6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

Brand awareness atau kesedaran jenama adalah istilah yang digunakan dalam dunia pemasaran.

Ia menggambarkan kemampuan pelanggan mahupun bakal pelanggan untuk mengenali dan mengalami pengalaman mereka sendiri ketika mendapatkan produk atau perkhidmatan bagi sesebuah perniagaan.

Mewujudkan brand awareness merupakan langkah penting dalam mempromosikan produk baru.

Ia juga mampu menghidupkan semula jenama yang lama.

Produk atau perkhidmatan yang mengekalkan brand awareness yang hebat serta berkesan akan menjana lebih banyak jualan.

Menurut sumber, purata tempoh rakyat Malaysia melayari media sosial adalah sangat tinggi iaitu 6.6 jam sehari.

Tidak hairanlah sekiranya syarikat-syarikat kini membelanjakan kos yang tinggi dan tenaga yang banyak untuk mempromosikan brand awareness di platform media sosial.

6 Tips Mudah Untuk Bina Brand Awareness:

1. Nama Produk Yang Senang Diingat

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

Pemilihan nama yang baik mewakili imej dan akan menggambarkan bisnes anda. Memberi nama kepada produk anda bukanlah sesuatu yang formal atau terbatas.

Prinsipnya senang sahaja.

Apabila anda ingin nama yang sedap disebut, mudah terpahat di minda dan di hati semua orang, nama produk anda perlulah senang untuk dihafal.

Nama produk yang baik perlu membantu meningkatkan penjualan. Ia juga harus mengembangkan jenama anda.

Nama produk yang baik juga perlulah menggambarkan keperibadian di sebalik identiti jenama anda.

Elakkan perkataan yang dieja secara berbelit. Melainkan jika anda ingin menjual barangan dari Jerman. Ia mungkin disengajakan bagi memberi faktor identiti.

Kami faham pemilihan nama tidak datang sekelip mata. Oleh itu, beri masa dan ruang buat diri anda untuk membuat pilihan.

2. Konsep Dan Idea Yang Unik

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

Menghasilkan konsep dan idea unik yang mampu menunjukkan perbezaan jenama anda dengan pesaing.

Anda boleh menggunakan konsep viral marketing iaitu sebuah content marketing yang sedang popular pada masa kini.

Viral adalah ledakan maklumat tanpa sempadan dan had.

Contentnya boleh daripada bermacam-macam jenis seperti gambar, video, artikel, dan sebagainya. Kebaikan viral marketing ini adalah untuk pemasaran perniagaan anda.

Kini, telah banyak perniagaan yang menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk menjual barang serta melariskan sesuatu produk.

3. Slogan Yang Efektif

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

“Slogan yang baik dan efektif merupakan slogan yang mampu memberi perbezaan antara perniagaan anda dan pesaing-pesaing. Slogan juga perlu straight to the point dan memberi impak kepada mereka yang membaca.”

Artikel berkaitan: Slogan perniagaan anda

Selain itu, slogan yang baik adalah yang unik, spesifik, dan memberi impak supaya orang ramai ingin menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

Berikut kami kongsikan:

4 jenis faktor yang perlu ada dalam sebuah slogan yang kreatif:

  1. Mudah
  2. Penggunaan emosi
  3. Menawarkan sesuatu
  4. Penggunaan kata berulang

1. Mudah

Anda tidak perlukan slogan yang panjang untuk membina slogan. Anda hanya perlukan slogan yang mudah untuk diingati.

2. Penggunaan emosi

Untuk menjadikan slogan anda lebih menarik, anda boleh menggunakan perkataan yang menyentuh emosi. Contoh, “Nak, mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah.” 

3. Menawarkan sesuatu

Slogan anda perlu menyatakan apa yang mampu ditawarkan oleh produk anda. Contoh, “Sabella baju viral tanpa gosok.”

4. Penggunaan kata berulang

Terdapat juga perniagaan yang menggunakan kata-kata atau bunyi akhir perkataan yang berulang untuk memudahkan ia diingati. Ada juga menggunakan pengulangan nama produk contoh seperti produk “D’Herbs Terlajak Laris.”

4. Logo Yang Berkaitan Dengan Jenama Produk

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

“Logo adalah lambang atau identiti visual yang memperkenalkan jenama. Apabila logo anda berjaya mendapat tempat di mata dan ingatan orang ramai, jenama anda akan mudah dikenali dan dipilih di antara banyak jenama yang lain.”

