Elakkan 7 Perkara Ini Dalam Marketing
Menceburi dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan banyak cabaran mental dan juga fizikal.
Untuk berjaya dalam dunia perniagaan, sangat penting bagi usahawan atau pemilik bisnes untuk mempunyai ilmu pengetahuan marketing.
Sebagai seorang pemilik bisnes, anda perlu melakukan persediaan yang rapi.
Ini untuk memastikan hala tuju anda tidak tersasar dan perniagaan anda tidak mengalami risiko kerugian.
Boleh dikatakan hampir setiap hari anda akan lihat bermacam-macam jenis produk dan servis yang dipromosikan di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan sebagainya.
Hal ini secara tidak langsung menyebabkan sesetengah pemilik bisnes sukar untuk mendapatkan pelanggan.
Untuk mengelakkan daripada mengalami sebarang kerugian, berikut kami kongsikan 7 perkara pemilik bisnes perlu elakkan dalam marketing:
- Branding yang lemah
- Nak keputusan dengan cepat
- Kekurangan kaki tangan yang berpengalaman
- Tidak fokus
- Fahaman yang salah
- Tidak konsisten
- Kurang keyakinan diri
1. Branding Yang Lemah Dalam Marketing
Branding ataupun penjenamaan produk adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes. Tidak kiralah bisnes anda kecil atau besar.
Brand adalah sangat penting untuk membina kepercayaan sebelum menjual.
Namun, sehebat mana pun produk anda, jika branding anda lemah, ia hanyalah sia-sia. Ini kerana, tiada siapa pun yang akan ingat jenama anda
Apabila ini berlaku, tiada siapapun yang akan kenal apatah lagi datang membeli.
Branding yang berjaya adalah dengan menggalakkan pemberitahuan mengenai kekuatan produk anda.
Secara mudahnya, brand bisnes anda adalah apa yang anda janjikan kepada pelanggan.
Bagi pemilik bisnes ataupun usahawan, personal branding sangat penting kerana ia:
- Memberi kepercayaan terhadap bisnes anda
- Membantu meningkatkan jualan dalam jangka masa panjang
- Menarik minat orang yang ingin berbisnes dengan anda
- Menarik minat orang untuk bekerja dengan anda
- Membantu mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap bisnes
Sekiranya anda tak bina branding anda bermula dari sekarang, bisnes anda mungkin akan tenggelam akibat persaingan daripada brand yang lain.
2. Nak Keputusan Cepat
Marketing adalah sebuah proses mengenalkan produk agar diketahui oleh orang ramai.
Marketing memerlukan masa untuk mendapatkan hasil.
- Jangan bandingkan diri anda dengan orang yang sememangnya sudah berjaya.
- Beri masa kepada diri anda untuk terus tingkatkan ilmu perniagaan dan pemasaran.
- Jangan jadikan diri anda stress kerana terlalu mengejar kejayaan.
Apa yang penting anda seronok dengan apa yang anda buat.
Pada masa yang sama anda terus maju ke depan dalam bisnes yang sedang anda usahakan.
Anda perlu sedar bahawa perkara yang hebat bermula dengan langkah yang kecil.
Pastikan anda memperoleh kejayaan demi kejayaan walaupun ia kecil. Raikan kejayaan yang kecil dan sudah pastinya anda boleh mencipta kejayaan yang lebih besar.
3. Kekurangan Kakitangan Yang Berpengalaman Dalam Marketing
Dalam perniagaan, team yang kekurangan kakitangan berpengalaman akan menghadapi masalah.
Ia boleh membawa kepada prestasi bisnes yang lemah dan sukar untuk dikenal pasti.
Team yang kekurangan kakitangan berpengalaman berisiko sama seperti team yang tidak terjamin kredibilitinya.
Team pemasaran direka untuk mencapai target audiens, mencipta produk baharu dan mengukur kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Jika team pemasaran anda kekurangan kakitangan berpengalaman atau gagal mencapai tahap kredibiliti dan kepakaran yang diingini, ia akan memberikan perspektif yang tidak baik kepada pelanggan.
