Digital marketing penting untuk SME atau peniaga kecil kerana ia membantu mendapatkan lebih banyak leads dan menjual produk/servis anda dengan lebih cepat pada kos yang lebih rendah daripada traditional marketing.
Artikel berkaitan: 3 Sebab Kenapa Peniaga Kecil Perlukan Digital Marketing
Berikut kami kongsikan 8 sebab kenapa peniaga kecil perlukan digital marketing.
1. Luaskan reach
Maksud luaskan reach adalah membuka peluang baru kepada peniaga atau bisnes kecil untuk jumpa audiens yang baru seperti di Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya.
2. Boleh target pada waktu yang tepat
Digital marketing memudahkan anda untuk reach audiens pada masa yang tepat. Sebagai contoh, anda boleh adakan Limited Time Offer. Anda boleh hantar kepada email customer anda untuk beritahu yang anda ada buat offer pada waktu itu. Anda juga boleh buat paid advertising di sosial media seperti di Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya.
3. Tambah baik engagement di semua peringkat
Kebiasaannya, prospek susah untuk beli dengan produk yang tiada awareness. Tapi, dengan digital marketing, anda boleh guide audiens anda untuk kenal produk anda dengan lebih lagi dan memudahkan proses jual beli.
4. Kos lebih efektif
Tak semua peniaga kecil mempunyai modal yang tinggi untuk buat marketing terutamanya traditional marketing seperti radio, billboard, majalah, ataupun TV yang mampu mencecah harga ratusan ribu ringgit.
Jadi, dengan menggunakan platform digital marketing, anda bukan sahaja dapat kurangkan kos tapi anda juga boleh buat marketing di sosial media seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya kerana semua platform tersebut adalah percuma.
5. Mudah untuk monitor
Anda boleh analisa data-data yang pernah anda buat sebelum ini untuk tambah baik marketing anda pada masa akan datang.
6. Mudah untuk mengenal pelanggan
Sebelum anda mulakan bisnes, anda perlu kenal siapa audiens anda. Jadi, dengan digital marketing, ia boleh bantu anda untuk kenal audiens dengan lebih tepat dan bagaimana mereka interact dengan produk/servis anda.
7. Pelanggan lebih mudah untuk approach anda
Konsisten dalam membuat content yang berkualiti membuatkan anda lebih maju ke hadapan dalam bidang perniagaan anad. Jadi, apabila customer anda ada masalah, mereka akan datang kepada anda untuk selesaikan masalah mereka.
8. Tingkatkan jualan
Conversion rate anda akan menaik dengan penggunaan pelbagaia platform sosial media seperti Google Search Engine, email marketing dan sebagainya.
Kesimpulannya, penggunaan digital marketing ini bukan sahaja pelaburan yang bijak tetapi juga antara saluran marketing yang berkesan yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil di luar sana.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. 5 Sebab Kenapa Laman Web Penting Dalam Digital Marketing
2. Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita