Market awareness adalah tahap pengetahuan atau kesedaran penggunaaan terhadap sesuatu niche produk/servis. Bila anda dah tahu kat mana peringkat atau tahap market awareness anda, anda akan dapat jalankan kempen marketing dengan lebih tepat & targeted.
Apabila kempen marketing anda lebih targeted, orang akan lebih yakin dan tertarik untuk membeli dengan produk anda. Jom kami kongsikan kepada anda 5 peringkat market awareness yang usahawan & bisnes owner wajib tahu.

1. Unaware
Peringkat pertama ini adalah peringkat tiada kesedaran (unaware). Dalam peringkat ini, anda sebagai usahawan atau bisnes owner perlu bagi kesedaran kepada bakal pelanggan anda melalui info, artikel, content supaya mereka sedar bahawa mereka ada masalah yang perlu diselesaikan.
Walaupun mereka tiada kesedaran tentang masalah mereka, tapi dengan cara ni mereka akan belajar dan mungkin dapat kesedaran dari iklan anda itu dan seterusnya, meningkatkan customer awareness bakal pelanggan anda.
2. Problem Aware
Di peringkat kedua ini, pelanggan anda mungkin dah tahu apa yang menyebabkan mereka sakit, apa masalah mereka, punca mereka sakit dan sebagainya. Di peringkat ini juga, pelanggan anda dah mula cari orang lain yang ada masalah sama.
Jadi di peringkat ini, anda boleh approach bakal pelanggan dengan cara terangkan solusi terbaik untuk mereka. Anda boleh share content, video atau poster yang berkaitan.
3. Solution Aware
Bila pelanggan anda dah tahu yang mereka ada masalah, mereka akan ada kesedaran untuk cari penyelesaian. Pada peringkat ni, kebanyakan orang yang ada masalah akan terus cari cara selesaikan masalah mereka di internet.
Jadi, anda sebagai usahawan atau bisnes owner kena tunjukkan kelainanan tentang servis/produk anda berbanding yang lain. Anda kena tunjukkan bahawa servis/produk anda boleh bantu selesaikan masalah pelanggan dengan lebih pantas & efisien
4. Your Solution Aware
Bila pelanggan anda dah tahu masalah, dah tahu jalan penyelesaian, sekarang mereka nak tahu jalan penyelesaian tersebut perlu dibantu guna produk apa.
Di peringkat ini, anda perlu tunjukkan kenapa servis/produk anda diyakini oleh orang ramai. Anda boleh tunjukkan melalui testimoni, review & sebagainya.
5. Decision
Untuk marketing pada peringkat ini, anda perlu push bakal pelanggan anda untuk bertindak sekarang. Anda perlu keluarkan diskaun, promosi, limited offer, moneyback guarantee servis/produk anda.
Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk semua terutamanya kepada usahawan dan bisnes owner di luar sana.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: