Adakah anda menghadapi masalah untuk baca data kempen iklan anda? Kami percaya ada sesetengah founder dan marketer yang akan terus off iklan yang sedang jalan bila mereka rasa iklan tu tak perform. Kemudian mereka akan buat baru tanpa tahu data mana yang perlu diperbaiki.
Sebelum itu, anda kena tahu bila perlu monitor data ini. Bukannya setiap minit kena tekan refresh di ads manager.
Dalam artikel ini kami dah senaraikan 7 data analisis dalam Facebook Ads yang anda perlu ambil tahu.
1. ROAS

ROAS atau Return on Ad Spend merujuk kepada berapa kali ganda pulangan yang anda dapat berbanding dengan belanja iklan. Anda perlu pastikan ROAS anda 3X ke atas.
2. CPP (Cost Per Purchase)
Metrik ini dikira sebagai jumlah amaun yang dibelanjakan dalam jangka masa yang dipilih, dibahagikan dengan purchase yang berlaku dalam period yang sama. CPP anda perlulah RM25 ke bawah.
3. Conversion Rate (untuk sales page anda)
Conversion rate adalah percentage pengunjung website yang mengambil tindakan ke atas sales page anda. Conversion rate adalah haruslah 8% ke atas.
4. CTR Link Click
CTR menunjukkan bilangan klik pautan yang anda telah terima pada iklan anda berbanding bilangan impression yang iklan anda telah terima. Ia adalah metrik biasa yang digunakan oleh marketer untuk memahami cara iklan dapatkan trafik ke laman web. Anda kena pastikan ia dapat sekurang-kurangnya 2% ke atas.
5. CPC (Cost Per Click)
CPC (Cost Per Click) menunjukkan jumlah, secara purata, setiap klik pautan yang anda perlu bayar. CPC ialah metrik yang digunakan dalam industri pengiklanan online bagi menandakan keberkesanan dan prestasi iklan. Ia perlu sekurang-kurangnya RM1.50 sahaja.
6. CTR ALL
CTR ALL adalah eratusan orang melihat iklan anda dan tekan click (all). Pastikan iklan anda menjadi iklan yang stopper sekurang-kurangnya 4% ke atas.
7. CPM (Cost Per Impression)
CPM mengukur jumlah amaun yang dibelanjakan pada kempen iklan, bahagi dengan number of impressions dan darab dengan 1,000. Ia perlu sekurang-kurangnya RM30 ke bawah.
Nak kami bantu analisis data kempen iklan anda dengan cara yang betul? Jangan risau! Vennea akan bantu selesaikan masalah anda. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam pemasaran digital, kami sudah bantu lebih 300 bisnes untuk TURBO kan sales mereka sehingga mencecah jutaan ringgit!
Semoga perkongsian kami ini dapat bantu untuk baca data kempen marketing anda.
Untuk sebarang soalan atau pendapat, sila kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:
1. Facebook Ads: 3 Struktur Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Ads
2. 7 Bahan Utama Untuk Hasilkan Facebook Ads Yang Lebih Converting