Media sosial mempunyai banyak kebaikan. Ia merupakan satu rangkaian komunikasi yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia. Menurut kamus dewan, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan.
Media sosial kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan. Penggunaan media sosial kini tidak terhad. Ia bukan sekadar bahan interaksi dan komunikasi tetapi dapat digunakan dengan lebih meluas dalam bidang perniagaan, keagamaan, aktiviti kebudayaan, perubatan, politik dan sebagainya.
Media sosial juga merupakan medium yang memberikan keuntungan besar terutamanya buat pemilik perniagaan kerana ia merupakan cara mudah untuk pengguna berkomunikasi dengan produk dan jenama bisnes selain mewujudkan keyakinan daripada pelanggan.
Oleh itu, penting untuk kekalkan media sosial supaya tidak sendu agar mudah untuk pelanggan jadikan sebagai rujukan sekiranya mereka hendak membeli produk anda.
Berikut kami kongsikan 6 cara untuk upgrade media sosial anda supaya tak sendu.
1. Fokus kepada satu platform sahaja
Kebanyakan usahawan dan peniaga merasakan keperluan untuk wujud dan aktif di semua platform media sosial untuk mencapai objektif pemasaran mereka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka tidak ambil peduli betapa sukarnya untuk membina followers di semua platform media sosial kerana pada hakikatnya media sosial bukan hanya terletak pada bilangan followers yang ramai.
Anda tidak perlu untuk membina dan mencari followers di setiap platform media sosial. Anda hanya perlu pilih satu platform yang paling efektif untuk perniagaan anda.
Selepas memilih platform yang sesuai, anda perlu mengeluarkan content yang berkualiti, konsisten dengan mesej yang betul. Anda perlu menyampaikan tawaran atau promosi anda tanpa terlihat terlalu menjual.
Sebenarnya, menguruskan semua platform media sosial dengan jenis content yang berbeza, audiens yang berbeza dan algoritma yang berbeza tidak berbaloi dengan masa anda (terutamanya jika perniagaan anda masih di peringkat awal).
Justeru, menguasai satu platform media sosial sudah mencukupi. Lebih banyak masa dan tenaga yang anda luangkan untuk satu media sosial, lebih banyak kejayaan yang anda akan dapat untuk media sosial tersebut. Kuatkan personal branding, kumpul audiens dan followers di satu tempat dahulu. Bila dah kuat, baru ke platform yang lain.
2. Content yang berkualiti
Media sosial adalah medium yang penting untuk mempromosikan perniagaan anda. Tanpa strategi yang berkesan, anda berisiko ketinggalan di belakang berbanding pesaing-pesaing anda yang lain. Oleh itu, anda perlu memanfaatkan media sosial anda dengan menghasilkan content yang menarik dan berkualiti agar pelanggan anda akan sentiasa engage dengan profil anda sama ada di Instagram atau Facebook mahupun di platform media sosial yang lain.
Content yang menarik akan membantu meningkatkan penjualan dan mengekalkan pelanggan untuk setia dengan jenama anda. Content anda perlulah asli, menghiburkan, dan sesuai dengan keperluan audiens perniagaan anda.
Jadi diri sendiri dan pertimbangkan apa yang menjadikan jenama anda unik. Jangan lupa untuk tonjolkan USP (Unique Selling Proposition) produk anda dengan cara yang kreatif.
“Nak buat content yang menarik bukanlah semudah yang disangka tetapi dengan perancangan dan kreativiti yang betul, anda pasti akan berjaya. Jangan stres-stres. Pastikan content anda juga menyeronokkan untuk pengikut anda.”
Artikel berkaitan: 5 Cara nak Tingkatkan Content Marketing Media Sosial Anda
3. Bersosial & bukan hanya menjual
Tidak dinafikan media sosial merupakan platform untuk mempromosikan tentang produk anda. Namun, anda tidak boleh lupa tujuan sebenar media sosial diwujudkan iaitu untuk bersosial.
Platform media sosial adalah tempat untuk orang bersantai dan untuk merehatkan fikiran daripada kesibukan pekerjaan atau lain-lain.
Apabila anda selalu post mengenai produk anda secara hard-selling di media sosial, ia akan membuatkan audiens jadi malas dan menyampah untuk tengok page anda. Malah, ia membuatkan anda mudah untuk hilang followers. Sekiranya anda terus mempromosikan produk anda dengan cara yang sama tanpa sebarang kreativiti, sukar untuk anda menarik perhatian pelanggan anda.
4. Konsisten
Konsisten adalah sesuatu yang penting dalam membuat marketing terutamanya di media sosial. Ini adalah supaya bisnes anda kekal releven serta dikenali umum. Walau bagaimanapun, ramai usahawan masa kini tidak konsisten apabila melakukan marketing.
Mungkin ada yang memiliki masalah kekangan masa, tiada kemahiran IT, tiada kepakaran dalam grafik atau seni copywriting yang dimiliki adalah lemah. Perkara seperti ini akan memberikan impak yang kurang baik terhadap media sosial bisnes anda. Tidak kira apa jua produk atau servis sekalipun, ia bukan sahaja membuatkan page anda kelihatan tidak profesional, malah jualan perniagaan anda akan semakin menurun dan boleh mengakibatkan perniagaan muflis kerana tidak dikenali ramai.
Oleh itu, anda perlu sentiasa konsisten dengan mesej pemasaran produk anda supaya orang akan lebih mengenali dan mengingati mesej dan jenama perniagaan anda. Kalau anda sekadar memasarkan produk di media sosial 3 atau 4 kali sahaja, audiens tidak akan tahu bisnes apa yang anda tawarkan.
Tiada masa untuk uruskan media sosial anda secara konsisten? Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam digital marketing dan perniagaan, Vennea merupakan pakar dalam menguruskan media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia.
Selain daripada pengurusan yang kemas teratur, akaun media sosial anda pasti akan lebih ‘up-to-date’ dan diselaraskan dengan trend terkini.
Jom uruskan bisnes anda dengan kaedah lebih mudah dan bijak bersama Vennea! Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
5. Komunikasi dengan pelanggan
Komunikasi yang baik dengan pelanggan adalah kunci kepada perniagaan yang berjaya.
Berkomunikasi dan memberi respon kepada pelanggan boleh membantu untuk menguatkan hubungan anda dengan pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada. Bukan itu sahaja, perniagaan anda juga akan nampak nampak lebih real dan sekaligus akan memberi kepercayaan dan pandangan positif kepada pelanggan.
“Jenama yang bersosial dan berinteraksi dengan peminat dan pengikutnya menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pengiktirafan jenama dan membantu mewujudkan hubungan yang bermakna dengan peminat anda juga.”
Artikel berkaitan: Pelajari 4 Cara Terbaik untuk Menjual Produk Melalui Media Sosial
6. Paid ads
Sejak kemunculan internet, iklan berbayar atau paid ads telah mengubah industri periklanan. Iklan tidak lagi terbatas pada gambar yang ada di papan iklan. Iklan sekarang dapat disesuaikan untuk menarik individu, lokasi dan minat mereka secara spesifik.
Selain dari berita semasa, media sosial kini sudah menjadi pasar moden untuk semua orang membeli belah. Untuk pemilik bisnes, Facebook dan Instagram adalah antara lubuk untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dan servis. Untuk mesej dan produk anda sampai kepada lebih ramai orang, paid ads adalah alternatif terbaik.
Semoga perkongsian ini akan membantu anda untuk terus aktif memasarkan perniagaan di media sosial.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: