Beza Enterprise Dan Sdn Bhd Dan

RAMAI LAGI RUPANYA YANG STILL CONFUSE PERBEZAAN SDN. BHD, ENTERPRISE & PLT

Setakat November 2020, lebih 1 juta syarikat telah didaftarkan di Malaysia di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
 
 
Ramai yang berkobar dan terlebih excited apabila ingin mendaftarkan bisnes atau company di SSM.
 
 
 
Ada yang jenis hentam saja tak ambil kira jenis-jenis syarikat yang ada di Malaysia untuk didaftarkan.
 
 
Ramai juga yang yang sudah lama berkecimpung dalam bisnes dan handle company mereka tak tahu perbezaan jenis-jenis syarikat yang ada. 
 
 
Apa beza enterprise dan sdn bhd, masih ramai rupanya yang masih keliru.
 
 
 
Tersalah daftar jenis syarikat taklah membawa mudarat tapi akan menyusahkan.
 
 
Menyusahkan dari segi permohonan pinjaman korporat, permohonan geran, bantuan dan pelbagai lagi.
 
 
Jenis dan amount cukai juga ditentukan berdasarkan jenis syarikat yang didaftarkan.
 
 
Para business owner perlu mengambil kira jenis perniagaan yang ada untuk membolehkan anda memaksimumkan dan utilise kelebihan jenis perniaagaan yang didaftarkan.
 
 
Setiap jenis perniagaan ada kelebihannya masing-masing.
 
 
beza enterprise dan sdn bhd
 
Mari kita selongkar dan bedah jenis-jenis syarikat yang ada di Malaysia.
 

 

Apa itu Enterprise?

 
Jenis enterprise ni, business owner mempunyai tanggungjawab penuh ke atas aset dan juga liabiliti syarikat.
 
 
Maksudnya di sini, jika membeli kereta, rumah atau kemudahan untuk bisnes, business owner juga turut dapat menikmatinya.
 
 
TAPI, jika company mempunyai tunggakan hutang, bank akan cari dan kejar business owner.
 
 
Sebab?
 
 
Bisnes dan business owner dikira sebagai 1 entiti dari sudut perundangan.
 
 
Jika company disaman, business owner juga turut terpalit dengan saman tersebut.
 
 
Atau kata lain, segala untung, rugi, hutang, aset bisnes ditentukan oleh bisnes owner itu sendiri.
 
 
 
Habis part introduction.
 
 
 
Mari kita menyelam dengan lebih dalam lagi jenis enterprise yang ada.
 

 

Enterprise ada 2 jenis

 
Jenis yang pertama ialah ownernya hanya seorang.
 
 
Ya SEORANG saja.
 
 
Bisnes tersebut di daftarkan atas nama individu dan dimiliki sepenuhnya.
 
 
Jenis ini dikenali sebagai perniagaan tunggal a.k.a Sole Proprietorship.
 

 

Jenis yang kedua, perniagaan perkongsian a.k.a Partnership

 
Berlawanan dengan perniagaan jenis tunggal, jenis enterprise ini boleh didaftarkan dan dimiliki tidak kurang dari 2 orang.
 
 
Tapi tak boleh melebihi 20 orang rakan kongsi.
 
 
Dari sudut cukai, bisnes jenis enterprise tak perlu bayar cukai perniagaan.
 
 
TAPI, segala cukai dikenakan personally pada business owner kerana segala income atau untung dapat ke pemilik bisnes.
 
 
 
Yang bestnya pasal syarikat enterprise ni, kos yang diperlukan untuk run bisnes tak tinggi.
 
 
Sebab apa?
 
 
Kerana tak diwajibkan untuk hire staf dan lakukan audit ke atas company.
 
 
Yang paling penting, jenis syarikat ini tak perlu berdepan dengan selok belok perundangan yang complicated, compare dengan Sdn.Bhd atau corporate company seperti Multi National Corporation (MNC) atau Government-linked Company (GLC).
 
 
Selalunya, bisnes yang baru nak mula selalunya akan menggunakan jenis milikan tunggal.
 
 
Sebabnya, lagi senang untuk bergerak solo pada awal-awalnya sebelum business owner decide untuk scale up.
 
 
Jadi, itulah secara ringkasnya pasal syarikat jenis enterprise.
 
 
So far faham?
 
 
Kalau faham, mari kita pergi ke jenis yang seterusnya.
 

 

PLT 

Next is PLT. PLT tu apa pulak?
 
 
Nama penuh PLT ialah Perkongsian Liabiliti Terhad atau Limited Liability Partnership (LLP).
 
 
PLT berbeza dengan enterprise yang mana PLT tak berkongsi entiti antara business owner dan syarikat.
 
 
Nak kata dalam sudut teknikal, PLT gabung ciri-ciri company dan partnership.
 
 
Yang menariknya pasal PLT ni, ia boleh digunakan untuk semua kesemua tujuan bisnes dan selalu digunakan oleh kumpulan profesional seperti peguan, auditor dan sebagainya.
 
 
PLT juga banyak digunakan oleh start-up, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk scale-up bisnes.
 
 
PLT tidak perlu risau akn ber campur aduk entiti, aset peribadi dan juga undang-undang yang ketat.
 

 

Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

 
Ini jenis yang terakhir.
 
 
Sdn.Bhd ialah jenis syarikat yang paling complicated banding yang sebelumnya. Dan sedikit berbeza.
 
 
Kenapa?
 
 
Sebab Syarikat Sdn Bhd ada pemegang saham di mana syarikat merupakan entiti sah dari segi undang-undang.
 
 
Ia boleh menyaman dan di saman dan juga aktiviti bisnes lain.
 
 
Tapi, ia tak memberi kesan kepada kepada pemegang sahamnya.
 
 
Bilangan pemegang saham yang dibolehkan ialah antara 2-50 orang.
 
 
Pemegang saham juga tidak mempunyai tanggungjawab untuk membayar hutang piutang bisnes.
 
 
Lagi best, aset pemilik bisnes tidak boleh digunakan untuk bayar hutang dan liabiliti bisnes.
 
 
Sebab itu ia berbeza sikit dengan enterprise dan PLT.
 
 
Walaubagaimanapun, untuk bisnes enterprise, jika business ownernya meninggal atau hilang, bisnes di bawah namanya akan turut ‘mati’ kerana bisnes dan pemilik dikira sebagai 1 entiti.
 
 
Berbeza dengan Sdn.Bhd. Jika pun pemilik asal bisnes meninggal atau seumpamanya, syarikat boleh terus beroperasi seperti biasa, dan juga scale-up secara lebih meluas.
 
 
Menarik kan?
 
 
Korang kan selalu tengok drama pukul 7 banyak cerita pasal saham-saham ni.
 
 
Mesti senang faham ye dak?
 
 
 
Habis sudah kita bedah jenis-jenis syarikat, perbezaan sdn bhd dan enterprise.
 

 Senang je kan nak faham.

 
 
Itu sahaja untuk artikel kali ni.
 
 
Nantikan artikel-artikel menarik dan penuh informasi daripada kami…
 
 
Baca artikel berkaitan : 
 

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Bila anda dah ready, ada 5 cara kami boleh bantu anda :

1. Train Your Marketer (TYM) : Join lebih 336+ business owner belajar cara Attract- Hire – Train & Monitor Inhouse Marketers dalam bisnes anda. Harga asal RM150, kini RM37. (Jimat RM113).

2. Marketing Data Analysis (MDA) : Belajar bagaimana Agensi Marketing Run Ads, Baca Metrik & Optimize Kempen FB Ads sehingga jana jualan 6-7 angka sebulan. Gunakan kupon “MDA50untuk diskaun 50%.

3. External CMO & Lead Marketer : Tak perlu hire mahal, hanya subscribe servis ini di mana kami akan act sebagai  Lead Marketer untuk ada Sesi Bedah Ads mingguan bersama marketer anda. Kami train & guide cara optimize & scale FB Ads khas tailor-made untuk bisnes anda. External CMO pula sesi bulanan bersama founder untuk guide hala tuju marketing bisnes.

4. Easy HR Template Kit : Tak lagi risau tentang pekerja & undang² buruh  bila department Human Resource (HR) anda makin kemas. Dapatkan lebih 50+ templates HR dari dokumen, borang, surat, malah SOP khas untuk HR anda. Plug & Play, cuma duplicate, tukar maklumat syarikat anda dan logo. Gunakan kupon “HR50” untuk diskaun RM50.

5. Marketing Funnel System For High Price Service : (Khas untuk High-Price service provider, coach, consultant) – Work 1-on-1 dengan saya & tim dimana kami bantu install Proven Marketing System dari cari Qualified Leads sehinggalah menjadi High-Paying Client untuk servis anda. Isi form di link tersebut, jika layak kami akan hubungi anda.

Anda mesti akan suka baca artikel ini juga :