Syarikat anda baru menerima pekerja baru? Pasti ramai daripada staf anda berasa teruja untuk menerima orang baru dalam syarikat. Namun, ada beberapa perkara yang anda sebagai HR atau Hiring Manager perlu buat semasa onboarding staf baru. Betul, memang anda akan rasa teruja tapi jangan terlalu teruja sehingga lupa buat 6 perkara penting ni.
1. Tak Follow Up Staf Baru Sebelum Mereka Lapor Diri
Tenangkan staf baru dengan cara ‘keep in touch’ dengan mereka. Anda sebagai HR/hiring manager perlu tanya khabar atau ingatkan tentang dokumen yang perlu dibawa semasa hari pertama mendaftar di tempat anda. Anda juga boleh berkongsi alamat atau landmark syarikat.
Artikel berkaitan: 6 Staff Onboarding Mistakes to Avoid
2. Tak Prepare Dengan Proses Onboarding Pekerja
Anda sebagai HR/hiring manager perlulah menyediakan tools dan equipment yang mencukupi seperti laptop, handphone dan apa-apa yang berkaitan. Pastikan juga tools yang disediakan berfungsi dengan baik. Selain itu, penting untuk anda beri first impression yang baik kepada staf baru.
3. Tak Clear/Kongsi Tentang Job Description
Bila staf tak tahu goals atau apa yang mereka perlu capai dalam syarikat, mereka akan hilang motivasi.
4. Tiada Pengenalan Pada Semua Ahli Syarikat
Anda perlu kenalkan staf baru kepada semua ahli syarikat agar mereka rasa diterima di tempat baru.
5. Menganggap Staff Baru Faham Akan ‘Bahasa’ Yang Anda Guna
Anda perlu faham bahawa setiap orang datang daripada working environment yang berbeza. Pastikan anda jelaskan maksud akronim yang syarikat anda gunakan supaya staff baru boleh turut serta dalam conversation anda.
6. Stop Training
Jangan berhenti untuk bantu profesional growth untuk staf baru. Pastikan mereka sentiasa ada ruang untuk belajar benda baru.
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk semua terutamanya untuk HR atau hiring manager di setiap syarikat.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Pelanggan Adalah Aset Kepada Perniagaan Anda
2. Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akaun Kalau Nak Mulakan Perniagaan
3.