Strategi Pemasaran

3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal

3M inilah punca kenapa kempen dan strategi pemasaran tu ‘flop’ atau berjaya.

“Saya dah plan macam-macam benda, saya dah susun elok-elok tapi akhirnya kempen ni tak menjadi.”

 

Saya tahu perasaan anda macam mana.

 

Saya sendiri pun pernah kerugian RM20 ribu! Hasil tak betul-betul faham fundamental.

 

Akhirnya, bila saya dah study macam-macam buku, pergi macam-macam kelas, di dalam dan luar negara, dah entertain client lebih dari 4 buah negara dalam Asia Tenggara, barulah saya jumpa yang pokok pangkalnya, hanya bergantung pada 3M ini SAHAJA.
 

1st M: Market

M yang pertama adalah MARKET

Anda WAJIB kenal siapa target market anda

 

Kenal macam anda kenal member. Kenal yang bila saya sebut siapa target market anda, anda boleh nampak depan mata anda siapa target market anda.

 

Anda tahu apa masalah dia, apa kehendak dia, apa keinginan dia, apa impian dia, kenapa orang tu nak beli produk tu dengan anda.

 

Anda kenal sampai macam tu sekali, barulah anda betul-betul kenal target market anda.

Itu yang pertama.

2nd M: Message

Yang kedua adalah MESSAGE

Mesej apa yang kita nak sampaikan kepada target market kita untuk mereka rasa tertarik nak beli produk kita.

 

Ada beberapa cara buat copywriting

  •  Headline
  • Cara buat video atau poster
  • Attention, mesej mestilah dapatkan perhatian target market anda.

 

Kalau mesej pemasaran anda gagal dapatkan perhatian mereka, maka gagal lah kempen dan strategi pemasaran tersebut.

 

Itu M yang kedua dan ketiga. MARKET dan MESSAGE

3rd M: Medium

M yang ketiga ialah MEDIUM.

Medium ni adalah saluran ataupun bagaimana mesej anda disampaikan kepada target market anda

 

That’s why penting untuk anda tahu dekat mana sebenarnya target market anda berada dan apakah medium pemasaran terbaik untuk sampaikan mesej tersebut kepada target market anda.

 

Saya bagi contoh dalam blog post sebelum, ubat sakit lutut.

 

Contoh:

 

Saya jual ubat sakit lutut, dan saya tahu target market saya adalah orang yang berumur 55 tahun ke atas.

 

Mesej pun saya dah buat betul, saya dah tunjukkan testimoni, pengguna ubat sakit lutut ni berjaya solat tanpa ada rasa tak selesa, rintangan, halangan, senang nak sujud dan rukuk, tak payah nak duduk atas kerusi.

 

TAPI,

 

Saya buat iklan tersebut dekat TikTok

 

Dah tentu target market saya tak ada dekat TikTok.

 

Itulah contohnya dimana market dah betul, mesej dan betul.

 

Tapi MEDIUM anda menyampaikan mesej kepada market anda, salah.

 

Jadi, cuba anda periksa balik dalam kempen pemasaran anda, mana satu antara 3M ni, ‘flop’?

 

Kalau menjadi kempen pemasaran anda, mestilah hasil daripada 3M ini (Market, Message, Medium), berjaya.

 

Jadi formula dia macam ni,

 

The Right Target Market,

  1. Combine with the Right Message,
  2. Using the Right Medium,
  3. Will give you MILLIONS.

 

Komen pendapat anda jika anda rasa post kali ini membantu.

 

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :