Web design trends sangat berkait rapat dengan masa hadapan oleh kerana hubungannya dengan teknologi dan digital.
Untuk web designer, anda boleh check awwwards.com di mana portfolio daripada web designer/freelance seluruh dunia ada di sini. Anda boleh dijadikan ia sebagai inspirasi.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 web design trends yang memberi impak hebat untuk tahun 2022.
1. Scrolly telling
Scrollytelling adalah kombinasi scrolling dan storytelling. Daripada sudut pandangan marketing, Copywriting + storytelling adalah salah satu cara untuk menarik perhatian prospek.
Dalam design ini akan ada terdapat banyak Parallax Effect iaitu elemen yang bergerak-gerak. Antara website yang paling tepat dijadikan contoh adalah Apple. Website Apple dikenali dengan cara penyampaian storytelling yang sangat bagus.
2. Dark Themed
Ia adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan sebarang layout dengan skema warna light-on-dark yang lebih suka digunakan oleh ramai pengguna dalam persekitaran low-light.
Web design jenis ini akan nampak lebih eksklusif & premium. Walau bagaimanapun, tidak semua yang layout yang kita letak hitam, akan nampak eksklusif.
Untuk web design jenis ini, penggunaan White Space adalah penting untuk merehatkan mata pengguna.
3. Asymmetrical Design
Web design jenis ini selalunya susun atur layout adalah tidak sekata dan unpredictable. Breaking the eye pattern, sesuatu yang misteri
4. Few image in video @ hero
Image hero atau video adalah oversized web banner yang diletakkan di header web page.
Penggunaan image hero atau video ini adalah untuk menarik perhatian pengguna. Web design jenis ini adalah untuk menyampaikan mesej yang lebih straightforward.
5. Typography
Typography dalam web design adalah sama seperti print design tetapi memerlukan pertimbangan tertentu untuk memastikan ia boleh dibaca pada semua jenis skrin. Jenis typography, saiz, warna, ketinggian garisan dan bentuk huruf adalah beberapa faktor dalam typography yang mesti diseimbangkan dengan betul untuk memberikan pengalaman pengguna yang menyenangkan.
Untuk menghasilkan web design jenis ini, anda perlu tahu banyak jenis typo untuk menunjukkan mood sesuatu brand itu kerana “picture speaks a thousand words”.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda yang perlukan idea untuk buat web design.
Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. 6 Rahsia Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial