Pernahkah Anda mendengar tentang customer lifetime value?
CLV ialah anggaran keuntungan yang kita akan dapat pada masa hadapan dengan pelanggan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai nilai kewangan yang syarikat jangka akan dapat dari pelanggan.
Apa Pentingnya Customer Lifetime Value?
Dengan CLV, anda dapat kategorikan pelanggan anda berdasarkan nilai yang mereka bawa. Anda lebih fokus kekalkan pelanggan yang sedia ada daripada mencari pelanggan baru. CLV juga membantu untuk :

Mengetahui seberapa banyak modal yang anda harus keluarkan untuk menjaga hubungan dengan pelanggan yang menguntungkan.

Mengenalpasti pelanggan yang paling menguntungkan.

Lebih fokus untuk mempelajari dan mengetahui keinginan dan keperluan pelanggan.

Mengenalpasti produk yang menguntungkan
Dengan semua data ini, anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat untuk meningkatkan keuntungan serta menaikkan perniagaan anda.
CLV hanya dapat digunakan dengan maksimum sekiranya syarikat mempunyai sistem pengurusan pelanggan yang mencukupi seperti pemasaran untuk mendapatkan pelanggan baru, pemasaran semula kepada pelanggan pertama dan program untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan.
Lalu, bagaimana jika CLV pelanggan anda masih rendah?
Jangan risau, CLV bukan nilai yang tetap.Apa komen anda?