5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Peniaga Di Media Sosial

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Peniaga Online Di Media Sosial

5 Kesalahan Peniaga Online di Media Sosial

Media sosial hari ini bukanlah sekadar platform untuk bersosial semata-mata tetapi ia merupakan cara berkomunikasi serta melakukan promosi mengenai bisnes kepada pelanggan dengan cara yang paling berkesan dan efektif. Media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya merupakan antara platform yang sering digunakan oleh golongan muda termasuklah golongan peniaga dan usahawan masa kini.

Dengan adanya media sosial, para peniaga online berpeluang untuk meluaskan lagi rangkaian bisnes mereka dan mungkin mampu dikenali di seluruh dunia.

“Golongan peniaga perlu memanfaatkan media sosial untuk menjana pendapatan dalam perniagaan yang diceburi.”

Artikel berkaitan: Peniaga muda disaran manfaatkan media sosial

Penggunaannya yang mudah, boleh diakses pada bila-bila masa dan tempat serta menjimatkan kos menjadikan media sosial sebagai salah satu alat pemasaran yang paling efektif dan penting kepada peniaga dan usahawan. 

Melalui media sosial, sesuatu produk dapat dipasarkan tanpa bersemuka dengan pelanggan (face to face). Dengan cara ini, peniaga dan usahawan tidak perlu risau untuk bertemu dengan pelanggan yang cerewet. Rangkaian pasaran di media sosial juga adalah meluas dan tidak terbatas.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga online di media sosial tanpa disedari.

5 kesalahan peniaga online

1. Terlebih beriklan dan promosi

Tidak dinafikan media sosial merupakan platform untuk mempromosikan tentang produk anda. Namun, anda tidak boleh lupa tujuan sebenar media sosial diwujudkan iaitu untuk bersosial. 

Mempromosikan produk anda tidak salah, namun tidak digalakkan untuk mempromosikan secara berlebih-lebihan. Sekiranya anda berlebih-lebihan mempromosikan produk anda, dikhuatiri audiens yang follow anda di media sosial akan terus unfollow kerana bosan dan menyampah dengan content anda.

Jangan jadikan media sosial anda seperti pasar malam kerana perkara ini mungkin tidak sehaluan dengan cara orang lain menggunakan platform media sosial. 

Anda boleh cuba teknik soft-sell iaitu pengiklanan secara tidak langusng kepada audiens. Kandungan iklan anda tidak akan nampak seperti anda terus ingin menjual dan tidak nampak keras seolah-olah anda memaksa audiens anda untuk membeli. Anda boleh menceritakan tentang kelebihan, tips ciri-ciri produk, dan sebagainya. 

Selain itu, dengan menggunakan teknik soft sell juga, anda boleh membina kepercayaan audiens dalam jangka masa panjang. 

2. Kurang berkomunikasi

Komunikasi dengan pelanggan merupakan kunci kejayaan sesebuah perniagaan. Komunikasi yang tidak efektif antara peniaga onlinedan pelanggan akan mempengaruhi sikap dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. 

Berkomunikasi dan memberi respon kepada pelanggan boleh membantu untuk menguatkan hubungan anda dengan pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada. Bukan itu sahaja, perniagaan anda juga akan nampak nampak lebih “real” dan sekaligus akan memberi kepercayaan dan pandangan positif kepada pelanggan.

Komunikasi yang baik dengan pelanggan akan dapat memudahkan anda dalam mempromosikan produk anda pada masa akan datang. Namun, komunikasi sahaja tidak cukup. Anda juga harus memahami cara berkomunikasi yang betul agar dapat memberi sales dan keuntungan untuk bisnes anda. 

Berikut kami kongsikan kepada antara 5 cara untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan anda bukan hanya di media sosial bahkan secara bersemuka.

1. Berikan servis yang terbaik

2. Reply/respon kepada pelanggan dengan cepat

3. Gunakan bahasa yang mudah untuk difahami

4. Mahir tentang produk & boleh mantu pelanggan melakukan keputusan

5. Minta feedback

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk like dan komen di posting orang lain. Hal ini sedikit sebanyak akan menarik perhatian audiens untuk melihat profil anda. 