Artikel berkaitan: Apakah Kriteria Logo Yang Baik Untuk Syarikat Anda?

Berikut adalah antara 5 prinsip logo yang efektif:

  1. Scalable
  2. Mudah diingati
  3. Versatile
  4.  Relevan

5. Promosi

Mempromosikan perniagaan adalah salah satu perkara paling penting yang mesti dilakukan setelah membuka perniagaan baru. Ia bertujuan untuk memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan memastikan produk perniagaan anda dikenali ramai. 

Cara berkesan untuk mempromosikan perniagaan anda adalah dengan pengiklanan berterusan yang boleh dilakukan secara online mahupun offline. Ia juga boleh dilakukan secara percuma atau melalui iklan berbayar.

6. Platform Media Sosial

6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda

Untuk meningkatkan brand awareness, anda memerlukan platform media sosial kerana hampir semua orang memiliki platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya.

Mereka pasti akan mengaksesnya setiap hari. Platform media sosial ini akan dapat membantu pengguna untuk mengetahui apakah produk atau brand yang anda jual dan secara tidak langsung dapat meningkatkan leads serta penjualan bisnes anda. 

Terdapat 2 cara terbaik untuk memanfaatkan penggunaan akaun media sosial iaitu dengan cara berbayar dan organik.

Untuk cara yang berbayar, anda akan mengeluarkan sejumlah wang untuk menjangkau audiens yang anda targetkan agar mampu meningkatkan brand awareness.

Contohnya seperti Facebook ads dan Instagram ads, anda akan menggunakan kedua-dua platform tersebut untuk boosting content anda kepada audiens dengan tujuan brand awareness yang lebih luas dan spesifik tentunya.

Untuk cara organik, ia adalah cara yang percuma tetapi pastinya cara ini memerlukan usaha yang lebih untuk mendapatkan brand awareness.

4 tips untuk anda manfaatkan penggunaan media sosial secara organik:

  1. Gunakan profile picture pada media sosial anda
  2. Tulis bio yang bersesuaian dengan produk/servis anda
  3. Tambah nombor yang boleh dihubungi
  4. Aktif berinteraksi dengan audiens anda

Mencipta brand awareness bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Anda hanya perlu tahu tujuan, target dan strategi yang sesuai agar dapat membantu bisnes anda untuk terus berkembang.

Pemilihan strategi yang tepat akan membantu pertumbuhan bisnes anda dengan cara meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan brand anda.

Terdapat 3 peringkat untuk meningkatkan brand awareness:

  1. Brand Recognition
  2. Brand Recall
  3. Top Of Mind

1. Brand Recognition (Pengenalan Jenama)

Brand recognition atau disebut aided recall, adalah kemampuan pelanggan untuk mengenali sesuatu produk ketika mereka melihat produk tersebut.

Pelanggan belum tentu akan mengingat nama produk anda, tetapi mereka akan mengenalinya ketika melihat visual dari produk anda seperti logo, slogan, ataupun warna.

2. Brand Recall (Mengingatkan kembali)

unaided recall atau bermaksud kemampuan pelanggan untuk mengingat nama sesebuah jenama dari memori mereka berdasarkan kategori produk.

Pada peringkat ini, pelanggan hanya perlu mendengar kategori produk atau melihat sekilas sesebuah produk itu untuk mengingat jenama produk tersebut.

Jika brand anda sudah ada pada posisi ini, bermaksud pelanggan atau bakal pelanggan anda sudah memiliki simpanan ingatan tentang brand anda.

Kemampuan seseorang untuk mengingati brand anda dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti loyalty.

3. Top of Mind (Puncak)

Top of mind bermaksud brand atau produk tertentu yang muncul pertama kali di fikiran pelanggan ketika mereka sedang memikirkan kategori tertentu.

Tak tahu macam mana nak cipta brand awareness bisnes anda?

Kami di Vennea akan bantu! Kami telah bantu ramai usahawan di luar sana meningkatkan hasil jualan mereka dan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.

Kami membantu perniagaan mereka dalam bentuk pengiklanan dengan menerapkan strategi pemasaran digital dengan tujuan untuk gandakan jualan.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk berhubung dengan pakar pemasaran kami.

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. Apa Itu Customer Lifetime Value Dan Seberapa Penting Bagi Business Anda?
  2. Cara Keluarkan Unique Selling Proposition (USP) Produk Anda
  3. Kesalahan Dalam Industri Pemasaran Digital

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :