Bila ada banyak idea, barulah anda boleh buat content media sosial yang bagus untuk dikongsikan dengan followers anda. Tapi, macam mana nak dapat idea yang menarik ni? Jom baca artikel ni sampai habis
1. Tanya audience
Anda boleh minta audiens untuk komen cadangan mereka di ruangan komen di platform media sosial anda, content apa yang mereka inginkan daripada anda.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja akan mendapat banyak idea tetapi anda juga mampu menghasilkan content yang relevan dan sudah tentunya akan mencatat engagement yang tinggi kerana ia bersesuaian dengan minat audiens.
2. Lihat media sosial pesaing
Dengan melihat content di media sosial pesaing, anda akan mendapat idea untuk menghasilkan content yang lebih menarik. Anda secara tidak langsung sedang menggunakan konsep “tiruvasi”.
Di sini, anda menjadikan media sosial pesaing sebagai rujukan. Selain mendapatkan idea, anda juga secara tidak langsung akan dapat tahu content apa yang gagal mencatatkan engagement yang tinggi. Dengan ini, anda tidak perlu bazirkan masa untuk tampil dengan content sedemikian rupa.
3. Gunakan keywords
Anda boleh membuat carian di mana-mana laman sosial menggunakan keyword penting yang mencerminkan produk atau bisnes anda.
Anda juga boleh membuat carian menggunakan nama produk anda sebagai keyword.
4. Content idea generator tools
Antara contoh idea generator tools yang anda boleh gunakan adalah:
3. AlsoAsked
Kesemua tools ini digunakan untuk banyak perkara, khususnya untuk meningkatkan kualiti SEO dan mendapat lebih banyak trafik.
Dengan menggunakan idea generator tools ini, anda boleh memasukkan keyword yang berkaitan dengan bisnes anda dan ia akan menunjukkan carian topik-topik atau soalan-soalan yang pengguna lain buat.
Content yang menjawab pertanyaan audiens ini adalah lebih baik daripada content yang syok sendiri kerana audiens belum tentu akan tertarik untuk melihatnya.
5. Testimoni pelanggan
Selain itu, anda juga boleh menjadikan testimoni pelanggan sebagai salah satu content di media sosial. Iklan testimoni daripada pelanggan sebenar dan sedia ada ini secara tidak langsung akan dapat bantu audiens untuk buat keputusan membeli produk atau servis anda.
6. Berkongsi tentang “behind the scene”

Jenis content ini kebiasaannya menunjukkan sisi bisnes anda yang tak diketahui orang. Content ini lebih kepada memberitahu tentang apa yang terjadi di sebalik tabir dalam bisnes anda.
Nak kami bantu fikirkan idea untuk content media sosial anda?
Jangan risau, Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam digital marketing dan perniagaan, Vennea merupakan pakar dalam menguruskan media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Selain daripada pengurusan yang kemas dan teratur, content media sosial anda pasti akan lebih ‘up-to-date’ dan diselaraskan dengan trend terkini.
Untuk tahu lebih lanjut tentang pakej-pakej yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot bersama Biz Dev kami kerana slot adalah terhad.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Semoga perkongsian kami ini dapat bantu anda buat content di media sosial.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita