6 Strategi Tingkatkan Engagement Di Media Sosial

Semua orang pastinya mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Tapi bagaimana untuk anda pastikan setiap posting anda mendapat engagement yang tinggi terutamanya bagi usahawan dan bisnes owner di luar sana.

Apa Itu Engagement

Engagement bermaksud semua bentuk interaksi dari orang lain tentang content yang anda buat di media sosial. Ia bertujuan untuk mengukur sejauh mana ketertarikan pengguna terhadap posting anda.

Semakin banyak interaksi pada content yang anda buat, maka ‘populariti’ yang anda dapat akan semakin meningkat. Hal ini akan mendatangkan kepercayaan kepada brand dan produk anda. Ini akan mendorong orang untuk membeli produk anda.

Berikut kami kongsikan 6 strategi untuk tingkatkan engagement media sosial anda.

Strategi Tingkatkan Engagement

1. Gunakan features di media sosial sehabis baik

Sebagai contoh di Instagram, sehingga kini ini ia dikenali sebagai platform untuk berkongsi gambar dengan beberapa penambahan feature baharu seperti:

  1. Perkongsian video/reels/IGTV
  2. Story
  3. Penggunaan filter di story & feed

Features ini menjadikan Instagram kekal relevan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda. Oleh itu, anda perlu bijak menggunakan kesemua features supaya tidak ketinggalan dan sentiasa up-to-date.

2. Bina content yang kreatif & relevan dengan isu semasa

Untuk pastikan content anda sentiasa relevan, pastikan anda faham behaviour audience anda. Anda boleh lihat pada Analytics untuk dapatkan insight. Buat sedikit research tentang jenis content yang mendapat reaction tinggi daripada audience seperti berkaitan tips, behind the scene dan sebagainya.

Anda juga boleh cuba kaitkan posting anda dengan isu semasa atau perkara yang sedang ‘trending’. Percayalah cara ini akan memberi kelainan dalam bisnes anda sekali gus menarik perhatian orang ramai.

3. Konsisten

Sekiranya anda konsisten dalam menghasilkan content di media sosial, ia akan mempengaruhi orang ramai untuk membuktikan akaun media sosial anda aktif dan tak hambar.

“Anda perlu konsisten update post supaya Fans dan Follower anda tahu, anda masih aktif dan  mereka akan ternanti-nanti perkongsian seterusnya daripada anda.”

Artikel berkaitan: 6 Strategi Mudah Untuk Tingkatkan Engagement & Reach Di Facebook (Dan Juga Instagram)

Pelanggan akan ragu-ragu untuk membeli sekiranya melihat posting paling terkini pada akaun anda adalah beberapa bulan yang lepas. Pelanggan akan fikir anda tak serius untuk berniaga di platform tersebut.

Oleh itu, mereka akan kurang yakin untuk berurusan mahupun membeli dengan anda.

4. Berinteraksi dengan pengguna (followers)

Cara paling cepat dan senang adalah dengan engage secara manual dengan comment di posting yang ada tarikan kepada produk anda untuk menunjukkan yang anda aktif.

Anda juga boleh buat giveaway kepada followers anda. Ia secara tidak langsung akan memberi impak positif dalam jangka masa panjang. Anda boleh beri giveaway seperti planner, voucher, produk yang anda jual dan sebagainya.

5. Gunakan platform E-Commerce/Marketplace

Untuk luaskan lagi reach anda kepada prospek, gunakan platform E-commerce/Marketplace seperti Lazada, Shopee, Grab, Zalora dan sebagainya. Melalui platform seperti ini, anda boleh buat tawaran khas sempena special events seperti Ramadhan, Raya Aidilfitri dan sebaganya.

Lebih menarik lagi, audience di platform ini yang akan mencari anda sendiri.

6. Gunakan khidmat influencer

Anda juga boleh gunakan khidmat influencer atau mungkin juga selebriti untuk mempromosikan bisnes anda.

Sebelum ini kami pernah kongsikan tentang bagaimana sosial media Influencer boleh bantu strategi marketing anda. Klik sini untuk baca artikel penuh.

