yang menarik dan engaging bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, sudah ramai pengguna dan juga pesaing di media sosial yang sudah semakin bijak dan pandai menghasilkan content yang engaging untuk mempromosikan produk, jenama mahupun perniagaan mereka. 

Read More »
7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda
Business

7 Jenis Objektif Untuk Facebook Ads Anda

Objektif Facebook Ads Yang Anda Perlu Tahu  Objektif Facebook Ads yang anda perlu tahu dan harus gunakan ada 7. Jika anda mampu menguasai pengunaan ke 7 objektif ini, iklan anda sudah pasti akan berhasil.   Berikut kami kongsikan 7 jenis objektif untuk Facebook ads yang anda perlu tahu. Brand Awareness Reach Engagement Traffic Conversion Video

Read More »
×