3. Tidak mengoptimumkan kandungan untuk setiap platform

Media sosial adalah peluang terbaik untuk brand anda berkembang dan dikenali secara dalam talian. Apabila anda mengoptimumkan penggunaan media sosial, anda sekaligus telah mencipta, membina dan memaksimumkan strategi media sosial anda.

Dengan mengoptimumkan media sosial anda, ia membolehkan anda sebagai peniaga online untuk berhubung dengan audiens. Anda juga akan dapat mengukuhkan jenama dan akan memperoleh keuntungan dalam perniagaan anda.

Cara mengoptimumkan penggunaan media sosial anda adalah:

1. Kenal pasti tujuan media sosial anda

2. Isi profil anda selengkapnya

3. Penggunaan hashtag

4. Cipta content yang mampu menyelesaikan masalah pengguna

5. Sertakan Call To Action (CTA)

6. Gunakan headline yang menarik

7. Kekal aktif di media sosial anda agar dapat beri value kepada jenama anda

8. Ambil tahu progress media sosial anda

Image of platform peniaga online

4. Tidak konsisten

Konsistensi adalah sesuatu yang penting dalam membuat marketing terutamanya di media sosial. Ini adalah supaya bisnes anda kekal relevan serta dikenali umum. Walau bagaimanapun, ramai usahawan masa kini tidak konsisten apabila melakukan marketing. 

Sekiranya anda konsisten dalam melakukan marketing di media sosial, jenama anda akan dapat awareness daripada audiens. Semakin kerap jenama anda menampilkan diri di platform media sosial, jenama anda akan menjadi  tumpuan audiens. Ini bermakna, semakin ramai orang akan tahu tentang jenama anda.

Sekiranya ini berlaku, mudah untuk anda dapatkan kepercayaan daripada audiens. Anda dinasihatkan untuk rancang strategi dan kandungan media sosial anda terlebih dahulu. 

Tiada masa untuk uruskan media sosial anda secara konsisten? Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam digital marketing dan perniagaan, Vennea merupakan pakar dalam menguruskan media sosial syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Selain daripada pengurusan yang kemas teratur, akaun media sosial anda pasti akan lebih ‘up-to-date’ dan diselaraskan dengan trend terkini.

Jom uruskan bisnes anda dengan kaedah lebih mudah dan bijak bersama Vennea! Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej lain yang kami tawarkan, klik di sini untuk tempahan slot kerana slot adalah terhad. 

Anda juga boleh follow dan like kami di Facebook dan Instagram kerana kami turut berkongsi maklumat dan content yang menarik untuk anda!

Image of kompetitor peniaga online

5. Tidak kenal pesaing

Sebagai seorang peniaga online dan usahawan, anda perlu tahu siapakah pesaing terdekat anda, dan apakah ‘permianan’ peniaga online yang lain. Ini adalah untuk memastikan anda tahu teknik pemasaran yang digunakan. Anda perlu ambil tahu di platform manakah mereka gunakan untuk mempromosikan produk atau servis mereka. Adakah di FB Page, FB Ads, atau Instagram. Bila anda dah tahu, lebih mudah untuk anda rancang strategi pemasaran anda.

Setelah itu, anda boleh gunakan pendekatan yang sama seperti pesaing anda, dengan sedikit penambahbaikan atau anda boleh cuba cara baru dan cipta kelainan. Bila anda dah kaji pesaing anda, anda akan tahu siapa target mereka, dan anda juga dapat bina profil sasaran pelanggan anda sendiri.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat terutamanya untuk peniaga di media sosial.

Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

 Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

  1. 3 Faktor Ini Yang Bakal Menentukan Kempen Pemasaran Anda Berjaya Atau Gagal
  2. 6 Rahsia Untuk Cipta Brand Awareness Bisnes Anda
  3. 3 Langkah Mudah Untuk Hasilkan Copywriting Yang Proven Dan Convert

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tidak Menjadi?
Business

7 Sebab Kenapa Facebook Ads Yang Anda Buat Tak Menjadi

Anda tahu tak kenapa Facebook Ads yang anda buat tak menjadi? Adakah cara anda buat Facebook ads itu betul atau salah? Sebelum itu, anda perlu …

Read More →
Media Sosial

Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Ini terutamanya, dalam aspek penglibatan …

Read More →
6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu
Media Sosial

6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu

Media sosial mempunyai banyak kebaikan. Ia merupakan satu rangkaian komunikasi yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia. Menurut kamus dewan, media adalah alat perantara, komunikasi …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You will love to read these

5 Strategi Naikkan Sale Di FB
FB Ads

5 Strategi Untuk Naikkan Sales Facebook Anda

5 Strategi Untuk Naikkan Sale Di Facebook   Jika anda pernah cuba untuk naikkan sale di Facebook, anda pasti tahu yang ia adalah satu perkara yang sangat mencabar kesabaran anda. Ini adalah kerana, di dalam Ad Manager, ada terdapat lebih dari 10 jenis objektif pilihan untuk beriklan.   Tersilap pilih objektif, maka leburlah bajet iklan

Read More »
Image of blog banner 3 cara hasilkan copywriting yang menarik
Copywriting

3 Langkah Mudah Hasilkan Copywriting Yang Proven Dan Convert

3 Cara Mudah Tulis Copywriting Yang Berkesan, Menggunakan USP Produk Anda   Ramai yang tanya saya,Tuan Rahim, macam mana nak tulis copywriting yang berkesan tapi paling simple?   Antara teknik copywriting yang selalu saya gunakan dalam menulis copywriting untuk klien-klien saya dan produk-produk saya adalah copywriting gaya John Carlton.   Simple je dia punya framework.

Read More »
Tips Story Telling Untuk Content Marketing
Marketing

4 Tips Story Telling Untuk Content Marketing

Pada tahun 2021 ni, owner bisnes dah kena start bermain dgn content marketing untuk tarik audience yang baru. Berbanding hanya terus promote bisnes guna cara yang ‘hardsell’.   Sebab orang-orang sekarang dah tak suka pada iklan, tapi mereka LEBIH SUKA dengan content marketing. Bagaimanakah mahu menjadikan content anda terpilih di mata dan hati pembaca dari

Read More »
6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads
Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads

6 Kesalahan Utama Yang Anda Buat Bila Setup FB Ads Facebook ads atau FB ads adalah tools periklanan yang dimiliki oleh Facebook.  Ia digunakan untuk mempromosikan pelbagai jenis produk dengan latar belakang pengguna yang berbeza.   Kelebihan Facebook ads adalah anda boleh tetapkan target audiens anda sendiri sesuai dengan karakteristik produk yang anda iklankan.  

Read More »
Marketing Tanpa Database
Marketing

Cara Nak Buat Iklan Takaful Walaupun Anda Tak Ada Database

Macam Mana Nak Mula Marketing, Tanpa Database? Soalan yang biasa kita dengar dari mereka yang baru nak mula bisnes Takaful. Saya baru buat Takaful macam mana nak buat marketing tanpa database?   Di bawah ini, saya nak kongsikan 4 tip yang boleh anda gunakan. Anda tak perlu bimbang, kerana dengan berpandukan tip tip ini, anda

Read More »
Featured Image of 6 Perkara Penting Buat Website
Business

6 Perkara Penting Yang Perlu Ada Pada Website Anda

Ramai yang ingin buat website sendiri sebab nak jimat kos, tak perlu upah web designer. Tapi selalunya website tu tak mampu untuk bertahan lama.  Semakin lama semakin sendu akibat tiada yang berkunjung .   Sebabnya? Cara dan penyusunan yang kurang betul.   Saya akan kongsikan 6 perkara penting yang perlu ada kalau anda nak buat

Read More »
×