4. Tidak Fokus
Kami faham kesukaran anda untuk fokus terutamanya apabila anda baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Semangat anda berkobar-kobar untuk mencuba semua perkara sehingga tidak tahu yang mana satu perlu diberi perhatian.
Kita biasa dengar orang sekeliling anda membuka satu bisnes. Selang beberapa tempoh, mereka membuat keputusan untuk membuka bisnes yang lain dan akhirnya bisnes tersebut gulung tikar.
Ini merupakan salah satu punca mengapa sesetengah usahawan dan pemilik bisnes masih tersekat di satu-satu level.
Ini adalah kerana mereka tidak tahu apa yang perlu difokuskan dalam perniagaan mereka.
5. Fahaman Marketing Yang Salah
Rata-rata orang yang masuk ke dalam dunia perniagaan mempunyai stigma atau pandangan tersendiri.
Pandangan ini tertanam di dalam diri tentang bisnes mahupun marketing.
Kesalahan yang sering dilakukan oleh sesetengah usahawan ataupun pemilik bisnes adalah melihat marketing sebagai tempat membuat duit.
Ini adalah fahaman yang salah kerana tugas utama marketing adalah ingin membuat orang tahu dan nampak tentang bisnes atau produk anda.
Apabila pengguna selalu lihat dan ingat tentang produk anda, pastinya mereka akan membeli produk anda.
Ada juga yang fikir sekiranya mula berniaga pada hari ini dengan melaburkan wang ke tempat yang sepatutnya, anda akan dapat pulangan untung pada keesokan harinya.
6. Nak Untung Banyak Tapi Tak Konsisten
Biasanya orang akan rasa teruja untuk mulakan sesuatu.
Keterujaan itu mencetuskan semangat yang luar biasa. Namun begitu, lama kelamaan semangat itu menurun dan ia akan mula menjadi kurang konsisten.
Sebagai pemilik bisnes, anda perlu untuk kekal konsisten dalam menguruskan bisnes anda supaya apa yang telah anda usahakan tidak terhenti setakat itu saja.
Kalau anda sekadar memasarkan produk di media sosial 3 atau 4 kali sahaja, audience tidak akan tahu bisnes apa yang anda tawarkan.
Ada perlu sentiasa konsisten dengan mesej pemasaran produk anda supaya orang akan lebih mengenali dan mengingati mesej dan jenama perniagaan anda.
Anda perlu kekal konsisten agar perniagaan anda sentiasa maju dan dapat bertahan untuk tempoh 10 tahun akan datang.
7. Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri
Keyakinan diri adalah sangat diperlukan dalam memulakan perniagaan.
Lebih-lebih lagi bagi anda yang tidak mempunyai pengalaman memulakan perniagaan, atau yang pernah gagal dalam perniagaan.
Jika anda kurang keyakinan diri maka anda berkemungkinan akan menjadi seorang yang mudah berputus asa.
Untuk kekal positif dan berkeyakinan tinggi, anda perlu menjauhkan diri dari perkara yang negatif. Dekatkan diri anda bersama orang-orang yang positif.
Ini termasuklah mempunyai rakan media sosial yang berkongsi hal-hal yang positif.
Anda juga perlu banyak luangkan masa dengan orang yang boleh jadikan diri anda semakin baik dari hari ke hari.
Nak Vennea bantu untuk uruskan marketing produk anda? Kami boleh lakukannya!
Kami telah bantu ramai usahawan diluar sana meningkatkan hasil jualan mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan yang kreatif dan berkualiti.
Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan,klik di sini untuk tempahan.
Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang cara keluarkan kesalahan dalam industri pemasaran digital.
Baca artikel penuh di sini: Kesalahan Dalam Industri Pemasaran Digital
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat terutamanya untuk pemilik bisnes.
Semoga terus semangat dalam membina bisnes impian anda.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: