Bagaimana Nak Buat Iklan Produk Makanan Atau Produk Komoditi
Komoditi ni apa?
Komoditi ni lebih kurang barang yang sama macam orang lain. Contoh produk makanan, bahan mentah, dan sebagainya.
Jadi macam mana cara buat marketing untuk menjual produk tersebut secara online?
Kita nak bercerita tentang apa cara marketing produk makanan, kalau produk kita hampir sama dengan orang lain.
Produk yang orang kata komoditi, contoh macam sambal daging, ataupun serunding.
Jadi, kami nak share 3 tips ini untuk anda yang mungkin baru nak bermula bisnes, ataupun anda yang dah lama mula bisnes dan anda perlukan idea, apa lagi nak kena buat untuk marketing.
Cara #1: Wujudkan Kelainan Dalam Packaging
Yang pertama, anda perlu wujudkan kelainan dari segi packaging.
Satu masa dulu, ada produk makanan viral, chocojar.
Dia pun nak jual chocojar juga masa tu tengah trend.
Jadi, apa kelainan yang dia boleh buat?
So, packaging yang dia buat tu
dalam bentuk globe
Jadi, botol dia lain sikit daripada orang lain.
So, dengan kelainan tersebut, maka orang lebih kenal brand dia.
Itu yang pertama.
Cara #2: Nama Produk Yang Unik
Yang kedua, nama produk kena unik.
Contoh, saya pernah pergi ke Bali, Indonesia satu masa dulu.
Nama kedai makan dia something-something ‘syaitan menjerit’.
Maksudnya, pedas sangat sampai syaitan pun kalau makan dia menjerit.
Cipta kelainan dengan nama produk anda.
Maka bila orang rasa produk anda, dia akan tahu, ‘Oh brand yang syaitan menjerit tu’.
So, cipta kelainan dengan memberi satu nama unik untuk produk anda yang orang lain tak pernah gunakan lagi.
Itu yang kedua.
Cara #3: Value Added
Tips yang ketiga ialah tambah nilai.
Apa maksud tambah nilai?
Saya bagi 3 contoh mudah faham.
- Beri servis penghantaran percuma
- Offer free gift
- Sesi konsultasi percuma
Anda boleh berikan servis penghantaran percuma.
Contohnya free postage atau free delivery
Yang kedua, anda boleh berikan free gift kepada orang yang membeli sebagai bonus tambahan untuk galakkan mereka beli banyak, atau mereka beli sekarang.
Yang ketiga, anda boleh berikan khidmat nasihat percuma sebelum dan selepas mereka membelinya.
Jadi, adanya tambah nilai supaya mereka rasa macam ‘Uish baguslah, aku nak belilah produk ni’.
Kelainan dia, lain daripada yang lain.
Walaupun anda jual produk komoditi, anda boleh create kelainan ini untuk lebih menonjol daripada orang lain.
Contoh terakhir, saya nak berikan kepada anda adalah contoh ayat promosi produk, “Sambal Nyet Khairul Aming”
Anda boleh tengok sendiri pemilihan nama Sambal Nyet tu sendiri pun dah unik sebenarnya.
Sambal Penyet, tapi dia buang ‘PE’ dekat depan. Jadilah Sambal Nyet.
Packagingnya, dengan ayat-ayat copywriting yang berada dalam packaging tersebut, jika anda pernah memilikinya, anda boleh lihat kelainan yang ditonjolkan oleh Khairul Aming sendiri dalam produk Sambal Nyet tersebut.
Itu sahaja, 3 tips iklan produk makanan dan komoditi untuk anda yang jual produk makanan dan komoditi.