Pengenalan
YBIM adalah sebuah badan penganjur yang mempunyai kredibiliti sendiri dalam menguruskan ibadah qurban disamping pengiktirafan ISO dan Malaysia Book Record untuk pengagihan daging qurban terbesar. YBIM telah memberi percaya kepada Vennea untuk menjadi penjana utama rasmi untuk Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) pada tahun 2021.
Peranan utama Vennea adalah untuk mengetuai kempen pemasaran Qurban untuk bulan Julai 2021 untuk generate sales conversion daripada web visitor kepada prospek dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Strategi
Kami kongsikan cara-cara kami bantu YBIM dengan menggunakan pelbagai jenis platform iklan yang ada untuk dapatkan prospek dari pelbagai jenis variasi iklan (ads) dan tunjukkan saluran yang betul untuk prospek lebih yakin dan percaya dengan ibadah qurban yang klien kami jalankan.
Kami telah kaji masalah-masalah mereka dan kami jadualkan setiap perjalanan iklan.
Selepas itu, kami merangka 4 angle salespage yang sesuai dan selaraskan dengan tarikh yang ditetapkan untuk memudahkan kerja kami memantau setiap reach dan engagement yang masuk.
Berikut adalah platform-platform yang kami gunakan untuk jalankan iklan klien:
- Facebook Ads
- Google Ads
- Twitter Ads
- Tiktok Ads
- SMS
Result
Facebook Ads
Kami telah jalankan iklan di Facebook secara keseluruhan untuk kempen Conversion dengan objektif supaya pengguna di Facebook membeli secara terus di website klien.
Kami juga berjaya atasi beberapa cabaran yang dihadapi ketika iklan sedang berjalan seperti ads disable, tracking performance dan beberapa isu tambahan lagi dari masa ke semasa.
Google Ads
Kami telah menjalankan iklan sebanyak 2,555 variasi keyword diikuti 164 ads yang terbaik untuk mendapat ranking pertama di carian Google.
Dengan penyusunan strategi yang lebih teratur, kami berjaya menarik prospek yang mencari keyword ‘qurban’ di website pesaing beralih kepada website klien dan mendaftar dengan klien.
Twitter Ads
Di platform Twitter kami telah melaksanakan sebanyak 10 tweet dan 150 retweet dengan mensasarkan golongan yang berusia 18-35 tahun.
Kesimpulannya setelah menggunakan Twitter sebagai salah satu platform iklan, kami dapati ramai peserta qurban yang lebih tertarik dengan cara iklan yang mudah dan bersifat lebih kepada penceritaan berbanding cara formal yang hanya memberitahu kepentingan sesuatu produk tersebut.
Tiktok Ads
Kami menjalankan sebanyak 9 jenis variasi iklan di Tiktok. Platform ini sangat sesuai untuk dijalankan dalam bentuk content, hiburan dan soal jawab ringkas. Ketiga-tiga pendekatan ini dekat dan mesra dengan pengguna platform. Tiktok juga boleh menarik pengguna untuk terus ke website klien dan mendaftar terus dengan klien.
SMS
Ini adalah cara SMS yang kami gunakan untuk dihantar kepada prospek:
1. Meletakkan elemen urgency dengan menyebut tarikh akhir penyertaan.
2. Menggunakan elemen professional dengan pengiktirafan ISO.
3. Menyebut secara jelas harga pakej.
Dapat kami simpulkan bahawa SMS lebih berkesan dengan memberikan pulangan conversion rate 11.8% kerana mesej yang disampaikan lebih bersifat personalise kepada individu dan mesra kepada pengguna.
Hasil dari menggunakan pelbagai jenis platform dan variasi iklan yang berbeza dalam kempen qurban ini, kami berjaya meningkatkan jumlah penyertaan peserta yang mendaftar dengan klien berbanding sebelum ini. Selain itu kami berjaya meletakkan kembali kepercayaan kepada peserta untuk menyertai qurban secara online.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Cara Buat Iklan Yang Hasilkan Jualan
2. Bagaimana Testimoni Boleh Dijadikan Alat Jualan Yang Power
3. Cara Keluarkan Unique Selling Proposition (USP) Produk Anda