Terima kasih sebab baca sampai habis. Semoga perkongsian kami kali ini sedikit sebanyak akan membantu naikkan engagement di media sosial anda.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

1. 5 Sebab Kenapa Media Sosial Penting Untuk Bisnes Anda

2. 6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu

3. Cara Mudah Nak Dapat Idea Buat Content Di Media Sosial

Share This Article

Dapatkan ebook Million Dollar Kickstart Secara PERCUMA

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads
Ads

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan GIF Dalam Design Facebook Ads

GIFs, atau Graphics Interchange Format, adalah jenis fail gambar yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk animasi ringan. Dalam dunia marketing, GIFs sering digunakan …

Read More →
Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda
Ads

Kelebihan Menggunakan Carousel Ads Dalam Pengiklanan Facebook Anda

Iklan carousel atau carousel ads adalah sejenis iklan yang boleh digunakan pada platform pengiklanan Facebook. Kelebihannya adalah ia membolehkan anda menunjukkan beberapa gambar atau video …

Read More →
Kepentingan Penggunaan 'High Quality Image' Dalam Facebook Ads Anda
Ads

Kepentingan Penggunaan ‘High Quality Image’ Dalam Facebook Ads Anda

Penggunaan imej yang berkualiti tinggi (high quality image) dalam Facebook ads adalah penting kerana ia mampu membantu menarik perhatian audience dan meningkatkan prestasi ads. Imej …

Read More →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You will love to read these

5 Cara Tarik Pelanggan Untuk Beli Dengan Anda
Customer

5 Cara Tarik Pelanggan Untuk Beli Dengan Anda

Nak tarik pelanggan untuk membeli atau menggunakan produk/servis anda bukanlah sesuatu yang mudah. Anda memerlukan kemahiran dan ilmu tentang perniagaan. Cara nak tarik pelanggan juga bergantung kepada barang yang anda niagakan. Nampak macam mudah nak tarik pelanggan ni, tetapi sebenarnya ia mungkin sangat sukar dan memakan masa yang lama jika anda tak tahu cara yang

Read More »
Marketing

5 Peringkat Market Awareness Yang Usahawan & Bisnes Owner Wajib Tahu

Market awareness adalah tahap pengetahuan atau kesedaran penggunaaan terhadap sesuatu niche produk/servis. Bila anda dah tahu kat mana peringkat atau tahap market awareness anda, anda akan dapat jalankan kempen marketing dengan lebih tepat & targeted. Apabila kempen marketing anda lebih targeted, orang akan lebih yakin dan tertarik untuk membeli dengan produk anda. Jom kami kongsikan

Read More »
Design

5 Design Trends Yang Boleh Ubah Strategi Marketing Anda

Design trend yang menarik akan dapat meningkatkan identiti dan strategi marketing anda. Tujuannya adalah untuk memberikan maklumat, menyampaikan mesej atau meyakinkan audiens melalui gabungan imej, warna dan bentuk. Dalam artikel ini, kami telah senaraikan 5 design trends yang boleh ubah strategi marketing anda! 1. Jadikan data lebih menarik & eye catching Audiens lebih cenderung untuk

Read More »
3 Website Design That Can Get You To Get Creative
Website

3 Website Design That Can Get You To Get Creative

Creating a website for a project can be a difficult task. There is a lot of pressure to design the best digital representation for a business. Not only that, finding yourself out of ideas, is normal for any web designer. There are many reasons for this, including repetitive work, overwork, and others. New approaches are

Read More »
Media Sosial

Bagaimana Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan Digital Kita

Perkembangan yang pesat pada teknologi komunikasi maklumat kini berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian. Ini terutamanya, dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam talian atau “online interaction” menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya.  Apa itu media sosial? Ia adalah teknologi digital interaktif yang sering

Read More »
6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu
Media Sosial

6 Tips Mudah Untuk Upgrade Media Sosial Anda Supaya Tak Sendu

Media sosial mempunyai banyak kebaikan. Ia merupakan satu rangkaian komunikasi yang dapat menghubungkan pengguna dari serata dunia. Menurut kamus dewan, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan.  Media sosial kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan. Penggunaan media sosial kini tidak terhad. Ia bukan sekadar bahan interaksi

Read More »